Selamat Bertukar Puan Farhana

Assalamulaikum w.b.t. semua. Minggu ni kami kehilangan seorang lagi staf di BPPAS ni. 😓 Dapat balik kampung di Sabah sana. 

Gambar kenang-kenangan bersama Seksyen Alam Sekitar.

Cenderahati kenangan dari Warga BPPAS, diserahkan oleh Encik Boss.

Isnin hari tu ada buat bacaan Yasiin dan makan-makan sikit sempena majlis perpisahan ni. Sis tak dapat join sebab dah kena serah diri kat klinik petang tu. Huhu.

Puan Farhana ni intake masa PKP. Dia sebaya dengan sis, tapi sis respek dia sebagai boss dan juga sebagai seorang kawan. Dia mohon untuk balik Sabah sebab berjauhan dari anak dan suami. Akhirnya dapat jugak selepas bertahun mohon. Kalau PJJ dengan suami tu mungkin la boleh lagi, tapi kalau PJJ dengan anak ni, rasanya sis pun belum tentu sanggup. Selalu je dengar dia video call dengan anaknya, Bebe (panggilan manja). 

Sekarang dia dapat bertukar jadi Kader di kawasan Kota Kinabalu, Sabah. ICU kalau tak silap. 

Sebelum ni sis pernah buat kerja luar di Ranau dan Tuaran, bersekali dengan Puan Farhana ni. Sebagai wakil pemantau daripada HQ untuk Banci Pertanian tahun lepas.



Semakan borang Banci Pertanian 2024 di Ranau.


Team HQ bersama team DOSM Sabah. Masa ni kami buat kerja pemantauan di Sugut, Ranau. Akses ke kampung ni hanya boleh guna 4x4 saja. 😐

Sesi taklimat penutup di HQ DOSM Sabah bersama Ketua Pemantau.

Semoga ada rezeki kita bertemu lagi ye Puan. Mana la tau kot nanti jalan-jalan KK kan? 😁

With Love, Airene Erawan

Post a Comment

1 Comments

  1. Alhamdulillah tumpang seronok Puan Farhana dapat pindah balik kampung. Bukan senang tu PJJ dengan anak dan suami. Satu pengorbanan besar. Dapat juga meraikan beliau sebelum bertugas tempat baru.

    ReplyDelete