Lauk Pauk Ready To Eat Jasmani


Assalamualaikum w.b.t. semua. Hari ni sis nak share pasal makanan ready to eat dari jenama Jasmani.

Sebelum ni sis tak pernah beli makanan retort macam ni. Kalau ada pun, selalu abah yang bagi makanan ration dia kalau balik kampung masa dia masih kerja PGA dulu. Hehehe.

Hari tu sis tengok post Mama Tisya pasal makanan ni sebab kesian anaknya malam-malam takde makanan. Takkan balik-balik nak makan megi je kan. 😅 Tengok post Mama Tisya ni macam menarik pulak.

Kebetulan pulak sis ni pun kadang-kadang tak sempat nak masak makan malam di rumah. Biasanya sis akan sampai rumah dalam jam 7 - 8 malam macam tu. Jadi sis biasa tapau je la dari ofis. 

Sis pun survey la link VTT yang Mama Tisya share tu. Eh, macam murah jugak la harga dia. Biasanya makanan retort bagi sis mahal sikit, lepas tu rasanya belum tentu sedap. Tapi jenama Jasmani ni murah jugak la.

Jadi, sis pun cari la jenama Jasmani ni di Shopee. Sis lebih mahir shopping di Shopee berbanding Tiktok Shop. Hehehe. Nak murah lagi, beli masa tengah on Live. Jimat banyak.

Dapat la sis beli 14 paket siap postage dengan harga RM120 sahaja. Beli 5 paket, dapat free 1 nasi goreng. 😁

Sis panaskan dalam microwave sekejap je. Lepas tu tunggu nasi siap masak. Makan panas-panas baru la sedap. 

So, how was the taste? Mula-mula sis dan Bang Fiz agak skeptical sikit, sebab biasanya makanan macam ni akan ada perisa plastik atau seangkatan dengannya la. Pengalaman makan ration kan. 😅 

Kitorang try daging dendeng dia. Sedap. Dan rasa pedas manis dia on point. Tak rugi beli kata Bang Fiz. Kalau untuk portion pula, cukup la untuk sekali duduk untuk 2 orang. Hehehe.

Thanks to Mama Tisya for suggesting this brand. Boleh la beli lagi lepas ni. Nak pergi camping nanti pun boleh bawak ni je. Sonang. 

 With Love, Airene Erawan.

Post a Comment

0 Comments