Runliga 2025: Day 3

Assalamualaikum w.b.t. semua. Hari ni sis nak share progress Runliga sis pada Sabtu (23/8) yang lepas. Sis keluar brisk sebelah malam, tak ada la panas sangat. Nak keluar pagi tu, dah terlajak waktu pulak. Tak mau la balik brisk walk, rentung. Dah la sis ni sejenis kalau rentung, lambertttt nak hilang. 😂

Lepas siap solat maghrib, sis singgah 7-Eleven kat area rumah. Beli la stok air mineral dan gula-gula (masa ni sis masih batuk-batuk lagi ye walapun tengah exercise. Gula-gula tak boleh putus dalam mulut, kena sentiasa kemam je. Kalau tak, batuk macam nak mintak nyawa, bersambung-sambung. Sis ambik Halls XS. Satu bekas tu tahan untuk sepanjang 2-3 jam exercise je. Huhu).

Cadangnya nak parking la dekat dengan Masjid Putra. Entah la kenapa malam tu sesak sungguh. Bukan kata double park. Triple park pun hado. 

Tak jadi nak parking sini. Sudahnya parking dekat dengan Jabatan Imigresen sebab depan Perbadanan Putrajaya dah tutup.


Memandangkan jalan dah ada yang tutup, ramai la yang ambik peluang jogging dan bersantai kat jalan tengah ni. Pasu bunga pun semua dah angkat, lapang jalan weh. 

Suka bangunan ni sebab ada lampu peta Malaysia.

Selfie dulu. Tetiba nampak flawless pulak. Hahahaha. 😆

Khemah perubatan pun dah banyak pasang. Khemah nombor 1 perasan ada kat Food Valet.

Dulu kalau jogging sini, rajin lalu depan lobi Finance ni. Aircond dia sejuk. Hehehe.

Lapang sungguh dunia. 😂


Dah mula dah setup depan Perbadanan ni.


Dah setahun tak turun sini, baru perasan nak masuk toilet pun dah kena bayar. Tapi yang bagusnya, terjaga la toilet ni. Wangi je. I like.😁

So, ini la rekod sis as at Sabtu malam.


Yeay! 

Sikit lagi nak cukup 10k. Hehe.

Sampai rumah, singgah mamak tapau mee goreng telur mata. Sis lapo! Nak masak maleh dah. 😂

With Love, Airene Erawan

Post a Comment

14 Comments

  1. Rajinnya berBW ni banyak pulak tu steps. Syok juga area Putrajaya tu nak BW banyak port boleh selfie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. cuaca cantik malam tu.. dapat la BW lama sikit.. ^^
      cuma tak ambik route depan masjid je hari tu.. nampak crowded pulak hari tu, maybe santai2 malam minggu.. tu yg ramai orang..

      Delete
  2. awal tahun haritu kerap juga jogging n briskwalk kat sini. best jugak
    pastu tau2 singgah family mart xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. bahaya masuk family mart time lapo2 ni.. hehehe.. ^^

      Delete
  3. Wahhh...Sini mlm mmg best la kan...How i wish i can be there also at the night... =) #englishpuachukang

    ReplyDelete
    Replies
    1. malam biasa pun ramai je orang, apatah lagi malam weekend.. xdela sunyi nak exercise kat sini, sambil cuci mata dan isi perut.. hehehe.. ^^

      Delete
  4. Seronok kan Putrajaya ni banyak tempat riadah. Wah, lapang betul tengah tu. Dah nak sampai sambutan Hari Kemerdekaan ni semakin sesak lah cerita dia kan. BTW, keep it up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah.. dah mula sesak sikit, sebab jalan dah banyak yang tutup, stand pun dah banyak pasang masa tu.. tak expect pulak weekend lepas dorang dah start pasang..

      memang lapang sungguh tengah tu, yang bawak kerusi camping, tikar pun ada bersantai tengah laman tu.. hehehe.. ^^

      Delete
  5. Lapang mata memandang...
    Achaner ni sis, lepas BW tapau makan mamak pula?? Hahaha..
    Tapi better lah dari yang tak briswalk nie...😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis lapo teruk lepas BW malam tu.. cacing dalam perut dah greng3 mintak makan.. hahahaha..

      Delete
  6. waaa dh ready utk merdeka parade lah tu kan

    ReplyDelete
  7. Tahniah!
    Bagus aktiviti briskwalk ni. Gaya hidup sihat.

    ReplyDelete
  8. Memang seronok briskwalk waktu malam
    Angin sejuk, suasana tenang, tak panas macam siang. Kalau ada lampu jalan dan tempat yang selamat, lagi best rasa macam terapi

    ReplyDelete
  9. wah bestnya jalan putrajaya malam-malam. Macam-macam ado dan bercahaya warna warni kan

    ReplyDelete