Klinik Semakan Buku Perkhidmatan Kerajaan

Pagi tadi, pejabat sis ada buat program semakan buku rekod perkhidmatan kerajaan. Memandangkan sis di Bahagian Perangkaan Pertanian dan Alam Sekitar (BPPAS), jadi giliran sis jatuh pada hari ini. Program ni diadakan selama 3 hari, untuk mengelakkan kesesakan pada satu-satu masa.


So, bagi yang tak pernah tengok buku rekod perkhidmatan tu macam mana? Sis tunjukkan salah satu contoh di bawah.
Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Btw, buku ni sulit ye. Sis pun setakat 10 tahun servis ni, baru 2 kali je tengok. 

Macam yang dinyatakan di atas, penjawat awam perlu menyemak buku rekod masing-masing secara berkala untuk memastikan tiada isu berbangkit pada masa akan datang seperti kenaikan pangkat dan lain-lain.

Bersama sebahagian daripada team SO (Penolong Pegawai Perangkaan) BPPAS.
Dari kiri: Azrul, Kak Nurul, sis, Naiem, Safwan dan Azhar

Untuk sis, alhamdulillah buku rekod sis tiada masalah. Semua rekod up to date. Lagi pun, baru 3 jilid je bukunya. Klau lawan dengan geng meja belakang, dah boleh buat kitab.. Tu geng servis dah lebih 30 tahun.. Tunggu pencen je..😂

Selesai je semak, sis serahkan kembali buku tersebut kepada team urusetia. Tak sampai setengah jam pun. Sebab pada 2022 dulu dah pernah semak. 

Sebelum beransur, team urusetia ada bekalkan kami sedikit goodies.


Bookmark. My Favourite. 😁

Sedikit makanan dan minuman sebagai goodies. 
Yogurt Farm Fresh pun ada. 😋

So, selesai aktiviti untuk hari ni. Jumpa di post seterusnya ya.

With Love, Airene Erawan

Post a Comment

13 Comments

  1. Replies
    1. kan?? nak ambil lebih, macam segan pulak.. hehehe..

      Delete
    2. Btw, ada juga ex penyelia asrama kerja kat DOSM tu,intake tahun lepas rasenya...tak pasti pula bahagian mana..rezeki dia dapat upgred.
      Linda punya buku servis baru sejilid,3 jabatan, 12 tahun servis..hihihi.

      Delete
    3. uish.. masih sejilid je buku sis linda.. kita yang 3 jilid orang dah mengusik macam buku pink katanya.. hehehe..

      Delete
    4. Buku sejilid kita tebal..macam ketebalan 3jilid org lain..HR kata,buku rekod lama tu,tebal sikit

      Delete
  2. Ooooo kalau penjawat awam ada buku...SA yang swasta ni ada dalam sistem je..setahun kena isi 2 kali...pertengahan tahun sampai la bulan 3 nanti untuk appraisal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya pengisian kami ni ada dua, satu buku rekod, dan satu lagi dalam sistem database HRMIS (untuk yang lebih detail). klau kami berpindah tempat kerja, biasanya buku ni yang akan pergi dulu. tuan buku pun x sempat sampai lagi.. ^^

      Delete
    2. Buku tu untuk yang penting2 je kak..contoh macam ambik cuti bersalin,tulis dalam tu..kalau ada ambik loan lppssa, tulis dalam tu..

      Kalau yang sistem,utk kpi, tiap² tahun kena isi dalam sistem..

      Delete
    3. ye betul tu.. tu klau ramai2 masuk dalam hrmis, kita pun termenung.. huhu..

      Delete
  3. Replies
    1. buku ni kategori sulit sis. sebab tu jarang nampak buku ni kat luar.

      Delete
  4. Warna penanda buku pun sweet je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? sis nak ambik lebih, tapi malu la pula.. hehehe..

      Delete