Bahan Bacaan Untuk Minggu Ini

Assalamualaikum w.b.t. semua. Hari ni sis nak kongsikan koleksi bahan bacaan sis untuk minggu ni. Memandangkan buku yang sis pinjam kali ni agak tebal sedikit, jadi mungkin akan lambat sikit la kalau nak dihabiskan. 😅


Kali ni sis ada pinjam juga dari koleksi Pinjaman Berkelompok Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Biasanya pinjaman berkelompok ni akan rotate dalam 2-3 bulan sekali. 

Pinjaman dari koleksi PNM:

1. MALAYONESIA : Kerdipan Bintang Melayu Di Langit Melayu - Mat Rofa Ismail

Malayonesia merujuk kepada keseluruhan alam kepulauan Melayu. Buku ini membawa pembaca menghayati masa lampau Alam Melayu menerusi aspek geografi, penduduk, iklim, pembukaan, pentadbiran, penjajahan dan pembebasannya, perjuangan dan sukla duka umatnya yang berkongsi latar belakang sejarah tabii yang sama. Isi kandungan diolah pengarangnya menerusi pelbagai sumber klasik nadir, yang dibedah, diolah dan dipersembahkan dalam bentuk yang menginsafkan bagi para pembaca yang mempunyai jiwa yang hidup. Sumber klasik diadun pula dengan sumber mutakhir agar menyediakan hidangan minda yang segar dan bertenaga dalam pembinaan peradaban umat yang diidamkan pada masa hadapan.

2. 117 Wasiat Nabi Untuk Wanita - Prof. Dr. Falih bin Muhammad

Kaum perempuan diciptakan Allah dalam keadaan yang semulia-mulianya iaitu sebagai ibu yang dihormati, isteri yang dikasihi dan anak yang disayangi. Dengan itu, mereka diberi panduan supaya dapat menjadi manusia yang beriman dan beramal soleh. 

Untuk menyedarkan mereka akan hakikat itu, Rasulullah menasihati mereka supaya menjauhi apa-apa tabiat buruk seperti yang diterangkan dalam hadis yang dimuatkan dalam buku ini. 

Antara nasihat dan wasiat yang terkandung dalam buku ini adalah tentang:
  • Iman
  • Solat
  • Puasa 
  • Jihad
  • Bersuci 
  • Zakat
  • Haji
  • Talak

3. Life Without Diabetes: The Definitive Guide to Understanding and Reversing Type 2 Diabetes - Professor Roy Taylor

The fastest growing disease in the world, Type 2 diabetes has long been regarded as an incurable, lifelong condition that becomes progressively worse over time, resulting in pain, loss of vision, amputation, and even premature death. But there is hope.

For more than four decades, Dr. Roy Taylor has been studying the causes of diabetes. In 2017, he had a breakthrough: he found scientific proof that Type 2 diabetes is not only reversible, but that anyone following a simple regimen can prevent and cure it. Dr. Taylor’s research shows that Type 2 diabetes is caused by too much fat in the liver and pancreas, which interferes with both organs’ normal functioning. By losing less than 1 gram of fat, the liver and organ can begin to perform as they were designed to once again—thus beginning the reversal process.

The most efficient way to shed fat from the liver and pancreas is to lose weight as quickly as possible. Life Without Diabetes makes it easy for people to cut back on their daily calorie intake and avoid the two big problems of dieting—hunger and choice—and lose up to 35 pounds in just eight weeks. Thanks to Dr. Taylor, we can now fundamentally change how we treat and prevent this debilitating and all-too-common disease forever.

Dan yang koleksi pinjaman dari Perpustakaan DOSM pula: 

4. Biografi Muhammad bin Abdullah - Zulkifli Mohd Yusoff, Noor Naemah Abd Rahman

Biografi Muhammad Bin Abdullah adalah antara buku sirah yang terbaik untuk mengenali Rasulullah. Menghayati kisah hidup nabi dalam buku sangat mengasyikkan. Novel-novel cinta yang popular sekalipun tidak mampu memberikan kenikmatan yang setara dengan nikmatnya membaca buku ini. Kita teruja untuk menghabiskan ayat demi ayat, helaian demi helaian buku ini, daripada muka surat pertama hinggalah ke muka surat terakhir. Inilah biografi kekasih yang teragung dan kisah cinta yang paling indah di dunia.

