Pengalaman Melakukan Voice Over – Satu Dunia Baru yang Menyeronokkan


Sejujurnya, sis tak pernah terfikir akan terlibat dalam dunia voice over. Kalau dulu, sis cuma dengar suara-suara iklan di TV, radio atau YouTube dan kagum dengan suara yang jelas, penuh emosi dan berkesan. Tapi siapa sangka kan, kalau suatu hari nanti sis sendiri diberi peluang untuk mencuba.

Permulaan yang Tak Disangka

Semuanya bermula apabila salah seorang bos di ofis, Encik Ismail, Ketua Penolong Pengarah seksyen sis pada masa tu bertanya,

“Eh, Mas (Nama panggilan sis di ofis). Nak buat voice over tak? Kita tengah cari orang ni.”

Sis tergelak masa tu. Tapi dalam hati ni terdetik juga - kenapa tak cuba je ek? Belum try belum tahu kan? Jadi, sis pun bersetuju untuk mencuba buat rakaman suara, dengan bimbingan daripada senior sis di DOSM juga. Kak Suraiya Busron, dia biasa jadi emcee majlis.

Sebelum sis join untuk buat VO, sis sebenarnya dah pernah join team koir DOSM, D'StatsVoice untuk beberapa tahun. Sekarang sis dah pencen koir dah. Dorang cakap awal sangat pencennya. Hahaha. Masa tu, sis join team Alto @ suara bass untuk wanita.

Cabaran Pertama: Suara Sendiri

Perkara paling mencabar pada mulanya ialah.. dengar suara sendiri! 😅

Pelik tau dengar suara sendiri on recording 😂 dan sis asyik ulang rakaman berkali-kali. Tapi semakin lama, sis belajar untuk:
  • Kawal nada dan intonasi suara
  • Gunakan penegasan pada perkataan penting
  • Baca skrip dengan penuh penghayatan
  • Suara perut nak kena maintain. Hahaha

Peralatan? Tak Semestinya Mahal

Waktu mula-mula, sis cuma guna:
  • Telefon bimbit - untuk guna apps Voice Recorder
  • Mikrofon (jika ada)
  • Earphone - untuk dengar lantunan suara dan intonasi
Tapi walaupun peralatannya biasa-biasa , hasilnya tetap boleh digunakan - yang penting latihan dan konsisten.

Bila Dengar Rakaman Sendiri Digunakan

Itu momen yang paling menggembirakan. Bila saya dengar suara sendiri digunakan dalam video promosi, sis rasa sangat bangga. Bukan sebab suara sis perfect, tapi sebab sis berani cuba sesuatu yang baru dan keluar dari zon selesa.

Ni antara video yang menggunakan khidmat sis sebagai Voice Over:



Yang di atas ni memang sis belajar dari zero ye. Kalau dengar pelik semacam tu, maafkan je la ye. Haha. Kalau sis jumpa video yang lain lagi, nanti sis update ye. 😁


Apa Yang Sis Belajar?

  • Suara boleh dilatih – tak perlu ada suara perfect macam DJ radio pun.
  • Pentingnya pernafasan dan mood – mood kita masa rakam akan jelas kedengaran.
  • Practice makes progress – semakin banyak cuba, semakin mahir.

Kalau Awak Nak Cuba

Kalau awak pun rasa nak cuba bidang voice over, sis sangat galakkan. Mulakan dengan:

  • Rakaman pendek untuk media sosial
  • Jadi sukarelawan untuk projek rakan-rakan
  • Latih suara setiap hari (baca skrip, artikel, atau cerita kanak-kanak)

Siapa tahu, ini boleh jadi hobi baru, atau mungkin kerjaya sampingan yang menyeronokkan.

Ada pengalaman voice over juga? Atau baru nak mula? Jom kongsi cerita di ruangan komen! 💬

Terima kasih kerana sudi membaca. 😘

With Love, Airene Erawan

Post a Comment

18 Comments

  1. Ada peluang tu baiklah mencuba juga kan. Tak pernah lagi buat voice over. Tapi kat TikTok biasanya ramai buat VO kan. Bagi yang dah biasa, for sure tak kekok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita VO behind the scene je la dulu.. nak buat depan2, ketar lutut jugak.. hahaha..

      Delete
  2. Uish.. uncle tak boleh buat ni... sebab uncle tak lancar membaca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. are you sure uncle? belum try belum tau.. ^^

      Delete
  3. Woowww power ni VO untuk office. Cie pernah la Voice over editing untuk video reels. Tapi tu la kan segan dengar suara sendiri. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu sis pun kena jugak.. "kenapa dengar macam suara cartoon ni?" hahahaha..

      Delete
  4. Kawan Linda, Arif(dulu penyelia asrama juga,dapat upgrade) pun buat voice over kat DOSM juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam sis kenal la si arif ni.. cuma tak biasa jumpa depan-depan lagi.. ^^

      Delete
  5. wahhhh hebat, bukan semua org ada bakat ini, tahniah reen..u can do it 💝💝

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. terima kasih kak mieja.. kita amatur lagi.. ^^

      Delete
  6. wah ini mesti suara sedap ni sampaikan boleh buat VO. Dulu2 selalu dengar Dj radio bercakap suara dia sedapnya. Sekali bila dah tenguk orang eh ye ke tapi sekarang dah banyak online jadi dah boleh tau suara dia dengan orangnya. Semuga berjaya membuat VO banyak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita masih amatur lagi kak.. kena banyak masuk kelas suara lagi kot lepas ni.. hehehe..

      Delete
  7. Lembut je suara tu.....kadang bakat juga memainkan peranan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis ezna.. masih perlu diasah lagi bakatnya.. ^^

      Delete
  8. Dekat sekolah dulu ada pertandingan baca news...tapi saya x masuk pertandingan tu...kawan minta record suara saya untuk buat selingan waktu news tu dibaca...diorg kata suara saya mcm suara dlm cerita cartoon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita serupa.. sis dan suara cartoon tak dapat dipisahkan.. hahaha..

      Delete