Skip to main content

“Kau Kena Kuat” – Kenapa Ayat Ini Boleh Menyakitkan Hati Orang yang Sedang Struggle

Sebagai salah seorang pesakit anxiety dan depression, kadang-kadang sis juga rasa tertekan apabila diberi kata-kata semangat begini. Kenapa ya?

Menurut sumber Public Health Malaysia (PHM), bila seseorang yang kita sayang sedang melalui kemurungan atau anxiety, secara spontan kita mungkin akan cakap, “Kau kena kuat.” Niatnya baik, kita cuma nak beri semangat. Tapi tahukah kita, ayat tu sebenarnya boleh bagi kesan yang kurang sesuai?

1. Tambah Tekanan Emosi

Orang yang sedang struggle biasanya dah pun rasa lemah, keliru, dan penat secara mental. Bila kita cakap “kena kuat,” ia boleh kedengaran macam satu beban tambahan - seolah-olah dia tak cukup kuat, atau tak berusaha cukup untuk pulih.

2. Nampak Macam Kita Remehkan Apa yang Dia Rasa

Kita mungkin fikir kita bagi motivasi, tapi bagi mereka, ayat tu boleh rasa macam kita tak faham langsung apa yang mereka lalui. Sakit mental bukan sekadar tentang kekuatan diri - ia boleh berpunca daripada ketidakseimbangan kimia otak, trauma yang belum sembuh, tekanan hidup, dan macam-macam faktor lain.

3. Buat Mereka Rasa Nak Menyendiri

Bila seseorang rasa dia “tak cukup kuat” seperti yang orang harapkan, dia mungkin mula simpan semua perasaan tu dalam hati. Takut dihakimi, takut dianggap lemah, akhirnya dia memilih untuk diam dan memendam - dan itu boleh jadi lebih merbahaya.


Jadi, Apa Yang Lebih Sesuai untuk Dikatakan?

Kadang, kita tak perlu pun bagi nasihat. Cukup dengan kehadiran yang ikhlas dan kata-kata yang menunjukkan kita ada untuk dia.

✅ “Aku ada untuk kau, kau tak keseorangan.”
✅ “Aku tak boleh bayangkan betapa susahnya benda ni untuk kau, tapi aku sedia mendengar.”
✅ “Kalau kau perlukan apa-apa, bagitahu aku ya.”
✅ “Kau tak perlu hadap semua ni sorang-sorang. Kita cari jalan sama-sama.”


Akhir Kata

Kadang-kadang, benda paling besar yang kita boleh beri pada orang yang sedang sakit bukanlah nasihat… tapi ruang untuk dia rasa didengar, difahami dan tidak disisihkan.

Kalau kita sayangkan seseorang, belajarlah untuk berada di sisi dia - bukan untuk menilai kekuatan dia, tapi untuk sama-sama harungi saat sukar tu dengan sabar dan empati. 🌿

With Love, Airene Erawan

Comments

  1. Tu la kan kadang2 kita niat nak bagi kata semangat tapi ada ayat yang tak sesuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe.. mungkin sebelum ni kita tak tahu nak handle macam mana kan.. insyaAllah kita belajar sama-sama ye.. ^^

      Delete
  2. yg penting kena bagi emotional support

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. that's the best support we can ask for.. ^^

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Personal July Challenge: Cabaran 30 Hari Menulis Blog - Niche Journaling

Hi semua! Hari ni sis nak mulakan satu cabaran baru untuk diri sis. Memandangkan sis masih baru lagi dalam dunia blogging, jadi sis harap dengan adanya challenge ni, sis dapat mengembangkan lagi blog sis ni. One small step at a time 😊 ✨ Kenapa Sis Memulakan Cabaran Ini Sis percaya, menulis bukan sekadar mencatat - ia adalah satu cara untuk mendengar semula suara hati sendiri. Dalam kesibukan harian, kita sering lupa untuk berhenti sejenak dan bertanya: "Apa khabar, hati?" Cabaran 30 Hari Menulis Blog ini sis mulakan kerana sis ingin  berkongsi  - satu catatan kecil setiap hari, yang mungkin boleh memberi makna kepada orang lain juga. Jika anda juga ingin menulis, walaupun perlahan, walaupun tidak pasti... mari kita mulakan bersama-sama. πŸ“– 1 hari, 1 catatan dari hati. Minggu 1: Kenali Diri & Mula Menulis Kenapa saya memilih journaling/ blogging sebagai amalan harian 5 sebab journaling/ blogging buat saya rasa lebih tenang Apa yang saya tulis dalam journal/ b...

Zus Buddy Datang Lagi!

Bagi yang kenal sis personally, sis memang suka minum kopi. Sis memang prefer Zus Coffee sebab harganya yang berpatutan. Sekarang Zus ada keluarkan Zus Buddy, percuma dengan setiap pembelian minimum RM25 dalam satu resit. Semua comel sangat. Nak semua boleh tak? Hehehehehe. So, nak tau ape yang sis dapat grab? Choco Chipster! So cute! Tak sabar sis nak dapatkan kawan-kawan dia yang lain. Doakan sis dapat tau, sebab sekarang dah asyik sold out je ni. Hahahahaha. With Love, Airene Erawan

Surprise Gift!

  Semalam dapat kejutan daripada husband sis. Katanya dapat masa live Shopee Zus. Harga lebih murah kalau beli masa live. Btw, sis memang minat sangat benda-benda comel macam ni. 😁 Dapat banyak pulak free gift. Ada stiker, sampul duit raya. Instant coffee pun ada jugak. Berbaloi pergi ambik parcel sendiri kat guard. πŸ˜‚πŸ˜‚ Jeng3.. Kita tengok apa yang kena. Yeayy!! Dapat full set I Feel Anxiety!! Thank you so much Abang Sayang sebab support minat isterimu ini. Lepas ni boleh la tukar-tukar keychain kat beg ni. Hehehehe. With Love, Airene Erawan