Movie Time: Superman


Hi semua! Hari jumaat lepas Bang Fiz ajak sis pergi tengok wayang. Disebabkan weekend yang sebelum tu sis tiba-tiba tak sihat, jadi sis pun ok je bila Bang Fiz ajak. Masa tu movie yang nampak menarik ada 2, Jurassic World atau Superman. Bang Fiz pun pilih la Superman. Sis tukang beli tiket dan makanan macam biasa. 


As usual, kitorang akan pergi ke GSC IOI City Mall (East Wing). Cuma kali ni, kitorang ambil time midnight around 12.20 am macam tu. Memandangkan kitorang pun memang dah plan lewat malam, kitorang rest (baca: tidur) dulu kat rumah. Kitorang taknak la tertidur masa dalam hall nanti. Rugi. 😂

Sinopsis filem:
"When Superman gets drawn into conflicts at home and abroad, his actions are questioned, giving tech billionaire Lex Luthor the opportunity to get the Man of Steel out of the way for good. Will intrepid reporter Lois Lane and Superman's four-legged companion, Krypto, be able to help him before it's too late?"

Bagi sis yang bukan peminat tegar genre superhero (DC/Marvel), this movie is enjoyable. Tona movie dia pun tak terlalu gelap macam movie DC yang lain. Maybe sebab James Gunn pernah direct movie Marvel juga. 

Favourite character sis? Lex Luthor! Watak villain dia yang fight ala-ala main catur gitu. E4, E5, KC3, KC6. Sis macam woww. Impressed. Lagi 1, Nicholas Hoult ni sis minat dia dari siri Brigerton: Queen Charlotte dan The Great. Jarang sis nak minat pelakon-pelakon ni. Mungkin muka dia bila senyum tu ada manisnya kot. Achewahh. 😂


Dan watak terpaling berfungsi sekali...... mestilah Krypto. 😁 Tak sia-sia suka main bola. Hehehehe.


Sekian untuk movie hari ni. See ya!

With Love, Airene Erawan

Post a Comment

20 Comments

  1. huhuhu....tak tengok lagi movie superman yang baru ni....

    ReplyDelete
  2. wah pakcik superman dah keluar.....

    ReplyDelete
  3. Tu dia superman versi terbaru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah kak.. filem yang ni xdela rasa macam berat sangat compare dengan yang version lain.. yang dulu-dulu macam golap je dia punya lighting.. hehehe..

      Delete
  4. Menonton kat IOI City Mall jugak ya selalu saya ke old wing tu yang berdekatan dengan Parkson.

    ReplyDelete
    Replies
    1. husband suka dekat east wing tu.. naik parking sampai tingkat 3, terus jumpa gsc depan parking lot.. hehehe..

      Delete
  5. Last tengok wayang cerita ejen Ali..yg tu memang mak yg teruja menunggu...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis tengah tunggu Papazola The Movie hujung tahun ni.. hehehe..

      Delete
  6. waahhh moviedate midnite bestnyaaa! ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. dah seminggu sibuk dengan kerja masing-masing, weekend la baru sempat nak pergi dating.. ^^

      Delete
  7. Puas hati tonton di pawagam kan..janji seronok bahagia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang puas hati.. cumanya, tiket dia pun dah boleh tahan mahalnya.. huhu..

      Delete
  8. Wah saya terlewat menonton film ini, Mbak. Ketika sedang main di bioskop, saya ada urusan. Gagal deh nonton film Superman.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. tak mengapa abah.. nanti juga kan pasti akan keluar di tv juga.. cuma cepat atau lambat saja.. ^^

      Delete
  9. Replies
    1. baru nak berjinak-jinak balik tengok wayang ni sis.. sebab husband memang jenis suka tengok wayang..

      Delete
  10. rasa mcm nak gi tgk jugak cuma tak tau bila..my weekend is so packed!

    ReplyDelete
  11. Eh, ada movie Superman ke sekarang. Betul-betul tak up to date betul saya ni. Yang tahu latest Jurassic World tu je. Macam best je tapi lama betul tak tengok wayang.

    ReplyDelete