Coway Baru Dah Sampai

Assalamualaikum w.b.t. semua. Semalam rumah sis dah ada penapis air Coway yang baru. 😁

Semalam Bang Fiz bagitau sis yang technician Coway nak datang rumah pukul 11.00 pagi. Kebetulan semalam Bang Fiz ambik cuti sebab ada appointment ambik darah di klinik. Masalahnya, kelmarin dia tak kabo pun ada orang nak datang rumah. Kalau tak, boleh la kemas-kemas sikit kat tempat letak Coway tu. Hehe.

Sis sebenarnya dah lama pakai penapis air Coway ni. Dari zaman Villaem 1 lagi. Diam-diam dah lebih 10 tahun jugak sis pakai Coway kat rumah. Jadi agent sales Coway pun pernah juga sebelum dapat kerja tetap. 😅

Bila sampai rumah semalam, seronok la sis membelek penapis air Coway yang baru ni. Fungsi dia mostly masih sama. Yang pasti semuanya touch screen. Bang Fiz pilih warna hitam untuk kali ni. Takde la hitam sangat warnanya, more to dark greyish gitu. Tapi memang cantik la design dia.

Sumber: Coway Malaysia

Untuk versi terbaru ni, ada setting untuk air panas seperti di atas. Jadi, boleh la pilih yang mana berkenan di hati. (Sumber gambar: Coway Indonesia)

Perubahan Villaem dari gen 1 hingga gen 3 (Sumber gambar: Coway Malaysia)

Bila bagitau Mak Ros pasal ni, dia tanya "Ada air keting-keting tak?". Atau maksud dia, ais ketul 😂

Abah sis tu jenis peminat air batu. Kalau nak minum air sejuk, mesti kena ada ais. Baru nikmat katanya. Sekarang rumah kat kampung (baca: Kampung Kurnia, JB 😂) pakai SK Magic jenis tankless kalau tak silap. Ada ice maker lagi. Si Amy la yang pandai mencarinya. Kira sis masih kalah la sebab takde ice maker. Takpe2, kita guna peti ais punya ice maker. Hahahaha.

Sekian catatan sis untuk kali ni. See ya!

With Love, Airene Erawan

Post a Comment

24 Comments

  1. Linda pun tak igt dekat rumah tu dah berapa tahun...
    Rasa macam malas nak tambah komitmen lagi..servis sendiri je lah..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la kalau boleh servis sendiri.. tinggal nak beli filter baru je.. ^^

      Delete
  2. Berlawan² ye dgn Mak Ros hehe...
    Akk pun guna penapis air cap ni. Time org nak mai service kemain kemas rumah, kalah mak mentua nak mai haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat PH.. kadang-kadang nak bergaduh dengan Bang Fiz.. orang nak datang servis, pagi tu baru Bang Fiz bagitau ada orang nak datang.. bertuah la..

      Delete
  3. cantikkkk...oo..ada ya penapis yg produce air batu...power betul penapis air alaf baru nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah.. ada dah.. rumah mak abah dah pakai 2-3 tahun rasanya.. sis je yang tak pakai lagi.. hahaha..

      Delete
  4. Seronoknya ada penapis air baru. Kira up to date dengan teknologi terkinilah kan berbanding yang dulu. Hihi..comel je Mak Ros tanya ada keting-keting tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. abah sis la ni yang punya keje ni.. setiap hari mesti dia isi ais penuh2 dalam tumbler dia.. tu yang datang bunyi keting2 tu.. seronok la dia minum air sejuk ada ais kat dalam..

      Delete
  5. Haha baru dengor ada air keting-keting ek. Agaknya seronok bunyi air keting -keting. Semakin changgih penapis air sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. abah sis la puncerr.. seronok dapat air keting-keting katanya.. ^^

      Delete
  6. Replies
    1. a ah.. tp tak cukup canggih macam mak ros punya.. hahaha..

      Delete
  7. berapa tu bayaran bulanannya? MZ pakai cuckoo tp dh abih dh tempoh instalmentnya...cuma lom plan nak amik yg lain/sambung yg baru plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni 105 sebulan.. ambik pakej dengan tilam coway sekali..

      Delete
  8. say pun pakai coway jugak kat rumah. haritu baru habis bayar yg bulanan.. tpi time nak kena servis nnti kena bayar lain jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo yang tu kalau tak silap, untuk caj alat ganti.. memang dia x cover sekali dalam bayar bulan2 tu kalau x silap..

      Delete
  9. Penapis air mudahkan kerja.. tak perlu masak lagi..

    ReplyDelete
  10. cantik model baru ni.. MA tukar tercepat sikit je.. rumah Ibu dpt model yg ni..

    ReplyDelete
  11. Tekan-tekan, terus dapat air sejuk & panas. Coway ni macam PA rumah je sekarang

    ReplyDelete
  12. Sering dengar tentang coway ini. Tapi saya belum pakai. Di rumah pakai dispenser dan air minum galon. Berarti coway ini langsung tersambung dengan air paip di rumah ya kak?

    ReplyDelete
  13. Kalau kita nyer model lama bleh tukar model baru erk?eh nak tanya agent akak la..hahahha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh.. takkan tak boleh pulak.. ni tak sempat habis kontrak 5 tahun untuk yang versi kedua, agent dah helo2.. "cik, nak sambung coway lagi tak.. kita ada version baru.. " hehehe..

      Delete