Baru-baru ini sis mendapat emel Unit Intergriti DOSM yang sis rasa sangat penting untuk dikongsikan - terutama buat penjawat awam. Ia berkaitan isu mendaftar masuk/keluar SPOTMe bagi pihak pegawai lain, yang mana ramai mungkin anggap remeh, tetapi sebenarnya boleh membawa kepada tindakan tatatertib!
📌 Apa itu SPOTMe?
SPOTMe ialah sistem kehadiran elektronik yang digunakan untuk mencatat waktu masuk dan keluar kakitangan di sesetengah agensi kerajaan.
❗ Apa Masalahnya Kalau Tolong Daftarkan Untuk Kawan?
Nampak biasa dan tidak berbahaya, kan? Tapi sebenarnya, jika kita bersetuju melakukan tindakan tersebut, kita boleh dianggap menyalahguna sistem kehadiran dan boleh dikenakan TINDAKAN TATATERTIB.
📜 Apa Kata Peraturan?
Menurut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993:
- Peraturan 4(2)(g): Pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab.
- Peraturan 4(2)(i): Pegawai tidak boleh ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang dianggap ingkar.
Tindakan membantu mendaftarkan SPOTMe untuk orang lain boleh dianggap sebagai ingkar perintah dan tidak bertanggungjawab.
📎 Arahan & Pekeliling Berkaitan:
Tindakan ini juga bercanggah dengan arahan berikut:
- Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981
- Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2004
- Perintah Am Bab G, Perintah Am 5
✅ Apa Yang Kita Patut Buat?
- Daftar masuk dan keluar sendiri, jangan sesekali tolong orang lain.
- Jika terlewat atau ada masalah, maklumkan kepada penyelia/ ketua dengan alasan yang munasabah.
- Jangan gadaikan integriti diri hanya kerana ingin menolong atau menjaga hati rakan sekerja.
✨ Ingat, integriti itu tunjang kepada kepercayaan dan kejujuran dalam perkhidmatan awam. Jangan ambil mudah perkara ini walaupun nampak kecil. Semoga kita semua terus menjaga etika kerja dan maruah sebagai penjawat awam!
#InfoIntegriti #SPOTMe #PenjawatAwam #Tatatertib #IntegritiKerja #JabatanPerangkaan #MalaysiaMadani
With Love, Airene Erawan
4 Comments
Bagusnya ada apps. Memudahkan pekerja. Tapi bab orang lain tolong daftar tu memang tak patutlah dari dulu sampai sekarang ada apps. Tak wajar dilakukan. Tak amanah namanya kan. Setiap pekerja dalam company kenalah berintergriti.
ReplyDeleteBelum pernah lagi kerja dekat tempat yang ada spotMe.
ReplyDeleteDekat tempat lama dulu, mula² kerja pakai punch kad, siap ada duty harian untuk jaga dekat bilik punch kad tu..sebab tak nak bagi orang lain tolong punch kan utk kawan.
Tak lama tu upgrade thumbprint..sampai la sekarang masih thumprint.
Perkongsian yang baik.. sekolah pokcik masih guna punch card..
ReplyDeleteHosp Cie pakai ehadir. Boleh buka kat internet hosp je. Kat hp tak boleh.
ReplyDelete