Nature Escape: Cerita Cuti-Cuti ke Janda Baik

 


Assalamualaikum w.b.t. Hari ni sis nak kongsikan kisah sis ke Janda Baik, Pahang pada 2017. Kira macam family day la, tapi dengan kawan-kawan cikgu sekolah mak (sis bahasakan Mak Ros la ye dari sini.) 

Rasanya masa ni sis balik cuti hujung minggu. Yela, Putrajaya dengan Temerloh bukan la jauh sangat. Tengah bujang masa tu, habis je kerja hari jumaat, terus la cabut balik rumah Mak Ros. Hehe.

Oo. Lupa pulak nak citer. Masa ni Mak Ros masih bergelar single mom lagi. So, kalau ke mana-mana, memang biasanya bertiga je la. Mak Ros berkahwin semula pada 2019, beberapa bulan sebelum Covid-19 melanda.

Untuk adik sis pulak (sis panggil Amy je la senang), dia dah mula berniqab selepas beberapa tahun menikah. Jadi, di sini sis blurkan gambarnya bagi menghormati beliau ye. 😉

Ni gambar kami sebelum bertolak dari rumah di Kuala Krau. 

Macam biasa, kalau bertiga, Mak Ros lebih selesa kalau dia yang memandu. Sis macam biasa, jadi google map hidup (sila caj bateri google map anda dengan makanan.. hehehe).

Kitorang memang suka boria kalau travel. Baru nampak macam twins giteeeww. 😂

Masa ni kami jumpa dengan geng-geng yang janji nak tunggu kat Plaza Tol Temerloh. Btw, dorang ni cikgu-cikgu kat SK Felda Jenderak Utara.

Sampai la di tempat yang dituju. Damai Arcadia D'jandabaik. Memang damai je kat sini.

Macam biasa, sis dan makanan tak dapat dipisahkan. Tapi bukan AJK Makan tau, kita AJK Bako2. Hehe.

Bukti sis AJK Bako2 ye.
 
Dari kiri: Cikgu Norizah, Cikgu Azimah (atau kitorang panggil Cikgu Jemah 😂), Mak Ros, Ustaz Rizal dan sis

Walaupun ada aktiviti BBQ, kitorang dah bawa bekal masing-masing dari rumah. Kira macam potluck la. Boleh la makan-makan dulu sementara tunggu ayam siap bako. 

Masa ni, yang lain-lain dah pergi terjun dalam sungai kot. Masing-masing nampak air, dah jadi macam anak itik. 🦆🦆

Giliran sis dan Amy pulak terjun masuk sungai. Sungai dia cetek je masa ni, tapi sejuk. 🥶

Dapat la main susun-susun batu. Hehehe. 

Selfie dulu sebelum pulang ke sarang. 

Sekian untuk catatan kali ni. Jumpa lagi di post lain ye. 😘

With Love, Airene Erawan.

Post a Comment

26 Comments

  1. boleh la cadang kat suami nanti.. otw balik ke raub, singgah kelah kat janda baik dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik idea tu.. boleh la healing-healing dulu sambil mandi-manda.. ^^

      Delete
  2. Unik juga nama tempat tu kan..menjadi daya tarikan..Memang seronok ramai ramai..selamat menikmati keindahan alam juga ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang unik.. sis pun tak tahu asal usul nama tempat ni sampai sekarang.. hehehe..

      Delete
  3. hari tu pergi janda baik tak tahu nak terjah mana..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah boleh riki2 staycation kat area janda baik lepas ni.. memang sesuai kalau nak healing-healing sambil menikmati alam.. ^^

      Delete
  4. AJK bako bako oso can la. Seronok juga keluar dengan gang2 yang kita baik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. dapat geng dengan cikgu-cikgu yang sekepala, especially cikgu Jemah tu.. ^^

      Delete
  5. Bestnya.. ingatkan baru lagi ni, rupanya throwback... semoga mak ros dan semua ahli rombongan dulu² sihat sentiasa

    ReplyDelete
  6. wahhh lamanya simpan cerita dari 2017. kalau Cie ni dah lupa dah. hihihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan lalu kat fb, boleh la buat throwback.. ^^

      Delete
  7. Replies
    1. cikgu sekolah dan baju sedodon tak dapat dipisahkan.. hehehe.. ^^

      Delete
  8. Salam kenal Airene... baru follow blog ni. Best juga ya, sekali sekala dapat berkumpul dengan kawan-kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal kak.. terima kasih sudi singgah.. ^^

      Delete
  9. best tu ada bbq & dpt berendam dlm sungai

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. sekali sekala duduk bersama alam semulajadi..

      Delete
  10. saya suka laaaa tempat ni! port kami ronda2 jugakkk sbb tenang dan nyaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup2.. sesuai sangat kalau nak healing2 area sini..

      Delete
  11. Betul² throwback NIE entry nya..hihi..seronoknya dapat cuti²

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. sekali sekala throwback zaman dulu2.. ^^

      Delete
  12. Comelnya bertiga sedondon. Senang nak kenal satu family. Best juga dapat join aktiviti macam ni kan. Kelakar pulak cakap google map hidup tu. hihi..
    Saya ada terbaca pasal susun batu tu. Katanya tak boleh susun batu macam tu kalau di sungai, akan bagi kesan pada hidupan di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo yeke? tak tau pulak macam tu.. tapi masa nak naik dari air tu, kitorang dah pulangkan balik batu2 tu dalam sungai.. hehe..

      Delete
  13. Tenang, sejuk, tak jauh dari KL, tapi rasa macam dah masuk dunia lain.
    Kalau tengah serabut dengan kerja, drama hidup, atau sekadar nak “hilang kejap”

    ReplyDelete
  14. Dah sering kali dengar tentang tempat janda baik ini. Cuma saya belum pernah sempat mampir kesana. Teringin juga. Apalagi banyak spot wisata bagus dari yg saya baca di tulisan teman2.

    Seruuu kak, bisa outing dengan teman2 begini. Sungainya menggoda sangat untuk main air. Bersih dan cetek 👍

    ReplyDelete