Buku ini adalah rakaman sirah yang lengkap tentang Rasulullah. Buku ini bermula dengan kisah-kisah ajaib yang berlaku sebelum kelahiran baginda. Sebagaimana peristiwa kelahiran baginda membawa sinar kebahagiaan ke seluruh dunia, buku ini juga berjaya membuatkan para pembaca asyik dalam penceritaan yang amat menarik. Namun, apabila tiba detik Rasulullah menghembuskan nafas terakhir, kita akan tenggelam dalam kesedihan dan hanyut dalam kerinduan kepada kekasih agung, Rasulullah s.a.w.

Babak demi babak seluruh kehidupan Rasulullah diceritakan dengan baik sekali. Penceritaannya mampu menggugah emosi pembaca. Inilah bahan bacaan yang terbaik sebagai pelengkap kepada karya sirah tentang Rasulullah s.a.w.

Setiap nabi dikurniakan dengan mukjizat yang sesuai dengan zamannya dan mengatasi kehebatannya kaumnya. Nabi Musa diberikan mukjizat tongkat yang bertukar menjadi ular hingga dapat mengalahkan Firaun dan ahli sihirnya. Nabi Isa pula dikurniakan dengan kemampuan menghidupkan orang yang sudah mati, sesuai dengan kaum pada zamannya yang hebat dalam ilmu perubatan.

Rasul junjungan kita pula, Muhammad s.a.w dikurniakan dengan mukjizat yang agung, iaitu Al-Quran yang sangat indah bahasanya. Ketinggian bahasa Al-Quran menundukkan kehebatan para penyair Arab yang terkenal dengan syair-syair yang bisa memukau para pendengar. Itulah kehebatan bahasa dan bahasa sangat berkuasa. Bahasa yang indah seolah-olah mempunyai tempias mukjizat yang mampu mempengaruhi minda dan menyentuh hati manusia. Mahakarya agung ciptaan manusia terletak pada bahasa yang mengungkapkannya.

Memahami hakikat ini, keindahan dan kelancaran bahasa adalah kekuatan utama bagi sesebuah buku. Justeru, sebuah buku yang bercerita tentang kehidupan Rasulullah, terlebih utama perlu menggunakan bahasa yang indah sehingga mampu membuakkan kecintaan kita kepada Rasulullah. Oleh sebab inilah, buku Biografi Muhammad Bin Abdullah ditulis dengan bahasa yang mudah dan indah. Kekuatan buku ini adalah pada bahasanya.

Nota: Buku ni sis dah baca beberapa kali sebelum ni. Cuma teringin nak baca lagi, bagi refresh balik sis punya knowledge dan memori. 😉

5. Membongkar Sejarah Yahudi dan Freemason di Tanah Melayu - Syed Mahadzir Syed Ibrahim

Buku Membongkar Sejarah Yahudi dan Freemason di Tanah Melayu oleh Syed Mahadzir Syed Ibrahim menceritakan tentang pengaruh Yahudi dan Freemason dalam sejarah Tanah Melayu, terutama semasa zaman penjajahan. Penulis menerangkan bagaimana penjajah menggunakan strategi seperti "pecah dan perintah" untuk melemahkan perpaduan masyarakat tempatan. Buku ini juga membincangkan kehadiran komuniti Yahudi seperti Sephardi dan Ashkenazi serta peranan mereka dalam masyarakat. Buku ini sangat menarik untuk mereka yang ingin tahu tentang aspek sejarah yang jarang dibincangkan, termasuk bagaimana kuasa luar mempengaruhi struktur sosial dan politik di Tanah Melayu. Namun, penting untuk membaca dengan minda terbuka dan mempertimbangkan pandangan lain untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Secara keseluruhan, buku ini sesuai untuk pembaca yang ingin mendalami sejarah tersembunyi di rantau ini.

***
Untuk koleksi PNM, maksimum pinjaman adalah sebanyak 3 buah, manakala untuk koleksi DOSM sendiri adalah sebanyak 5 buah. Biasanya sis pinjam maksimum 5 buah je pada satu-satu masa. 

Semua buku ni sis pinjam untuk maksimum 2 minggu. Tapi kadang-kadang sis pun terlupa tarikh bila nak kena pulang. Sampai librarian pun helo-helo la, risau buku kena seludup keluar. Hahaha.

Ok la. Sekian catatan sis untuk kali ni. See ya!

With Love, Airen Erawan.

Post a Comment

1 Comments