Assalamualaikum w.b.t. semua. Sihat ke tu? 😁
Hari ni sis baru berpeluang nak bukak blog balik. Semalam sis kena serah diri kat KK Presint 9. Sis batuk-batuk sampai termuntah. Senang citer, setiap kali makan tu la sis muntah semula. Dah dua minggu jugak la jadi macam ni. Lagi satu, sis dah batuk lebih sebulan jugak la. Dah makan macam-macam ubat, tapi masih tak baik-baik. Nak kata TB, sis tak turun berat pun. Huhu.
Disebabkan pagi semalam sis dah 3 kali muntah-muntah di ofis, jadi sis pun balik la ke rumah dulu untuk salin pakaian, dah tak selesa. Mujur tengah hari jalan tak jem sangat, dalam 20 minit dah sampai rumah. Lepas tu, sis wasap la Bang Fiz bagi tau keadaan terkini sis. Bang Fiz pun suruh la sis rujuk semula ke KK, risau dia sis tak baik-baik lagi batuknya.
Sis sampai di klinik dalam jam 2.30 petang. Masa ni tak ramai orang sangat.
Bertopeng la awok ye. Tak berani nak bukak topeng sebab risau kita yang jangkitkan orang. Budak kecik, baby pun ada kat klinik ni.
Setelah selesai pendaftaran dan ambik bacaan BP, nombor sis pun dipanggil untuk jumpa doktor. Tak sampai 10 minit pun menunggu.
Sis pun ceritakan la masalah sis pada doktor. Bila doktor check rekod kesihatan sis yang sebelum ni, doktor suspek ubat darah tinggi sis yang sekarang ni la jadi punca batuk ni. Sis sebelum ni pun dah diberi keterangan oleh ahli farmasi mengenai kesan sampingan ubat ni, tapi tak ada nak jangka sampai sebulan masih ada kesan sampingan. 😅 Bang Fiz makan almodipine elok je tak ada batuk-batuk.
Suspek utama batuk-batuk sis. 😅
Walaupun doktor dah jumpa suspek utama ni, tapi untuk keselamatan sis, doktor mintak sis untuk buat x-ray sebagai langkah berjaga-jaga.
Dah lama sangat tak buat x-ray. Rasanya last sekali masa buat medical check up masa baru nak lapor diri masuk kerja dulu.
Nota di atas: Chest PA (Symptomatic TB). Alhamdulillah negatif.
Jadi, bermula la episod sis dengan ubat darah tinggi yang baru. Ubat batuk pun doktor tak lupa bekalkan. 😂
By the way, ubat darah tinggi ni ada macam-macam jenis ye. Kena cuba, try, test mana satu yang serasi dengan diri kita ni.
Doktor cadangkan Losartan sebab dia tak ada side effect batuk-batuk ni. Setakat sekarang ni, sis tak ada la batuk-batuk macam semalam lagi. Sesekali je la ada bunyinya tu. Harapnya serasi la sis dengan ubat yang baru ni. Ofismate pun tegur hari ni, dah tak ada bunyi macam mintak nyawa. Kurang asam jawa betul la.😂😂
With Love, Airene Erawan
15 Comments
smoga cpt sembuh...batuk ni lambat nk baik
ReplyDeleteitula kisahnya.. dah lajak sebulan batuknya.. harapnya lepas ni xdela batuk2 mcm ni lagi.. insyaAllah..
DeleteSemoga cepat sihat..batuk menyeksakan...
ReplyDeleteterima kasih doanya.. memang seksa.. nak buat kerja pun x fokus dibuatnya.. huhu..
DeleteOh baru tau kesannya boleh sebabkan batuk jugak. Staf Cie hari tu agaknya kesan dia makan ubat darah tinggi ni la berbulan tengok dia batuk. Memang dia makan ubat darah tinggi.
ReplyDeleteuntuk perindopril ni memang ada side effect batuk2.. cuma tahap severity side effect tu atas badan kita jugak.. perindopril ni one of the best sebenarnya, sbb dia tak mengganggu fungsi jantung dan buah pinggang..
Deletealhamdulillah dengan losartan ni, dah 2 hari makan.. batuk2 memang drop.. sesekali je la datang gatal tekak.. harapnya serasi la ubat ni dengan sis.. ^^
Get well soon dear =)
ReplyDeletetq so much sis nieza.. ^^
DeleteOhh dari ubat rupanya. Saya sebelum ni batuk batuk dekat sebulan doktor check darah. Harapnya dah berganti ubat baru tu tak ada kesan yang memudaratkan. Semoga cepat baik.
ReplyDeletedoktor tak suruh buat check darah sebab kebetulan dalam rekod klinik, memang baru start ubat darah tinggi lebih kurang sebulan sebelum.. doktor suruh buat x-ray pun untuk confirmation sahaja, in case kalau ada TB.. kalau pergi klinik lain, mungkin kena ambil darah sekali lagi.. huhuhu..
Deletealhamdulillah, hari ni batuk dah semakin baik.. terima kasih atas doanya.. ^^
amplodipine pun awak tak leh makan gak ke?
ReplyDeletedoktor tak bagi lagi sebab BP kita atas pagar.. dia main 150 160 sebelum start makan ubat dulu.. dah makan ni alhamdulillah ok dah BPnya..
Deletemacam Bang Fiz, masa dia serah diri dulu, BP dia dah cecah 200.. terkejut beruk nurse kat klinik.. tuan badan elok je.. tu yang terus dia dapat almodipine tu.. 5mg tak jalan, doktor bagi 10mg sampai sekarang.. huhuhu..
shafakillah
ReplyDeleteSemoga sihat walafiat.
ReplyDeleteTak sangka pula kesan ubat boleh menyebabkan batuk. Semoga dipermudahkan urusan.
Batuk lama ni memang buat rasa tak selesa kan 😅 dah siap buat X-ray tu kira bagus, at least dapat tahu apa punca. Kadang-kadang bukan sebab serius pun, boleh jadi alahan, kahak tak habis, atau pun sebab persekitaran. Apa pun, elok la rujuk balik dengan doktor, jangan biar lama-lama. Sementara tu banyakkan minum air suam, elak minuman sejuk berais.
ReplyDelete