Tamat Sudah Riwayat Beliau

Assalamualaikum w.b.t. semua.

Hari ni tamatlah juga riwayat kipas mini sis kat ofis ni. Dah setahun lebih jugak sis guna kipas ni. Yela, kadang-kadang duduk dalam aircond lama-lama ni, rasa macam lemas jugak. 

Semalam dia dah signal dah, pusing-pusing tapi tak keluar angin pun. Hari ni dia mati sendiri walaupun bateri masih penuh. Dah la hari ni dalam ofis rasa macam oven sikit walaupun luar tu sejuk. Berpeluh den dibueknyo. Huhuhu.


Apa lagi, sis pun scroll la Shopee. Lepas tu check out la apa lagi. Hahaha.

Ada jugak alasan kukuh nak beli benda alah ni. Hahaha.

Sebenarnya, hari tu Bang Fiz dah beli satu yang warna hitam. Sis rasa nak beli jugak, tapi fikir kipas tu masih elok lagi, jadi sis hold je la dulu.

Harapnya cepat la sampainya nanti. Sementara nak tunggu dia ni sampai, kena bawak kipas tangan (hand held) tu dulu la. Atau pun, kipas lipas pun boleh. 😂😂😂

With Love, Airene Erawan

Post a Comment

17 Comments

  1. Hahaha kipas lipas tu citer P Ramlee...kipas ni dah jadi barang penting sebab panas tu memang bahang kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sape buat perangai, sis bagi je kipas lipas tu.. hahaha..
      sejak dua menjak ni memang terasa bahang dalam ofis ni.. kalau musim panas apatah lagi.. huhu..

      Delete
  2. Wow..Good choice nih..Ramai komen kata bagus =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. hari tu tumpang pakai kipas bang fiz ni.. angin dia kuat.. lepas tu tak bising.. tu yang beli jugak ni.. hehehe..

      Delete
  3. Adalah alasan untuk dapat yang baru kan. Submit order terus tak tunggu apa dah. Musim panas ni memang perlukan kipas portable. Kipas lpas kipas kebas dah masuk Ahli mesyuarat tingkap tu. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada kipas, kipas lipas pun berguna jugak.. hehehehe..

      Delete
  4. Macam manusia juga, ada kala sakit, datang rawatan, lumrah kehidupan

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitu jugak lah nampaknya.. dah cukup hukum beliau..

      Delete
  5. menarik gak kipas kecik stand camni. kne ada satu kat rumah kalau2 one day letrik termati pulak
    tapi kipas camni takde yg jenis pakai bateri ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni rechargeable.. tak pasti pulak kalau ada yang boleh guna bateri..

      Delete
  6. kenapa tak beli proper desk fan? ke memang nak save space/tak de ruang

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah MZ.. space cubicle sis kecik je.. lagi 1, senang nak bawa ke mana2.. in case balik kampung, boleh bawak sekali.. hehehehe..

      Delete
  7. Lama juga pakai kipas tu kalau dah setahun lebih ... Kena beli kipas baru ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. lama jugak la dia bertahan untuk gajet mcm ni.. ^^

      Delete
  8. Lama tak dengar kipas lipas tu. Cie pun ada standby mini fan yang ke2 dah yang pertama pun rosak. Kekadang aircond ada problem function jugak kipas kecik gitu buat kipas muka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. skrg kat rumah pun boleh tahan panas walaupun dah pasang aircond.. ada kipas kecik ni, sejuk la sikit badan kalau nak tdo..

      Delete
  9. Brand goojodoq ini saya sukaaa. Awet sangat. Saya punya, tapi yg kipas tangan. Bagus juga yg kipas meja begini 😍😍.nak cari juga lah

    ReplyDelete