Serah Diri Juga Akhirnya

Assalamualaikum w.b.t. semua. Sihat ke tu? 😁

Hari ni sis baru berpeluang nak bukak blog balik. Semalam sis kena serah diri kat KK Presint 9. Sis batuk-batuk sampai termuntah. Senang citer, setiap kali makan tu la sis muntah semula. Dah dua minggu jugak la jadi macam ni. Lagi satu, sis dah batuk lebih sebulan jugak la. Dah makan macam-macam ubat, tapi masih tak baik-baik. Nak kata TB, sis tak turun berat pun. Huhu.

Disebabkan pagi semalam sis dah 3 kali muntah-muntah di ofis, jadi sis pun balik la ke rumah dulu untuk salin pakaian, dah tak selesa. Mujur tengah hari jalan tak jem sangat, dalam 20 minit dah sampai rumah. Lepas tu, sis wasap la Bang Fiz bagi tau keadaan terkini sis. Bang Fiz pun suruh la sis rujuk semula ke KK, risau dia sis tak baik-baik lagi batuknya.

Sis sampai di klinik dalam jam 2.30 petang. Masa ni tak ramai orang sangat.


Bertopeng la awok ye. Tak berani nak bukak topeng sebab risau kita yang jangkitkan orang. Budak kecik, baby pun ada kat klinik ni.

Setelah selesai pendaftaran dan ambik bacaan BP, nombor sis pun dipanggil untuk jumpa doktor. Tak sampai 10 minit pun menunggu.

Sis pun ceritakan la masalah sis pada doktor. Bila doktor check rekod kesihatan sis yang sebelum ni, doktor suspek ubat darah tinggi sis yang sekarang ni la jadi punca batuk ni. Sis sebelum ni pun dah diberi keterangan oleh ahli farmasi mengenai kesan sampingan ubat ni, tapi tak ada nak jangka sampai sebulan masih ada kesan sampingan. 😅 Bang Fiz makan almodipine elok je tak ada batuk-batuk.

Suspek utama batuk-batuk sis. 😅

Walaupun doktor dah jumpa suspek utama ni, tapi untuk keselamatan sis, doktor mintak sis untuk buat x-ray sebagai langkah berjaga-jaga. 

Dah lama sangat tak buat x-ray. Rasanya last sekali masa buat medical check up masa baru nak lapor diri masuk kerja dulu.

Nota di atas: Chest PA (Symptomatic TB). Alhamdulillah negatif.

Jadi, bermula la episod sis dengan ubat darah tinggi yang baru. Ubat batuk pun doktor tak lupa bekalkan. 😂

By the way, ubat darah tinggi ni ada macam-macam jenis ye. Kena cuba, try, test mana satu yang serasi dengan diri kita ni.

Doktor cadangkan Losartan sebab dia tak ada side effect batuk-batuk ni. Setakat sekarang ni, sis tak ada la batuk-batuk macam semalam lagi. Sesekali je la ada bunyinya tu. Harapnya serasi la sis dengan ubat yang baru ni. Ofismate pun tegur hari ni, dah tak ada bunyi macam mintak nyawa. Kurang asam jawa betul la.😂😂

With Love, Airene Erawan

Post a Comment

4 Comments

  1. smoga cpt sembuh...batuk ni lambat nk baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula kisahnya.. dah lajak sebulan batuknya.. harapnya lepas ni xdela batuk2 mcm ni lagi.. insyaAllah..

      Delete
  2. Semoga cepat sihat..batuk menyeksakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih doanya.. memang seksa.. nak buat kerja pun x fokus dibuatnya.. huhu..

      Delete