Assalamualaikum w.b.t. semua. Hari ni sis ada dapat job baru. Haha. Takde la.
Hari ni sis baru berpeluang nak iklankan bisnes adik sis, Amy. Dia ada buat catering secara kecil-kecilan di kawasan Johor Baharu dan sekitarnya.
Mini Catering JB menerima tempahan untuk majlis yassin dan tahlil arwah, dan juga untuk majlis keraian. Tempahan infaq dari luar kawasan JB pun boleh, kerana infaq ini akan diagihkan ke Surau Taman Suria, JB serta masjid/surau yang berada di sekitarnya.
Sekiranya ada di antara rakan-rakan atau ahli keluarga yang berminat berinfaq melalui Mini Catering JB, boleh hubungi Amy atau suaminya, Imam Halim (Imam Surau Taman Suria, JB) di nombor yang tertera ya. 😁
Menu apa yang ada? Jom tengok kat bawah ni.
Mi goreng dengan telur mata
Nasi lemak ayam goreng
Nasi putih dengan ayam goreng kunyit
Nasi beriani ayam merah. Yang ni kalau tak silap sis, tempahan untuk majlis tunang di Pasir Gudang.
Nasi putih ayam kicap (extra kentang wedges Amy kata😅)
Nasi tomato
Yang ni pula tempahan untuk potluck raya ustazah Pasti. Kebetulan anak buah baru masuk Pasti tahun ni, jadi banyak jugak order daripada geng ustazah 😊
Haa.. Yang ni pulak namanya nasi ambeng.. Specialty orang Johor.
Alhamdulillah. Warga Indonesia pun pernah tempah nasi ambeng ni. Kena dengan tekak dorang katanya. 😁
Yang ni pula tempahan berbuka puasa Ramadhan yang lalu. Nasi putih ayam sweet sour.
Yang ni sis lupa pulak apa namanya. Macam nasi minyak orang kahwin. 😅
Ada banyak lagi menunya. Untuk pertanyaan lanjut, boleh contact nombor di atas ye. Jangan malu jangan segan ye. Cakap je kakak dia yang tolong promote. Hehe.
Terima kasih! 😁
With Love, Airene Erawan
5 Comments
Kalo dekat nak jer order nasi ambeng tu...
ReplyDeletetakpe sis.. mana tau kot2 ada rezeki turun JB ke lepas ni.. ^^
DeleteSedap-sdap menu catering adik sis. Ya, nasi beriani, nasi ayam kunyit sedap tu. Paling best nasi ambeng lah kegemaran bangsa Johor. Semoga bisnesnya terus maju dan berkembang serta mendapat hasil rezeki yang bertambah-tambah berpanjangan dengan segala keberkatan. Aamiin...
ReplyDeleteameen.. terima kasih atas doanya.. ^^
Deletesis yang ada keturunan jawa johor pun belum mahir lagi makan nasi ambeng.. tak pandai nak makan campur-campur.. hehehe..
Kalau makan nasi ambang kita teror, nak masak kita tak tau.
ReplyDeleteLinda pun jawa juga, tapi jawa Selangor ..