Skip to main content

Beratnya Dosa Mengumpat: Lebih Baik Diam daripada Berkata Perkara yang Buruk

 Kadang-kadang tanpa kita sedar, kita dah pun terjebak dengan perbuatan mengumpat.

Ya, nampak macam biasa, tapi sebenarnya dosa mengumpat ni sangat besar dan boleh jadi punca azab di alam kubur, malah di akhirat nanti pun.

Manusia ni memang suka berbual — dan topik paling ‘senang’ nak sembang selalunya tentang orang lain. Cerita hal tepi kain orang memang cepat je jadi bahan.

Lagi-lagi kalau tengah marah dengan seseorang, kita rasa ‘lega’ bila dapat luahkan rasa tak puas hati tu dengan cara cerita keburukan dia dekat orang lain. Tapi hakikatnya, kita sedang membuka aib orang.

Bila aib tu diceritakan, ia boleh tersebar dan orang lain pun mula tambah-tambah cerita. Dari satu perkara yang mungkin betul, boleh jadi cerita yang tak betul langsung — dan itu dah jadi fitnah.

Biasanya, orang yang suka mengumpat ni pun tak lari dari cakap benda yang tak tepat, yang ditokok tambah, atau kadang-kadang terus berbohong.

Tanpa kita sedar, perangai ni dah jadi ‘biasa’ dalam hidup, padahal ia satu dosa yang sangat serius.

xxxxxxxxxxxxxxxxxx

Dalam surah Al-Hujarat ayat 12, ALLAH berfirman yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka, karena sebagiannya adalah dosa. Dan janganlah kamu mencari keburukan orang dan janganlah kamu menggunjing (mengumpat) satu sama lain.

"Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Lepas itu dah tentu kamu rasa jijik dengan dia. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

Berdasarkan firman ALLAH SWT itu, orang yang mengumpat adalah sama seperti memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai).

ALLAH SWT dan Rasulullah SAW telah jelas dan tegas melarang bercakap tentang keaiban orang lain, maka sudah tentu mengumpat adalah haram.

Dosa mengumpat juga lebih besar daripada zina.

Rasulullah SAW bersabda dalam Hadis Riwayat At-Thabrani, telah menyatakan bahawa dosa mengumpat itu lebih berat daripada dosa zina

"Mengumpat lebih berat daripada zina."

Seorang kawan bertanya, 'Bagaimana mungkin?'

Rasulullah SAW menjelaskan, 'Seorang lelaki yang berzina dan bertaubat, maka Allah segera menerima taubatnya, tetapi orang yang mengumpat itu tidak akan diampuni sehingga diampuni oleh orang yang menyokongnya (dimaafkan orang yang diumpat).”

Semoga sis dan kawan-kawan sis semua dijauhkan daripada perkara-perkara macam ni ye. Sis sayang kawan-kawan sis semua. Ameen.

With Love, Airene Erawan

Comments

  1. Salam perkenalan.MZ buat kunjungan balas ni.tq sbb sudi singgah dan drop komen kat my lil blog tu

    ReplyDelete
  2. salam kenal juga.. terima kasih kerana sudi singgah di sini.. ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Personal July Challenge: Cabaran 30 Hari Menulis Blog - Niche Journaling

Hi semua! Hari ni sis nak mulakan satu cabaran baru untuk diri sis. Memandangkan sis masih baru lagi dalam dunia blogging, jadi sis harap dengan adanya challenge ni, sis dapat mengembangkan lagi blog sis ni. One small step at a time 😊 ✨ Kenapa Sis Memulakan Cabaran Ini Sis percaya, menulis bukan sekadar mencatat - ia adalah satu cara untuk mendengar semula suara hati sendiri. Dalam kesibukan harian, kita sering lupa untuk berhenti sejenak dan bertanya: "Apa khabar, hati?" Cabaran 30 Hari Menulis Blog ini sis mulakan kerana sis ingin  berkongsi  - satu catatan kecil setiap hari, yang mungkin boleh memberi makna kepada orang lain juga. Jika anda juga ingin menulis, walaupun perlahan, walaupun tidak pasti... mari kita mulakan bersama-sama. 📖 1 hari, 1 catatan dari hati. Minggu 1: Kenali Diri & Mula Menulis Kenapa saya memilih journaling/ blogging sebagai amalan harian 5 sebab journaling/ blogging buat saya rasa lebih tenang Apa yang saya tulis dalam journal/ b...

Zus Buddy Datang Lagi!

Bagi yang kenal sis personally, sis memang suka minum kopi. Sis memang prefer Zus Coffee sebab harganya yang berpatutan. Sekarang Zus ada keluarkan Zus Buddy, percuma dengan setiap pembelian minimum RM25 dalam satu resit. Semua comel sangat. Nak semua boleh tak? Hehehehehe. So, nak tau ape yang sis dapat grab? Choco Chipster! So cute! Tak sabar sis nak dapatkan kawan-kawan dia yang lain. Doakan sis dapat tau, sebab sekarang dah asyik sold out je ni. Hahahahaha. With Love, Airene Erawan

Surprise Gift!

  Semalam dapat kejutan daripada husband sis. Katanya dapat masa live Shopee Zus. Harga lebih murah kalau beli masa live. Btw, sis memang minat sangat benda-benda comel macam ni. 😁 Dapat banyak pulak free gift. Ada stiker, sampul duit raya. Instant coffee pun ada jugak. Berbaloi pergi ambik parcel sendiri kat guard. 😂😂 Jeng3.. Kita tengok apa yang kena. Yeayy!! Dapat full set I Feel Anxiety!! Thank you so much Abang Sayang sebab support minat isterimu ini. Lepas ni boleh la tukar-tukar keychain kat beg ni. Hehehehe. With Love, Airene Erawan