Skip to main content

Buku Pinjaman Untuk Minggu Ini

Assalamualaikum w.b.t. semua. Hari ni sis nak share senarai buku pinjaman sis yang terkini. Semua buku ni sis pinjam dari Library DOSM.  1. Seni Menghargai Diri - Yoon Hong Gyun Sinopsis:  Adakah penghargaan anda kepada diri sendiri mencapai tahap yang memuaskan? Ataupun adakah anda sering keletihan dan mudah marah kerana hal remeh-temeh, sering memulakan pertengkaran dengan pasangan kemudian menyesal, terlalu takut menghadapi perpisahan walaupun sering bertemu dengan individu yang salah... dan banyak lagi.  ---- Seni Menghargai Diri adalah sebuah karya bantu diri yang ditulis oleh seorang pakar psikologi dari Korea Selatan, Dr. Yoon Hong Gyun. Buku ini merangkumi pelbagai teknik dan kaedah meningkatkan estim diri dan impaknya dalam kehidupan.  Antaranya: -Salah faham konsep menghargai diri - Kaitan hubungan romantik dengan keyakinan diri remaja -Panduan pengendalian tingkatan  emosi -Langkah demi langkah meningkatkan keyakinan 2. Untuk Jiwa Yang Tenang -...

Resepi Lobak Masin Goreng Cara Mak Sis

Assalamualaikum w.b.t. semua. Hari ni sis nak share resepi lobak masin goreng yang selalu mak sis masak kalau ada masak bubur nasi. Biasanya, kalau sis tak sihat, sis akan makan lobak masin dengan bubur nasi, supaya selera makan tu bertambah. Tak kira sama ada bubur nasi kosong atau bersantan, dua-dua sedap dimakan bersama lobak masin ni.

Tapi tu la. Selalu sangat lupa nak ambik gambar lobak masin yang dah siap masak. Mesti dah licin dulu. Hehehe.

Kiri: Lobak Manis (yang cerah), Kanan: Lobak masin (yang gelap)

Sebenarnya ramai yang tak tahu sebenarnya ada dua jenis lobak awet ni. Sis sendiri pun kadang-kadang tersalah beli juga. ๐Ÿ˜…

Lobak masin dan lobak manis merujuk kepada dua jenis lobak yang diproses secara berbeza. Lobak masin, juga dikenali sebagai lobak jeruk Thai, adalah lobak yang diawet dengan garam dan bahan lain untuk menghasilkan rasa masin-manis. Manakala, lobak manis biasanya adalah lobak yang diperam dengan gula dan cuka, menghasilkan rasa manis dan masam. 

Berikut adalah perbezaan utama antara keduanya: 

Lobak Masin:
  • Rasa: Masin dan sedikit manis.
  • Proses: Diawet dengan garam dan bahan lain seperti gula dan cuka, tetapi rasa masin lebih dominan.
  • Kegunaan: Sering digunakan dalam masakan Thai dan hidangan lain yang memerlukan rasa masin.
Lobak Manis:
  • Rasa: Manis dan sedikit masam.
  • Proses: Diperam dengan gula dan cuka.
  • Kegunaan: Sering digunakan dalam hidangan seperti mee goreng, nasi goreng, atau sebagai perencah.
Secara ringkas, kedua-duanya adalah jenis lobak yang diproses untuk tujuan yang berbeza. Lobak masin lebih kepada rasa masin, manakala lobak manis lebih kepada rasa manis.

Untuk tujuan resepi ni, sis gunakan lobak masin tau.

Bahan-bahan: 
  • 1 cawan lobak masin (dipotong kecil dan direndam sebentar untuk kurangkan rasa masin)
  • 3 biji bawang besar (dimayang tidak terlampau nipis - biasanya lagi banyak lagi sedap)
  • 10-15 tangkai cili api (dihiris)
  • Air asam jawa 
  • Minyak masak secukupnya
Cara penyediaan:
  1. Tumiskan bawang dan cili api sehingga naik bau.
  2. Masukkan lobak masin yang telah direndam. Masak sehingga sedikit lembut.
  3. Masukkan sedikit air asam jawa. Kalau guna asam jawa Adabi, sis guna dalam 1-2 sudu teh dicampurkan dengan sedikit air. Tujuan dia untuk memperisakan lobak masin kita tadi. Sis tak tambah garam dah sebab lobak tu pun dah ada masinnya.
  4. Masak sehingga sebati. Siap untuk dihidang.
Sedap dimakan dengan bubur nasi. Tambah sedikit bawang goreng. Lepas semangkuk, semangkuk bertambah. ๐Ÿ˜‚

Selamat mencuba!

