Assalamualaikum w.b.t. semua. Hari ni sis ronda-ronda di tapak jualan kat ofis sis ni. Niat nak cari lunch sebab tak bawak bekal hari ni. Sis dah jarang turun tapau lunch di kafe sebab setiap kali beli makanan, mesti balik rumah malam tu sakit perut macam keracunan. Tapi sis je la yang selalu jadi macam tu. Tengok member lain ok je setakat ni. Huhu.
Pusing punya pusing, hari ni ada ramai penjaja baru masuk. Bertambah meriah la kat tapak jualan ni. Dan terus sis terberhenti kat depan gerai ikan patin. Hehehe.
Sis memang peminat ikan patin tempoyak. Sejak pindah keluar dari Temerloh (sempat la duduk sana 5 tahun sebab Mak Ros mengajar kat sana), susah nak dapat rasa ikan patin yang betul-betul fresh macam kat Temerloh. Dorang guna ikan patin sangkar sungai, bukan kolam. Kalau digoreng saja pun, cicah dengan kicap bawang cili limau pun sodap. (Terliur la pulak 😅)
Hasil tangkapan hari ni. 😁 Set kepala dengan nasi putih, ulam dan sambal belacan RM17. Kalau ambil set badan, RM20.
Bagi sis, rasa dia not bad la. Kuah pekat likat, isi pulak manis, tak hanyir. Besar pulak tu. Sis suka kalau pedas sikit lagi, tapi overall nice. Terubat la rindu nak makan gulai tempoyak yang sedap. 😍
Yang sis perasan sejak duduk area Lembah Klang ni, harga kepala patin tempoyak lagi murah daripada badan atau ekor. Tapi kalau di Pahang, kepala ikan patin lebih mahal sedikit, sebab orang yang suka gulai termpoyak ikan patin ni biasanya akan aim kepala dia dulu.
Kalau sis pulak? Mana-mana pun boleh. Hehe.
By the way, rupanya dorang ni ada kedai fizikal juga.
Lepas ni boleh cari lagi. 😁
Nampaknya lepas ni kena cari masa turun Temerloh la. Last sekali singgah Temerloh tahun lepas masa bulan puasa, buat field work banci kat sana.
Memandangkan petang ni cuaca agak baik juga, boleh la bersiap pergi brisk walk petang ni. Nak bakar balik ikan patin tadi. Hahahaha. 😂
With Love, Airene Erawan
0 Comments