Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua? Sori lama tak bersiaran, sibuk dengan urusan hakiki sikit minggu lepas.
Hari ni ada masa sedikit untuk update blog ni, sebelum petang ni nak kena masuk webinar dengan UN-ESCAP. 😁
Kebetulan lalu di wall FB hari ni, sis ada join untuk buat persembahan sempena Hari Asean ke-51 di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya. Tak jauh pun dari ofis sis sebenarnya, tapi ruang parking terhad, jadi sama-sama la kita naik bas dari ofis. 😅
Bersama Abg Wan Mustaffa, konduktor DSV
Bersama team. Dalam ni, sis paling junior. Masa ni sis sorang je yang geng 90-an. Terasa muda remaja gitu.😁
Bersama kakak cantik manis. 😁
Masa ni berkumpul dalam waiting room, sambil-sambil touch up last minit sebelum persembahan. Entah apa yang stress benor sis menjeling member tu. 😂
Masa ni kalau tak silap, kitorang perform 3 buah lagu. Lagu Negaraku memang wajib, cuma yang lagi 2 sis dah lupa la pulak. Hehehe.
As always, sis akan selalu berada di bahagian center, walaupun kasut sis cuma 2 inci je. Nak perform pun kena pakat pastikan kasut anda tinggi mana ye, supaya tak jadi tinggi rendah tinggi rendah pulak dengan kawan sebelah nanti.😅
Bab bergambor memang bagi kat kakak cantik ni. Sis jenis follow je. Haha.
With all the girls.
Kalau nak tahu, memandangkan sis paling junior masa tu, so dorang tak sempat nak tempah uniform baru masa tu. Rasanya jemputan yang kami terima pun tak sampai 2 minggu dari tarikh majlis. Jadi, sis terpaksa la pinjam baju senior yang ada. Yang paling besar hokey! Mujur la muat. Nak diet tak sempat dah. 😂
Boleh la pulak dah sampai tempat kejadian, zip skirt sis pecah la pulak. Mujur la kitorang semua dah biasa bawak extra pin, jarum, gunting, benang dan benda-benda lain la. Benda ni nak jadi mana boleh plan. Hahaha.
Sekian coretan untuk kali ni. By the way, sekarang dah ramai ahli baru dalam DSV ni. Yang dalam gambar atas pun ramai yang dah pencen dan tukar jabatan (kami mix antara skim E, F dan N, jadi yang F dan N banyak berubah. Yang E ni duk diam-diam sudah. Sis pun dah pencen 'koir') 😉
With Love, Airene Erawan.
14 Comments
warna uniform tu memang menyerlah...gabungan dengan tudung tu..
ReplyDeletemerahnya mak ngah.. dari jauh dah nampak.. hehehe..
DeleteKetinggian tumit kasut pun memainkan peranan juga ye. Syok juga kan kalau terlibat dalam persembahan untuk acara tertentu. Pengalaman tu yang mahal. Kenangan ni yang tak akan dilupakan.
ReplyDeletea ah betul.. masa rehearsal penuh biasanya team gegirl akan bawak kasut masing2 untuk test sekali.. risau tinggi melangit sampai tak nampak orang belakang.. hehehe.. ^^
DeleteComel-comel belaka team persembahan.
ReplyDeleteMenyerlah warna pakaian begitu.
kan? merah ang2.. ^^
Deletemenyerlah betul bajunya tu merah menyala. Dari jauh dah nampak.
ReplyDeletehehehe.. kena tanya orang lama sape yang pilih kaler ni dulu2.. ^^
DeleteCantik la merah uniform tu... menyala!
ReplyDeletemenyala!! hehehe.. ^^
Deletebaju warna merah kan tu? nice sgt!
ReplyDeletekalau tengok in real life, dia lebih kepada maroon sebenarnya.. tapi dalam semua gambar jadi merah ang2 pulak.. hahaha..
DeleteWarna merah memang menyerlah la. Oh kerja kat Jabatan Perangkaan ya....tahun 2018, pernah trip ke Korea dengan Dato' Sri Dr. Mohd Uzir. Time tu saya dan kebanyakkan ahli rombongan tak tahu pun beliau Ketua Perangkawan. Macam tak ada sesiapa panggil beliau Dato'. Merendah diri betul. Bila tanya isterinya tak disebut suaminya kerja apa. Saya ingatkan lecturer.
ReplyDeletekalau 2018 tu, rasanya Dato' Sri baru naik jadi KP pada masa tu. Isterinya pun memang seorang yang humble je dan senang dibawa berbincang. Selalu bagi nasihat pada kami, macam mak2 gitu.. ^^
Delete