With Love, Airene Erawan

Comments

  1. Tak pernah pula makan.. nanti pokcik cari kat kedai

    ReplyDelete
  2. Owhhh...Rase mcm pernah mkn dkt mr.teppanyaki =D

    ReplyDelete
  3. Akak buat goreng kering je. Goreng hirisan lobak masin dengan hirisan bawang dan lada. Goreng semuanya sekejap. Lepas tu tabur atas bubur. makan dengan nasi lembek pun sodap

    ReplyDelete
  4. MZ tak pernah mkn la lobak gini

    ReplyDelete
  5. baru tau ada yg jenis manis...blh try resepi aireen ๐Ÿฅฐ

    ReplyDelete

Post a Comment

Yang Selalu Dibaca

Personal July Challenge: Cabaran 30 Hari Menulis Blog - Niche Journaling

Hi semua! Hari ni sis nak mulakan satu cabaran baru untuk diri sis. Memandangkan sis masih baru lagi dalam dunia blogging, jadi sis harap dengan adanya challenge ni, sis dapat mengembangkan lagi blog sis ni. One small step at a time ๐Ÿ˜Š ✨ Kenapa Sis Memulakan Cabaran Ini Sis percaya, menulis bukan sekadar mencatat - ia adalah satu cara untuk mendengar semula suara hati sendiri. Dalam kesibukan harian, kita sering lupa untuk berhenti sejenak dan bertanya: "Apa khabar, hati?" Cabaran 30 Hari Menulis Blog ini sis mulakan kerana sis ingin  berkongsi  - satu catatan kecil setiap hari, yang mungkin boleh memberi makna kepada orang lain juga. Jika anda juga ingin menulis, walaupun perlahan, walaupun tidak pasti... mari kita mulakan bersama-sama. ๐Ÿ“– 1 hari, 1 catatan dari hati. Minggu 1: Kenali Diri & Mula Menulis Kenapa saya memilih journaling/ blogging sebagai amalan harian 5 sebab journaling/ blogging buat saya rasa lebih tenang Apa yang saya tulis dalam journal/ b...

Zus Buddy Datang Lagi!

Bagi yang kenal sis personally, sis memang suka minum kopi. Sis memang prefer Zus Coffee sebab harganya yang berpatutan. Sekarang Zus ada keluarkan Zus Buddy, percuma dengan setiap pembelian minimum RM25 dalam satu resit. Semua comel sangat. Nak semua boleh tak? Hehehehehe. So, nak tau ape yang sis dapat grab? Choco Chipster! So cute! Tak sabar sis nak dapatkan kawan-kawan dia yang lain. Doakan sis dapat tau, sebab sekarang dah asyik sold out je ni. Hahahahaha. With Love, Airene Erawan

Kisah Nikah Terkejut - Terkejut

Mesti pelik kan bila baca tajuk kat atas ni? ๐Ÿ˜‚ Ni kisah sis masa nak nikah 7 tahun lepas. Nak kata macam Ali Baba pun ada jugak. Ni semua Tok Imam la punca. Kisahnya begini.. Sis dah bertunang dengan encik tunang a.k.a Bang Fiz dari tahun 2016 lagi. Masa tu, sis baru je masuk keje gomen. Jadi, takde lagi rasa nak rush masa tu. Tup tap tup tap. Dah nak masuk puasa 2018. Tarikh nikah tak letak lagi masa ni. Masa ni pulak, adik sis pun dah mula buat persediaan nikah jugak. Btw, kitorang perempuan 2 orang ni je adik beradik. Pada Ahad 13 Mei 2018, kami sama-sama jumpa wali kami (uncle M) kat Wangsa Maju. Ayah kitorang dah meninggal pada 2009, so dia la wali terdekat kami.  Selesai urusan sign wali semua, malam tu jugak kami jumpa dengan Tok Imam Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, PJ. Sis dengan Bang Fiz memang bermastautin kat sini dulu. Cumanya sis di rumah sewa, Bang Fiz dengan parent dia la. Dipendekkan cerita, selesai je dengan Tok Imam, Tok Imam pun bagi idea yang bernas sangat. ๐Ÿ˜‚...

Surprise Gift!

  Semalam dapat kejutan daripada husband sis. Katanya dapat masa live Shopee Zus. Harga lebih murah kalau beli masa live. Btw, sis memang minat sangat benda-benda comel macam ni. ๐Ÿ˜ Dapat banyak pulak free gift. Ada stiker, sampul duit raya. Instant coffee pun ada jugak. Berbaloi pergi ambik parcel sendiri kat guard. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Jeng3.. Kita tengok apa yang kena. Yeayy!! Dapat full set I Feel Anxiety!! Thank you so much Abang Sayang sebab support minat isterimu ini. Lepas ni boleh la tukar-tukar keychain kat beg ni. Hehehehe. With Love, Airene Erawan

“Kau Kena Kuat” – Kenapa Ayat Ini Boleh Menyakitkan Hati Orang yang Sedang Struggle

Sebagai salah seorang pesakit anxiety dan depression, kadang-kadang sis juga rasa tertekan apabila diberi kata-kata semangat begini. Kenapa ya? Menurut sumber Public Health Malaysia (PHM), bila seseorang yang kita sayang sedang melalui kemurungan atau anxiety, secara spontan kita mungkin akan cakap, “Kau kena kuat.” Niatnya baik, kita cuma nak beri semangat. Tapi tahukah kita, ayat tu sebenarnya boleh bagi kesan yang kurang sesuai? 1. Tambah Tekanan Emosi Orang yang sedang struggle biasanya dah pun rasa lemah, keliru, dan penat secara mental. Bila kita cakap “kena kuat,” ia boleh kedengaran macam satu beban tambahan - seolah-olah dia tak cukup kuat, atau tak berusaha cukup untuk pulih. 2. Nampak Macam Kita Remehkan Apa yang Dia Rasa Kita mungkin fikir kita bagi motivasi, tapi bagi mereka, ayat tu boleh rasa macam kita tak faham langsung apa yang mereka lalui. Sakit mental bukan sekadar tentang kekuatan diri - ia boleh berpunca daripada ketidakseimbangan kimia otak, trauma yang belum se...