Bila Gula Ditinggalkan: Pengalaman Detoks Gula & Simptomnya

Semenjak sis disahkan menghidap kencing manis, sis cuba kurangkan pengambilan gula. Bukan sebab nak ikut trend diet semata, tapi lebih kepada mahu rasa lebih sihat dan bertenaga. Tapi siapa sangka, bila berhenti je minum air manis, badan sis terus "protes". Rasa letih, murung, dan craving jadi luar biasa. Sis pun mula baca, dan terjumpa satu artikel dari Healthline tentang simptom detoks gula atau bahasa orang kita panggil "cut sugar".

Rupanya, pengurangan gula secara drastik memang boleh beri kesan fizikal dan emosi yang agak ketara. Ini kerana tubuh sudah biasa "bergantung" pada lonjakan tenaga "energy spike" yang gula berikan. Bila tiada gula, sistem tubuh kita perlu sesuaikan diri semula.

🍭 Simptom Biasa Semasa Detoks Gula

Berikut antara simptom yang mungkin muncul apabila kita kurangkan atau hentikan pengambilan gula tambahan:

  1. Mengidam manis yang kuat

    • Otak akan “merayu” nakkan gula, terutamanya makanan kegemaran kita.

  2. Sakit kepala

    • Salah satu simptom awal. Badan sedang sesuaikan tahap gula darah.

  3. Keletihan atau kelesuan

    • Bila tak ada ‘boost’ dari gula, badan rasa kurang bertenaga.

  4. Mood swing / kemurungan ringan

    • Gula boleh beri kesan sementara pada hormon ‘gembira’ – bila hilang, mood turut jatuh.

  5. Kebimbangan / rasa gelisah

    • Perubahan hormon dan gula darah boleh buat rasa tak stabil secara emosi.

  6. Masalah tidur

    • Sesetengah orang alami insomnia atau gangguan tidur.

  7. Tumpuan terganggu (‘brain fog’)

    • Sukar fokus, rasa macam otak kabur.

  8. Masalah penghadaman

    • Seperti kembung atau sembelit, terutamanya jika sebelum ini ambil banyak makanan proses.

🌿 Cara Urus Simptom Detoks Gula
  • Minum air secukupnya – Hidrasi penting untuk bantu buang toksin.

  • Tidur cukup – Badan perlukan rehat untuk sembuh.

  • Ambil makanan penuh nutrisi – Fokus pada sayur, protein, lemak sihat.

  • Ambil makanan tinggi serat – Untuk rasa kenyang lebih lama dan elak craving.

  • Alih perhatian – Buat aktiviti yang menggembirakan seperti berjalan, bersenam, atau membaca.

  • Kurangkan secara berperingkat, bukan secara drastik.

Detoks gula bukanlah semudah yang disangka. Kita mungkin tak sedar betapa bergantungnya kita pada rasa manis untuk ‘rasa okay’ seharian. Bila sis lalui sendiri fasa ini, sis lebih faham tubuh sendiri dan belajar untuk lebih prihatin dengan apa yang sis makan.

Ada kawan-kawan yang dah pernah buat detoks gula @ cut sugar ni ke? Boleh la kongsikan tips kat sini.

With Love, Airene Erawan.

Post a Comment

10 Comments

  1. kakmieja pula tak suka minum air manis. biasanya minum air manis sekali jerk, waktu breakfast. dekat pejat memang jenis tak mengunyah manis, minum air masak jerk.ada masa minum air bunga telang rendam suam, byk khasiatnya. tapi bahaya jugak kan tak minum air manis...

    ReplyDelete
  2. MZ plak on off ala2 cut sugar, so belum berjaya lagi ni...

    ReplyDelete
  3. Linda pun nak cut sugar..tak berjaya lagi...hihihi...
    Tapi, skang kolestrol yg tinggi...rase sebab suka minum teh ais kot..susu pekat kan

    ReplyDelete
  4. Selalunya weekdays buat IF auto takde minum gula. Tapi tak menentu jugak. Kekadang beli jugak air kelapa, teh ais. Dulu pernah buat berbulan jugak cut off sugar memang kena kuat mental la.

    ReplyDelete
  5. Rupanya demikian bila dijalankan program ditinggalkannya gula, Mbak.
    Kalau saya hanya mengganti gula dengan gula rendah kalori saja.

    Salam,

    ReplyDelete
  6. Oooo... begitu pula kesannya ya, boleh menyebabkana murung dan letih.
    Saya banyak minum air kosong setiap hari tetapi minum manis juga sekali-sekala. Makan yang manis-manis pun...aduhai! Susah hendak tolak kalau sudah terhidang di depan mata.
    Pengambilan karbohidrat yang berlebihan pun boleh menambahkan kandungan gula dalam darah kalau tidak bakar lemak dalam badan.
    Semoga terus istiqamah mengawal pengambilan gula.

    ReplyDelete
  7. susah nak cut gula sepenuhnya, boleh kurangkan je.. saya pun tk minum air manis sangat. dalam seminggu tu boleh kiralah berapa kali je minum air manis

    tapi kadang2 ada makan kudap2 perisa coklat pulak ofis. haha tak balance

    ReplyDelete
  8. SA cut sugar, tapi ambil gula natural dari buah- buahan. dalam nasi pun dah terkandung sejumlah gula..so SA kurangkan pengambilan nasi..tukar beras biasa ke beras basmati..sesekali la bila letih terus minum air bergula..risau SA bukan sebab dah ada kencing manis tapi keturunan ada kencing manis dan 3 serangkai ni semua...so dari sekarang umur 47 ni la kurangkan pengambilan gula..

    ReplyDelete
  9. start awal thn 2024 cut sugar...kiranya air manis tk minum ..mmg minum air kosong tp bila cuaca panas haus sgt minum juga la skali skala air manis....alhamdulillah mmg air kosong dh sinonim ngan bdn....actually nk cut sugar ni kena slow2 tgk bdn kita ...kita cuba dlu 2 minggu....awal2 tu demam juga mayb bdn terkejut tp lps 2 minggu alhamdulillah ok...sbb kita ni dessert lovers so pelan2 tinggalkan...cuma kalo tringin mkn la skit wat ngaso2...so nmpk perubahan dr segi penurunan berat bdn bila cut sugar...dh meningkat umur ni mmg nk kena jg pemakanan..smoga kita smua dikurniakan kesihatan yg baik

    ReplyDelete
  10. Memang tak mudah. Kena slow-slow. Kalau drastik terus bahaya juga kalau kurang gula. Kita kurangkan pengambilan dulu makanan dan minuman manis-manis. Banyakkan minum air masak.

    ReplyDelete