Doa Dari Laut Tenang


Di ufuk senja yang perlahan surut,
aku kirimkan rindu pada angin yang lalu.
Moga disapa wajah-wajah tabah,
yang kini terasing di balik waktu.


Mereka berlayar bukan mencari nama,
tetapi membenih harapan di dada manusia.
Namun ombak menjadi tirai duka,
dan laut menahan rahsia air mata.


Wahai sahabat yang jauh di sana, 
setiap doa kami meniti ke langit bersama.
Moga Tuhan melindungimu dalam cahaya,
dan memulangkanmu dengan maruah yang mulia.


Kadang perjuangan tidak bersuara,
namun gema keberaniannya masih hidup di dada dunia.
Kita yang di darat ini, hanya mampu mengirim doa,
agar sahabat-sahabat kita terus kuat —
hingga langit membalas dengan kebebasan yang dijanjikan. 🌙

#DoaDariLautTenang #FreeTheFlotilla #Sumud #FreePalestine #AireneErawanPoetry

With Love,
Airene Erawan

Post a Comment

14 Comments

  1. Semuga Allah mempermudahkan segala urusan mereka. Kita hanya dapat mendoakan semuga semuanya berjalan lancar

    ReplyDelete
  2. Nice poem.moga Allah sentiasa melindungi team GSF

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, greta thunberg pun dah dibebaskan. semua team sumud flotilla balik dgn selamat.
    sekarang wave kedua tengah otw kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah betul.. Tapi bukan semua dibebaskan lagi.. Kapal consience pun dah ada drone yang follow dorang.. Semoga dipermudahkan semua urusan team sumud dan flotilla yang lain.. Ameen..

      Delete
  4. Replies
    1. InsyaAllah.. Semoga yang baik2 sahaja untuk mereka semua..

      Delete
  5. Moga yang baik² je..kali nie, debar lagi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar kata kena intercept lagi hari ni.. Allah.. 😭

      Delete
  6. Saya ikut doakan juga semua peserta sukarelawan ini bisa kembali dengan selamat dan bisa menyelesaikan misi kemanusiaan yg mereka jalankan ❤️🙏

    ReplyDelete
  7. Walaupun peserta sukarelawan ni tidak dapat meneruskan misi ke Gaza, harap ada lagi yang berjaya...ikutkan mereka bukan gagal..mereka berjaya cuma impian mereka di halang oleh Issewel tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu SA.. kali ni banyak yang sebaya ibu ayah kita pula yang ditahan.. kita doakan mereka semua selamat.. ameen..

      Delete