Dari Kosong ke Karya: Lukisan Pertama Sis dengan Paint by Number

Assalamualaikum w.b.t semua. Hari ni sis nak kongsikan tentang art project sis sekarang ni. 

Sis sekarang ada satu projek paint by number. Cumanya projek ni sedikit terbengkalai sejak bulan 6 hari tu. Hehehe.

Macam mana sis boleh mula projek ni? 

Doktor yang attend case anxiety sis yang cadangkan agar sis buat hobi baru. Tak kira apa-apa aktiviti pun. Tujuannya adalah untuk memastikan sis boleh release stress dia samping menenangkan fikiran sis yang kacau bilau masa tu. Terima kasih doktor atas nasihat beliau.

Alhamdulillah. Kebetulan sis tengah skrol Shopee masa tu, tiba-tiba terpandang paint by number ni. Kat Malaysia ada stok, tapi banyaknya yang saiz kecil (20 cm x 20 cm). Jadi sis beli la yang saiz sederhana dari China. Sis ambil saiz 30 cm x 40 cm. Baru puas sikit mewarnanya. 

Kalau ambik yang besar sangat, nanti belum tentu siap. Lagi la stress. Hahaha.

Gambar ilustrasi hasil akhir.

Apa itu Paint by Number? 

Paint by Number ialah satu aktiviti seni yang memudahkan sesiapa sahaja melukis gambar cantik walaupun tanpa pengalaman melukis. Ia biasanya terdiri daripada kanvas atau kertas yang sudah mempunyai garis lakaran gambar, dibahagikan kepada ruang kecil-kecil yang bernombor. Setiap nombor merujuk kepada warna cat tertentu. Tugas anda hanyalah mengisi warna berdasarkan nombor yang diberi.

✨ Bagaimana Paint by Number Berfungsi?

Contoh satu set paint by number

Pilih satu set paint by number – biasanya ia datang dengan:
  • Kanvas bergambar bernombor
  • Set berus (Untuk berus ni, sis beli lagi berus extra kat kedai alat tulis. Sis nak guna berus yang lebih besar, sis kan rabun. Hahaha.)
  • Warna akrilik bernombor (Ikut pada warna setiap kanvas, biasanya cukup untuk selesai satu kanvas)
  1. Mulakan dengan warna tertentu – contohnya, nombor 1 mewakili warna biru. Maka, cari semua bahagian bernombor 1 dan warnakan dengan biru. (Yang ni sis tak ikut sangat, biasanya sis akan warnakan ikut mood pada masa tu. Hehehe.)
  2. Teruskan hingga semua kawasan diwarnakan.
  3. Gambar akan “hidup” bila lengkap – seolah-olah dilukis oleh pelukis profesional!

🎨 Siapa Sesuai Buat Paint by Number?

  • Kanak-kanak (ada versi mudah)
  • Orang dewasa (ada versi kompleks)
  • Mereka yang ingin kurangkan stres
  • Individu yang sukakan seni tapi tiada asas melukis (sis la tu 😂)

🧠 Kelebihan Paint by Number

  • Mengurangkan stres dan bantu fokus (terapi seni)
  • Meningkatkan koordinasi mata dan tangan
  • Membina keyakinan diri bila hasil lukisan siap
  • Aktiviti santai dan menghiburkan untuk waktu lapang

Progress sehingga hujung bulan Mei yang lepas

Kalau ikutkan, projek ni dah 70 peratus siap. Cumanya, kebetulan sis banyak kali tak sihat waktu weekend, jadi terbengkalai la sekejap projek ni.

Harapnya sis dapat siapkan dalam masa terdekat ni. Bukan apa, ada lagi 5 kanvas yang belum mula lagi. Bang Fiz dah bertanya dah tu, dia dah stand by nak paku dinding. Nak gantung katanya. Hahaha.

Siapa kat sini pernah cuba paint by number? Cer share sikit. 😁

With Love, Airene Erawan.

Post a Comment

6 Comments

  1. Ni kerja org rajin..org malas macam saya susah nak buat kerja2 mcm ni...

    ReplyDelete
  2. wah...ni kena tangan berseni ni...mesti cantik bila siap nanti
    but betul la..bila kita fokus kpd something tu, kita akan jadi leka & happy bila tgk benda2 yg cantik & hasil kerja kita tu

    ReplyDelete
  3. pertama kali dengar aktiviti ni, bagus sekali...suka tengok hasilnya...

    ReplyDelete
  4. Dania pernah beli ni tapi kanvas kucing. Menarik juga la kalau minat kan dan nak isi masa lapang. Hasilnya pasti tak menghampakan.

    ReplyDelete
  5. selalu jugak nampak benda ni kat shopee. banyak kali nak rasa nak beli tapi nanti risau tak terbuat je haha. lawalah hasilnya walaupun belum siap habis! kemas je

    ReplyDelete