Memori Raya BPPAS 2016

Assalamualaikum w.b.t. semua. 

Kebetulan hari ni FB ada kongsikan memori raya sis. Masa ni sis baru je posting kat DOSM ni. Kali pertama masuk kerja tetap selepas habis belajar pada 2013.

Dari kiri: sis, Cici, Kak Nurul, Kak Hana Sardan (pencen), Kak Rasyidah (pencen), Puan Salwaty, Kak Nora, Kak Hana Kamarudin. Kalau tak silap, ni team Aras 3 (Alam Sekitar) dulu, sebelum kami gabung dengan team Pertanian di Aras 5.

Dengan akak-akak kesayangan 😘

Unit Alam Sekitar yang dulu. Sekarang tinggal sis sorang jadi fosil kat unit ni. Huhu.

Dari kiri belakang: Abang Ayie @ Sabri, Encik Lan @ Azland, Arwah Abang Din @ Solihuddin, Puan Siti Fatimah dan sis

Tiba-tiba hati ni terasa rindu pada mereka semua.

Mohon sedekahkan Al-Fatihah jua kepada arwah Abang Din yang meninggal pada tahun lepas akibat kanser. Sesungguhnya arwah seorang anak buah yang sangat baik. Dah anggap sis macam anak sendiri.

Sekian coretan untuk kali ini.

With Love, Airene Erawan

Post a Comment

17 Comments

  1. Salam singgah..kenangan hidup..gambar kadang menjadikan kita tersenyum melihatnya kan..kenangan manis tul tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. senyum, sedih, rindu.. kadang-kadang bercampur-baur.. manusia takkan lari daripada kenangan silam..

      Delete
  2. Terkadang sedih memang melihat foto2 kenangan begini. Al Fatihah untuk Abang Din. Semoga kubur beliau selalu diterangi dan dilapangkan

    ReplyDelete
  3. Sekeping foto seribu kenangan. Al Fatihah utk arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  4. Tingginya airene. Kak Hana Sardan tu akak kenal sebab dia senior asrama sekolah SMSAB muar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa.. yeke? keciknya duniaa.. hahaha.. ^^

      baru perasan terlebih tinggi kat situ.. yang lain semua saiz comel-comel belaka.. hehehe..

      Delete
  5. benda yg paling jauh ialah masa lalu...menggamit kenangan sgt kan

    ReplyDelete
  6. Sebab tu SA suka bergambar untuk kenangan...kita tau kan..siapa yang akan pergi dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu sis tak biasa bergambar.. mungkin sis sejenis yang pemalu ckit kot.. hehe.. insyaAllah, lepas ni akan ada lebih banyak gambar untuk kenangan..

      Delete
  7. kak.... tinggi lebih 170cm ke ni. jauh beza dgn ketinggian gadis2 yg lain tau haha jeles!
    fb memory ni memang menggamit kenangan. bila tengok balik diri kita yg dulu dgn sekarang, banyak juga yg berubah kan. termasuklah org yg dah meninggalkan kita. al fatihah buat arwah abang din tu, semoga beliau tenang disana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kita 166 je awak.. tapi dalam ni nampak sis tinggi macam galah pulak.. hehehe..

      betul tu.. banyak dah berubah.. semoga kita semua pun mampu mendapatkan pengakhiran yang baik.. ameen..

      Delete
  8. stiap gambar mengimbau memori

    ReplyDelete
  9. Semua cantik bergaya, berpakaian tema raya."
    Macam satu vibe satu kampung datang beraya sambil on lagu evergreen “Dendang Perantau” dalam background

    ReplyDelete