Ujian MyMinda di Aplikasi MySjehtera

Assalamualaikum w.b.t. semua. 😁

Dah buat ujian MyMinda hari ni? 


Apa itu Ujian MyMinda?

Ujian MyMinda di aplikasi MySejahtera ialah satu saringan kesihatan mental yang dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia direka untuk membantu pengguna menilai tahap kesihatan mental mereka secara cepat dan mudah, terutamanya dari segi tekanan (stress), kebimbangan (anxiety), dan kemurungan (depression).

Berikut ialah perkara penting tentang ujian MyMinda:

1. Tujuan Ujian

  • Memberi self-screening awal kepada pengguna tentang keadaan emosi dan mental mereka.
  • Menggalakkan kesedaran awal supaya masalah kesihatan mental dapat dicegah atau dirawat lebih awal.
  • Menjadi sebahagian daripada usaha KKM untuk mengintegrasikan kesihatan mental dalam penjagaan kesihatan awam.

2. Cara Ia Berfungsi

  • Pengguna menjawab beberapa soalan ringkas berasaskan skala (contoh: “tidak pernah” hingga “hampir setiap hari”) berkaitan perasaan dan tingkah laku dalam tempoh dua minggu terakhir.
  • Soalan biasanya berpandukan ujian psikometrik yang diiktiraf, seperti DASS-21 atau PHQ-9/GAD-7.
  • Sistem akan memberikan keputusan dalam bentuk tahap risiko (contoh: rendah, sederhana, tinggi).

3. Selepas Mendapat Keputusan

Jika keputusan menunjukkan risiko sederhana atau tinggi, MySejahtera akan memberikan cadangan seperti:

  • Menghubungi talian sokongan (contoh: Talian Kasih 15999, Befrienders).
  • Rujukan kepada klinik kesihatan mental KKM atau kaunselor berdaftar.
  • Sumber bacaan dan latihan pengurusan emosi.
4. Privasi & Keselamatan Data

  • Jawapan ujian hanya digunakan untuk penilaian kesihatan mental anda dan disimpan secara sulit mengikut polisi privasi MySejahtera.
  • Tiada pihak luar yang dapat mengakses jawapan anda tanpa kebenaran.


***

Jadi, macam mana dengan pemeriksaan MyMinda sis?

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan on medication dan terapi, sis dah boleh menangani stres dengan lebih baik, walaupun belum pulih sepenuhnya. Kadang-kadang pun masih datang negative thoughts tu. Anxiety attack pun masih boleh datang tiba-tiba ketika duduk di dalam crowd yang ramai orang. 

Keputusan ujian yang diambil pada 24 Mac 2025. Hari pertama diagnosed sebagai Mixed Anxiety and Depression Disorder. Dia jadi mixed sebab tak ada salah satu yang lebih kuat antaranya. Dan ujian ni sis ambil semasa di klinik ye, bukan self diagnosed.

Lebih kurang 4 bulan kemudian. Keputusan ujian yang diambil pada 8 Ogos 2025. Alhamdulillah. 😊

Sis bernasib baik kerana mempunyai pasangan yang sentiasa memberi moral support kepada sis di kala sis di peringkat yang paling rendah dalam hidup. Bang Fiz la yang banyak memberi kata-kata semangat dan dia jugak la yang mintak sis untuk dapatkan rawatan di klinik. 

Jika ada seseorang yang awak kenal mengalami masalah tekanan jiwa, tak kira la ahli keluarga ke, rakan sekerja ke. Please, mintak dorang hadir untuk dapatkan rawatan. Itu pun salah satu cara untuk membantu mereka keluar dari belenggu ini.

Thank you for listening. 😘

With Love, Airene Erawan

Post a Comment

1 Comments

  1. masa mula2 pindah Selayang kita ada mild..kadang2 dada rasa sempit je tanpa sebab..
    Alhamdulillah, tak layan sangat...dan berdamai dengan takdir...makin ok...dan, linda pun bukan jenis simpan dalam hati apa benda pun, malas nak penuhkan tangki emosi dengan perkara yang negatif2..
    moga kesihatan mental dan emosi kita selalu dalam keadaan baik..aamin

    ReplyDelete