Assalamualaikum w.b.t. semua.
Hari ini sis nak luangkan sedikit ruang di blog ini untuk menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan blogger yang sudi singgah, membaca, dan meninggalkan komen di sini. Setiap kali ada notifikasi komen masuk, sis rasa macam dapat surat dari seorang kawan jauh 📬
Bagi sis, blog bukan sekadar ruang untuk menulis, tapi juga jambatan yang menghubungkan hati dan fikiran kita semua. Tanpa sokongan, kunjungan, dan komen daripada awak semua, blog ini mungkin tidak akan sehidup dan seceria sekarang.
Sis sangat menghargai:
💖 Komen-komen yang membina dan menghiburkan. 😂
💖 Sokongan walaupun di entri-entri lama.
💖 Perkongsian cerita dan pengalaman yang membuka mata, hati dan minda.
Kepada sahabat-sahabat blogger yang rajin singgah walaupun sibuk dengan urusan harian, ketahuilah setiap komen awak meninggalkan senyuman dan semangat baru untuk sis terus menulis. Awak semua adalah sebahagian daripada perjalanan blog ini, dan sis amat bersyukur atas persahabatan yang terjalin walaupun kita mungkin belum pernah bersua muka.
Untuk rakan-rakan yang telah meninggalkan komen di blog ni, maaf kalau sis tak dapat membalas setiap dari satu komen awak. InsyaAllah sis akan membalasnya, walaupun lambat ya. 😁
Komen dan kunjungan awak semua adalah gula-gula di hati sis 🍬💕
Moga kita terus berblog, berkongsi cerita dan senyuman, sampai bila-bila! 🌸✨
Terima kasih sekali lagi dari lubuk hati. 🌸
With Love, Airene Erawan
26 Comments
Salams pagi jumaat Reen, semoga ukhuwah erat hingga bila-bila 🎀💖💖
ReplyDeleteterima kasih kak mieja.. selalu singgah sini.. ameen.. ^^
Deleteselamat pagi...semoga yang baik2 je untuk kita...walaupun tak pernah kenal, tapi, seronok berbual di ruangan komen...
ReplyDeletekan? rasa macam dah lama kenal pula.. ^^
Deletesalam jumaat...moga yg baik2 saja buat kita semua, aamiin
ReplyDeleteameen.. ^^
DeleteSemuga ukhwah kita berkekalan. Mana tahu ada rezeki bertentang mata. Ahkak dulu kat blogdrive masa tengah meriah berblog macam tu lah. Dlm blog bercanda dgn penulis serta peminatnya dan bila launch buku semua yang selalu bertenggek kat blog berjumpa dan berkenalan. Alhamdulillah sampai ke hari ini kami masih berukhwah. Malahan jadi geng dan kawan serta bertravel bersama. Selalunya buat potluck jumpa sambil bergosip. hehehehe itu adalah kisah Geng Ulat Buku serta geng kicap muncul.
ReplyDeletealamak.. first time dengar nama geng kicap ni.. rare betul.. hehehehe.. ^^
DeleteSalam ukhuwah...
ReplyDeleteterima kasih sueann sudi singgah.. ^^
DeleteSalam jumaat...
ReplyDeleteSama², terima kasih juga sbb dtg ke blog nieyl...
teruskan menulis coretan di blog ok..
baik nieyl.. insyaAllah akan lebih banyak menulis lepas ni.. ^^
DeletePokcik datang singgah baca.. pokcik sama rasa bila ada rakan-rakan blogger yang singgah blog pokcik..rasa macam nak buat entri 10 kali sehari 😁🤭.. rasa berterimakasih kerana sama-sama menyokong
ReplyDeletesama-sama pokcik.. marilah sama-sama kita menulis ye.. ^^
DeleteSama-sama. Sama-samalah kita memeriahkan dunia blogging ni. Bertambah meriah kalau ada yang singgah dengan tinggalkan komen. Terima kasih banyak-banyak juga selalu singgah blog saya.
ReplyDeleteSama2 kita. Saling menyokong antara satu sama lain. Komuniti blog ni seronok, tak kenal tapi mesra :D
ReplyDeleteGiula-gila di hati takpe... jangan gula dalam darah... Hehehhee
ReplyDeleteTQ juga
Kita support each other spy tetap bersemangat blogging... chaiyok2 sis.. ada masa update je kami pn sama ada masa tetaplah mengomen.. hehehe
ReplyDeleteSemoga saling support each other di dalam dunia blogging. Kalau ada masa mesti terjah komen rakan2.
ReplyDeleteTujuan saya menjadi blogger dulu sekali Krn nak mencatat semua pengalaman traveling dan kuliner saya, supaya tak lupa. Sebab saya pelupa kak. Tapi makin kesini, saya ingin menambah teman juga, tidak hanya dari Indonesia, tp juga dari Malaysia.
ReplyDeleteApalagi bagi saya Malaysia macam second home, sebab saya tinggal dan belajar di Penang dulu.
Makanya saya selalu rajin juga membaca blog teman2, ini seperti percakapan tapi di dunia Maya.
Paling suka tiap kali saya ke Malaysia, pasti ada ketemu dengan beberapa bloggers, macam Carneyz, kak Retna anakomak, uncle gedhek, Kak Anies, kak ezna, kak Amy, kak Mulan .. senaaaang sangat bisa jumpa secara langsung . Itu yg buat saya tak ingin stop ber blogging
Tahniah ..menghargai kehadiran teman blogger, saya jujurnya amat merasa bagaikan ada jalilnan persahabatan..mesra sama2 bagikan hidup bersama sihat sejahtrera..teruskan usaha berblog ya
ReplyDeleteBila dapat komen dari rakan2 blogger yg lain tu rasa berbunga je hati. Rasa macam "wahh blog kita ada orang bacalah, kita tak tulis syok sendiri!" 🤣🤣
ReplyDeleteWa'alaikum salam...
ReplyDeleteMemalui komentar dan saling berkunjung semoga persahabatan tetap terjalin walau hanya melalui media blog.
Salam,
have a nice day!
ReplyDeleteSemoga ukhwah di alam maya ni berpanjangan ye..thanks kat Reen gak sebab selalu singgah blog akak bg support...cuma sorry x dapat follow sebab dah limit..x tau cane nak buat..hehehe
ReplyDeleteSalam ukhwahhh .. dari CCL ..walaupun rakan dalam alam maya
ReplyDelete