Berbaloi Tak Beli? Pengalaman Guna Pressure Cooker Swiss Thomas

Assalamualaikum w.b.t. semua. Jumaat lepas sis teringin nak makan sup daging. Kebetulan daging korban yang jiran bagi pun masih ada banyak lagi, jadi sis pun on la. 

Balik je dari ofis, tukar uniform. Bermula la kerja sis di dapur. 

Sambil-sambil tu, nak merasmikan presure cooker sis yang baru jugak. Beberapa bulan lepas sis ada mengadu kat Bang Fiz yang pressure cooker sis yang lama dah mula meragam. Taknak merebus. Jadi, kalau nak masak sup daging tu, kena la merebus lama atas dapur. Sis pulak cuma ada dapur elektrik je masa tu (tong gas tak sempat tukar lagi. haha.). Naik jugak la bil letrik kalau kerap gitu.

Tup tup, Bang Fiz dah belikan presure cooker baru. Maceh abang sayang. 😁

Pressure Cooker jenama Swiss Thomas 6L. (Gambar Google) Sis jenis tak cerewet jenama, janji boleh berfungsi dengan baik. 

Cumanya, kalau Bang Fiz awak yang membeli, memang warna merah la yang dia berkenan. Takpe la abang sayang, janji abang sayang bahagia.😂

Primada Pressure Cooker Go Shop Limited Edition (Gambar Google). 

Ni pressure cooker yang sis pakai sebelum ni. Bang Fiz cakap, takde warna merah, warna pink pun boleh la. Dia yang kaki shopping, up to him la. Sis pulak, kecik tapak tangan, Stadium Bukit Jalil sis tadahkan. Hahahaha.

So, berbalik kepada operasi memasak tadi, sis pun cubalah gunakan periuk yang baru ni. Cuma bezanya, dia takde button direct untuk masak daging (meat) jika dibandingkan dengan periuk sis yang lama la. Jadi, sis guna la button ayam (poultry) untuk rebus daging kali pertama ni. Kiranya ni cuba jaya la. 

Bila daging tak empuk lagi, sis try masak untuk kali kedua pulak. Alhamdulillah, daging pun dah cukup empuk. Selepas tu, sis masak la sup macam biasa, dalam periuk tu jugak.

Memandangkan sis masa tu tak restock lagi barang dapur, jadi kita guna la apa yang ada dalam dapur ni dulu. Jadilah menu sup daging apa adanya. Hehehe. 😂


Bila Bang Fiz balik rumah malam tu, terkejut dia bila cakap sup daging dah siap. Dia terlupa yang kita dah periuk baru kat rumah. Takdela dia mengadu gigi sangkut makan daging yang tak berapa nak empuk lepas ni. 😅

Kita sudahi dengan buah belimbing besi. Yang ni sis ngap sorang, Bang Fiz tak minat sangat starfruit ni. 😁

So, sis rasa pressure cooker baru sis ni sangat la berbaloi bagi sis untuk digunakan. Harga dia pun takdela mahal sangat berbanding jenama lain yang sis tengok di Shopee. Cuma satu je kekurangan dia, periuk dalam tu dia bagi satu je. Hahaha.

Jumpa lagi ye.

With Love, Airene Erawan.

Post a Comment

1 Comments

  1. Senang kerja memasak bila ada pressure coocker ni. Cie pulak pakai noxxa tu time rebus daging, rebus tulang, rebus nasi impit je function. Jarang la buat benda lain.

    ReplyDelete