Assalamualaikum w.b.t. semua. Hari ni sis ronda-ronda di tapak jualan kat ofis sis ni. Niat nak cari lunch sebab tak bawak bekal hari ni. Sis dah jarang turun tapau lunch di kafe sebab setiap kali beli makanan, mesti balik rumah malam tu sakit perut macam keracunan. Tapi sis je la yang selalu jadi macam tu. Tengok member lain ok je setakat ni. Huhu.
Pusing punya pusing, hari ni ada ramai penjaja baru masuk. Bertambah meriah la kat tapak jualan ni. Dan terus sis terberhenti kat depan gerai ikan patin. Hehehe.
Sis memang peminat ikan patin tempoyak. Sejak pindah keluar dari Temerloh (sempat la duduk sana 5 tahun sebab Mak Ros mengajar kat sana), susah nak dapat rasa ikan patin yang betul-betul fresh macam kat Temerloh. Dorang guna ikan patin sangkar sungai, bukan kolam. Kalau digoreng saja pun, cicah dengan kicap bawang cili limau pun sodap. (Terliur la pulak 😅)
Hasil tangkapan hari ni. 😁 Set kepala dengan nasi putih, ulam dan sambal belacan RM17. Kalau ambil set badan, RM20.
Bagi sis, rasa dia not bad la. Kuah pekat likat, isi pulak manis, tak hanyir. Besar pulak tu. Sis suka kalau pedas sikit lagi, tapi overall nice. Terubat la rindu nak makan gulai tempoyak yang sedap. 😍
Yang sis perasan sejak duduk area Lembah Klang ni, harga kepala patin tempoyak lagi murah daripada badan atau ekor. Tapi kalau di Pahang, kepala ikan patin lebih mahal sedikit, sebab orang yang suka gulai termpoyak ikan patin ni biasanya akan aim kepala dia dulu.
Kalau sis pulak? Mana-mana pun boleh. Hehe.
By the way, rupanya dorang ni ada kedai fizikal juga.
Lepas ni boleh cari lagi. 😁
Nampaknya lepas ni kena cari masa turun Temerloh la. Last sekali singgah Temerloh tahun lepas masa bulan puasa, buat field work banci kat sana.
Memandangkan petang ni cuaca agak baik juga, boleh la bersiap pergi brisk walk petang ni. Nak bakar balik ikan patin tadi. Hahahaha. 😂
With Love, Airene Erawan
24 Comments
Akk suka bahagian perut tu, ada lemak² tu yg sedap tu :3
ReplyDeletesama la kita.. sep sikit.. ^^
DeleteAlaaa... uncle tak makan tempoyak!
ReplyDeletegoreng pun sodap uncle.. ^^
DeleteArea Pahang banyak juga patin sangkar. Kalau sungai punyai harga kayangan. Sangkar sedap. Kolam rasa tanah.
ReplyDeletedulu pernah la merasa gulai tempoyak patin buah asam rong (biji getah).. ada orang belanja.. bila tahu harganya, pengsan mak.. hehehehe..
DeleteParcel C tu kalau ada jualan macam-macam kan. Ahkak rindu jualan kat area Parcel E. Ahkak suka yang ada lemak-lemak sikit. yum yum
ReplyDeletesekarang hari2 dah ada jualan kak.. tinggal pilih yang mana berkenan di hati je..
Deletekita pun suka yang berlemak.. boing2 gitu.. sep sikit.. ^^
Pernah tanya suami apa yang sedap bahagian kepala ikan patin, rupanya dikorek2 bawah dan tepi mata ikan dan segala celah2 kepala ikan, sedap katanya. Sama la kepala ikan lain. Kita yang tak reti, jadi reti makan kepala ikan.
ReplyDeletesama la kita.. dulu dari kecik selalu cari bahagian badan atau ekor patin je.. bila duduk bermastatutin di pahang ni, baru la perlahan2 belajar makan kepala ikan ni.. sedap rupanya, banyak lemak yang gebu2.. ^^
Deletepatin tempoyak.. antara kegemaran anak-anak pokcik
ReplyDeletekegemaran saya jugak.. cuma susah sikit nak cari yang sedap cara masakannya kat sini..
DeleteLinda tak reti makan ikan patin
ReplyDeleteoo yeke? faham2.. taknak cuba try test ke? ^^
Deletesmlm kt opis lunch menu ikan patin tempoyak...opismate br blk outstation pahang so die bw ke opis
ReplyDeletewuuuu.. yang ori pahang punya yang sodap tu.. ^^
Deletesedapnyaaa....hirup kuahnya pun best
ReplyDeletebetul tu kak mieja.. tak pandang orang kiri kanan dah.. hehehe.. ^^
DeleteMemang terbuka selera...nampak tempoyak patin ni..
ReplyDeleteterkenang-kenang sampai ke hari ni.. ^^
DeleteNanti saya nak cariiiii lah seller ini 😍😍😍. Kalo patin saya suka, tp lebih suka tengah ke ekor. Kalo kepala memang tak makan 😄
ReplyDeleteJenis perut sensitif mungkin. Kena hati-hati memilih makanan. Seronok kan kalau dapat makanan kegemaran. Kena beli buat lepas tekak teringin. Saya tak makan ikan patin. Tapi orang kata kalau ikan patin sungai tu memang sedap berbanding kolam. Dapat yang kena dengan tekak bestlah makan. Dia kalau pedas sikit tu memang sedap lagi berselera makan. Saya teringin nak pergi pasar pagi Temerloh tu. Entah bila nak pergi tak tahu lah.
ReplyDeletesaya suka patin masak asam pedas
ReplyDeleteNampak sedap laa..makan dengan nasi panas²
ReplyDelete