Assalamualaikum w.b.t. Hari ni sis nak kongsikan kisah sis ke Janda Baik, Pahang pada 2017. Kira macam family day la, tapi dengan kawan-kawan cikgu sekolah mak (sis bahasakan Mak Ros la ye dari sini.)
Rasanya masa ni sis balik cuti hujung minggu. Yela, Putrajaya dengan Temerloh bukan la jauh sangat. Tengah bujang masa tu, habis je kerja hari jumaat, terus la cabut balik rumah Mak Ros. Hehe.
Oo. Lupa pulak nak citer. Masa ni Mak Ros masih bergelar single mom lagi. So, kalau ke mana-mana, memang biasanya bertiga je la. Mak Ros berkahwin semula pada 2019, beberapa bulan sebelum Covid-19 melanda.
Untuk adik sis pulak (sis panggil Amy je la senang), dia dah mula berniqab selepas beberapa tahun menikah. Jadi, di sini sis blurkan gambarnya bagi menghormati beliau ye. 😉
Ni gambar kami sebelum bertolak dari rumah di Kuala Krau.
Macam biasa, kalau bertiga, Mak Ros lebih selesa kalau dia yang memandu. Sis macam biasa, jadi google map hidup (sila caj bateri google map anda dengan makanan.. hehehe).
Kitorang memang suka boria kalau travel. Baru nampak macam twins giteeeww. 😂
Masa ni kami jumpa dengan geng-geng yang janji nak tunggu kat Plaza Tol Temerloh. Btw, dorang ni cikgu-cikgu kat SK Felda Jenderak Utara.
Sampai la di tempat yang dituju. Damai Arcadia D'jandabaik. Memang damai je kat sini.
Macam biasa, sis dan makanan tak dapat dipisahkan. Tapi bukan AJK Makan tau, kita AJK Bako2. Hehe.
Bukti sis AJK Bako2 ye.
Dari kiri: Cikgu Norizah, Cikgu Azimah (atau kitorang panggil Cikgu Jemah 😂), Mak Ros, Ustaz Rizal dan sis
Walaupun ada aktiviti BBQ, kitorang dah bawa bekal masing-masing dari rumah. Kira macam potluck la. Boleh la makan-makan dulu sementara tunggu ayam siap bako.
Masa ni, yang lain-lain dah pergi terjun dalam sungai kot. Masing-masing nampak air, dah jadi macam anak itik. 🦆🦆
Giliran sis dan Amy pulak terjun masuk sungai. Sungai dia cetek je masa ni, tapi sejuk. 🥶
Dapat la main susun-susun batu. Hehehe.
Selfie dulu sebelum pulang ke sarang.
Sekian untuk catatan kali ni. Jumpa lagi di post lain ye. 😘
With Love, Airene Erawan.
1 Comments
boleh la cadang kat suami nanti.. otw balik ke raub, singgah kelah kat janda baik dulu...
ReplyDelete