Bismillahirrahmanirrahim
Cabaran untuk Day 3 sis pada hari ini. Senarai personal challenge untuk Julai 2025 boleh tengok kat sini Cabaran 30 Hari Menulis Julai 2025
Sis tiada format yang konsisten tentang apa yang ditulis setiap hari. Tapi, yang pasti, sis akan buat 1 senarai tugas (checklist) untuk pastikan semua tugasan sis dah cover. Walaupun, bukannya semua siap on time. 😅😅
✍️ Productivity Journaling: Cara Sis Kekal Fokus dan Konsisten Setiap Hari
Selama ini, sis sering tertanya-tanya, bagaimana caranya untuk menjadi lebih teratur? Jawapannya sis temui dalam satu amalan yang mudah tetapi sangat memberi kesan: productivity journaling.
Apa Itu Productivity Journaling?
Productivity journaling ialah satu bentuk penulisan harian yang fokus kepada:
1. Perancangan tugasan harian (To-Do List)
2. Rekod kemajuan (Progress Tracker)


Sticker tu sebagai moral and emotional support sis.. 😂
Bagi sis, ia bukan sekadar menulis senarai semak, tetapi satu ruang untuk menilai keutamaan dan supaya sis fokus. Sebab sis ni sejenis yang mudah hilang fokus sejak menghidapi anxiety ni. Pelan-pelan kayuh okay. 😁
Setiap pagi, biasanya sis akan luangkan 5–10 minit untuk menulis.
Sis biasanya senaraikan 3–5 tugasan utama yang sis nak siapkan. Sis fokus pada tugasan yang benar-benar penting.
Btw, kerja hakiki sis lebih tertumpu kepada penyediaan data/ statistik dan penerbitan. So, mostly kerja sis adalah seperti di bawah.
1. Penyediaan jadual dan semakan data/ statistik
2. Emel/ Kuiri kepada Kementerian/ Agensi/ Subjek Butiran Perkara (SMD) yang terlibat
3. Cadangan artikel dan infografik yang berkaitan
4. Dll.
Tu tak termasuk lagi yang adhoc2 bagai lagi la..
Ni la penerbitan yang sis and team buat setiap tahun.
Dia saja pun dah 500 muka surat. Udah macam kitab daa.. 😂
By negeri pun ada jugak. Teamnya 4-5 orang je.. hahahah..
wahhhh ada terbit buku sendiri ye mantap laahhh.
ReplyDeletebanyak tu
buku hak milik kerajaaan malaysia.. ^^ klau nak cari statistik yang berkaitan, jemput la singgah ke https://www.dosm.gov.my/portal-main/home
DeleteKeep writing =D
ReplyDeleteterima kasih atas moral support.. ^^
Deleteyeay..keep on blogging key!!!
ReplyDeleteterima kasih support ye.. ^^
DeleteBagus juga Mbak menggunakan Productivity journaling untuk memonitor seberapa produktif kita menulis.
ReplyDeleteSalam,
Bagusnya ada to do list dan tracker. Senang nak buat kerja dan pantau. Terbaiklah, keep it up.
ReplyDelete