Bismillahirrahmanirrahim Cabaran untuk Day 4 sis pada hari ini. Senarai personal challenge untuk Julai 2025 boleh tengok kat sini Cabaran 30 Hari Menulis Julai 2025 Hari ni macam lambat sikit posting personal challenge ni. Tetiba pulak ada panggilan meeting petang-petang Jumaat ni. π
Bagi sis, waktu terbaik untuk menulis/ menaip adalah pada waktu pagi . Masa ni adalah yang paling fresh. Sis suka cari idea dan menulis perancangan sis pada hari tu, sambil-sambil minum kopi ais. π Manakala pada waktu malam , tumpuan sis lebih kepada urusan rumah tangga dan rehat bersama keluarga. Jadi, sis jarang menulis panjang di malam hari. Tapi kalau sempat, sis akan menulis sedikit apa yang ingin sis buat pada hari esok. Korang pulak suka journaling/ blogging pada waktu bila? π» With Love, Airene Erawan.