Assalamualaikum w.b.t. semua. Selamat hari Jumaat, penghulu segala hari. Hari ni sis ada bacaan yasin di ofis. Kebetulan juga ada sorang adik sambilan ni baru je kehilangan bapanya pada hari rabu lepas. Lepas tu, sambung dengan meeting. So, lambat sikit la bersiaran pada hari ini.
Cerita pasal semalam pula, parcel yang ditunggu-tunggu telah tiba. 😁
Sis ada join contest giveaway daripada sis Notie @ Blog Saje Suka Suka sempena birthday dia. Sis pun saje la mencuba nasib, kot-kot mana la tau dapat kan. Eh, lekat pula nama kita. Hehe. Nama senarai pemenang ada di sini. Ada 10 pemenang semuanya.
Sebetulnya sis dah lama tak beli kain pasang. Last sekali rasanya zaman bujang dulu-dulu. Sebab dulu duk kampung senang nak cari tailor. 😅Selalunya sis dan Bang Fiz akan beli yang dah siap je.
Terima kasih ye akak Notie yang cantik. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki akak. Kalau ada contest lagi, bagitau la ye. hehehe.
P.s: Nak kena tanya akak ofis nak cari tailor kat mana yang okay.. hahaha.
With Love, Airene Erawan.
16 Comments
Dah lama tak tengok live Wafiy collection tu...risau tersambar... Kedai dia dekat Rawang je,bila² bole walk in kot..hihihi..
ReplyDeleteTahniah dapat hadiah..
tersambar tu takkan la sehelai dua je kan? hehehehe.
Deleteterima kasih sis.. ^^
Alhamdulillah dah sampai. Terima kasih doanya. Insya Allah kalau ada rezeki lagi nanti akak buat lagi. Seronok tenguk orang lain gembira dengan hadiah akak.
ReplyDeletesama-sama kak notie.. ^^
Deletewahhh congratsss. best hadiah tu ;) selamat menempah baju baru :)
ReplyDeletehehehe.. terima kasih MZ.. ^^
DeleteBestnya dapat hadiah kain pasang. Tahniah.
ReplyDeletehehehe.. terima kasih sis.. ^^
Deleteboleh buat baju raya utk tahun depan ni. cantik kainnya!
ReplyDeletemoh ler kita mencari tailor.. hehehe.. ^^
DeleteWah..cantik hadiahnya tu..tahniah ya
ReplyDeleteterima kasih etuza.. ^^
Deletetahniah dpt kain pasang
ReplyDeleteterima kasih mama tisya.. ^^
Deletewaahh tahniahhh! Ana pun dah dpt jugak kain pasang dari sis notie hehe
ReplyDeleteBagus sangat company ada buat bacaan Yassin macam ni. Alhamdulillah..tahniah dapat jadi salah seorang penerima hadiah. Cantik hadiah kain pasangnya. Kain sulam biku dan timbul. Boleh buat baju raya ni.
ReplyDelete