Bismillahirrahmanirrahim
Cabaran untuk Day 5 sis pada hari ini. Senarai personal challenge untuk Julai 2025 boleh tengok kat sini Cabaran 30 Hari Menulis Julai 2025
Maafkan sis ye sebab challenge ni tergendala untuk beberapa hari atas faktor kesihatan yang tak begitu baik hujung minggu lepas..
๐ธ Ruang Journaling/ Blogging Impian Saya
Sebagai seorang blogger, memiliki ruang kerja yang selesa dan estetik adalah satu impian. Ruang ini bukan sekadar tempat menulis — ia adalah sudut inspirasi, ruang kreatif, dan terapi visual setiap kali sis duduk di hadapan skrin.
๐ฅ️ Dua Monitor, Dua Dunia
Meja kerja impian sis menempatkan dua skrin monitor — satu untuk kerja menulis dan satu lagi untuk hiburan atau rujukan. Ini sangat membantu apabila sis perlu buat penyelidikan dan menulis secara serentak. Satu paparkan dokumen, satu lagi paparkan video, artikel atau sumber inspirasi.
Sis juga berharap satu hari nanti sis boleh membuat dua stesen, satu untuk sis dan satu lagi untuk Bang Fiz. Baru la sweet gitewww..
๐งธ Dekorasi & Hiasan Peribadi
Disebabkan ada stesen yang berasingan, sis dan Bang Fiz masing-masing boleh hias dengan citarasa yang tersendiri.
๐ฎ Kerja & Rehat Seiring
Ruang ini juga sesuai untuk bermain game (sis la tu) atau menonton anime (yang ini Bang Fiz) selepas selesai menulis blog. Sis percaya, bila ruang kerja itu menyeronokkan, produktiviti juga meningkat secara semula jadi.
Berangan tu percuma kan? Semoga impian sis untuk wujudkan ruang begini termakbul pada suatu hari nanti. Ameen.
Korang pulak suka yang macam mana?
With Love, Airene Erawan
berangan sgt beshhh
ReplyDeletejom lah kita berangan bersama-sama.. ^^
Deletebetul tu best sgt berangannnn! ehehehe
ReplyDeleteHi Airene...cantiknya blog ๐ moga cepat sembuh.....berangan itu percuma,moga menjadi kenyataan...๐๐
ReplyDeleteseronok bila dapat ruang macam nie...
ReplyDeleteSalam kenal Airene ๐ค
ReplyDeleteTerima kasih singgah blog PH ๐น
Best ni kalau ada workstation gini. Lebih selesa dan bersemangat gitew :)
Syoknya kalau dapat workstation yang luas dan ada dua station. Saya dah ada cuma nak kena upgrade lagi kot. Semoga impian kita berjaya mendapat apa yang kita idamkan. Takpe, berangan dulu.
ReplyDelete