Assalamulaikum w.b.t. semua. Minggu ni kami kehilangan seorang lagi staf di BPPAS ni. 😓 Dapat balik kampung di Sabah sana.
Gambar kenang-kenangan bersama Seksyen Alam Sekitar.
Cenderahati kenangan dari Warga BPPAS, diserahkan oleh Encik Boss.
Isnin hari tu ada buat bacaan Yasiin dan makan-makan sikit sempena majlis perpisahan ni. Sis tak dapat join sebab dah kena serah diri kat klinik petang tu. Huhu.
Puan Farhana ni intake masa PKP. Dia sebaya dengan sis, tapi sis respek dia sebagai boss dan juga sebagai seorang kawan. Dia mohon untuk balik Sabah sebab berjauhan dari anak dan suami. Akhirnya dapat jugak selepas bertahun mohon. Kalau PJJ dengan suami tu mungkin la boleh lagi, tapi kalau PJJ dengan anak ni, rasanya sis pun belum tentu sanggup. Selalu je dengar dia video call dengan anaknya, Bebe (panggilan manja).
Sekarang dia dapat bertukar jadi Kader di kawasan Kota Kinabalu, Sabah. ICU kalau tak silap.
Sebelum ni sis pernah buat kerja luar di Ranau dan Tuaran, bersekali dengan Puan Farhana ni. Sebagai wakil pemantau daripada HQ untuk Banci Pertanian tahun lepas.
Semakan borang Banci Pertanian 2024 di Ranau.
Team HQ bersama team DOSM Sabah. Masa ni kami buat kerja pemantauan di Sugut, Ranau. Akses ke kampung ni hanya boleh guna 4x4 saja. 😐
Sesi taklimat penutup di HQ DOSM Sabah bersama Ketua Pemantau.
Semoga ada rezeki kita bertemu lagi ye Puan. Mana la tau kot nanti jalan-jalan KK kan? 😁
With Love, Airene Erawan
15 Comments
Alhamdulillah tumpang seronok Puan Farhana dapat pindah balik kampung. Bukan senang tu PJJ dengan anak dan suami. Satu pengorbanan besar. Dapat juga meraikan beliau sebelum bertugas tempat baru.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. kita tumpang gembira dia dapat pulang ke kampung.. semoga yang baik-baik aja untuk kita semua.. ^^
DeleteRezeki ke tempat baru dan bertambah sahabat..yang lama jangan di luapan kan..
ReplyDeleteinsyaAllah.. mudah-mudahan.. ^^
DeleteSemoga success Pn Farhana ..setelah sekian lama menunggu..akhirnya dapat kembali ke pangkuan keluarga
ReplyDeletealhamdulillah.. dengar kata anaknya seronok dapat duduk sekali dengan mama.. dapat tengok mama hari2..
Deletekalau pjj setakat semenanjung oklah lagi, ni sampai sabah sana agak susah nk ulang alik naik flight. alhamdulillah akhirnya dpt duduk berdekatan dgn keluarga
ReplyDeletebegitulah kisahnya.. dua bulan sekali mesti balik kampung kalau ada peluang.. rindu keluarga..
Deleteseksa kalau PJJ...tapi sbb terpaksa kan...anyway all the best utk ur boss tu
ReplyDeleteinsyaAllah.. mudah2an.. ^^
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteSemoga Puan Farhana gembira dapat bersama suami dan anak. Memang betul, berjauhan dengan anak memang lebih seksa berbanding suami.
itu la.. terpaksa berpisah selepas habis berpantang hari tu.. sekarang dah selamat balik ke pangkuan keluarga.. ^^
DeleteSemoga terus success di tempat baru. Memang susah PJJ ni dulu pernah dah husband duduk Putrajaya, Cie duk Lipis dengan anak2. Setiap minggu la husband balik.
ReplyDeletealhamdulillah.. semoga dipermudahkan semua urusan kawan2 yang pjj sekarang ni..
DeleteSedih kalau ada staff yg berpindah, tapi itu juga kabar bagus buat beliau kan. Bisa dekat kembali dengan keluarga, karena memang LDR terutama dengan spouse dan anak tidak enak samasekali
ReplyDelete