Kisah Sedih Ringkas Untuk Hari Ini

 



Tersebut alkisah.. Pagi Jumaat ni tak jangka pula hujan lebat sepanjang perjalanan nak pegi keje. Dah 10 minit perjalanan baru la nampak awan hitam. 😅 Jadi, memang jem la sepanjang highway Kajang - Putrajaya ni. Daripada biasanya 40 minit, hari ni jadi 1 jam 20 minit. Menung la hai.

Elok-elok je sampai kawasan Wetland Putrajaya, boleh pulak getah wiper tercabut. 😂😂😂 Mujur la dah dekat dengan kawasan ofis. Slow-slow je bawak keta, sebab cermin dah tak nampak.

Cukup nyawa dah wiper ni. Jom cari wiper baru.

Sekian kisah sedih ringkas untuk hari ini. 😂

With Love, Airene Erawan

Post a Comment

0 Comments