Assalamualaikum w.b.t. semua. Semalam rumah sis dah ada penapis air Coway yang baru. 😁
Semalam Bang Fiz bagitau sis yang technician Coway nak datang rumah pukul 11.00 pagi. Kebetulan semalam Bang Fiz ambik cuti sebab ada appointment ambik darah di klinik. Masalahnya, kelmarin dia tak kabo pun ada orang nak datang rumah. Kalau tak, boleh la kemas-kemas sikit kat tempat letak Coway tu. Hehe.
Sis sebenarnya dah lama pakai penapis air Coway ni. Dari zaman Villaem 1 lagi. Diam-diam dah lebih 10 tahun jugak sis pakai Coway kat rumah. Jadi agent sales Coway pun pernah juga sebelum dapat kerja tetap. 😅
Bila sampai rumah semalam, seronok la sis membelek penapis air Coway yang baru ni. Fungsi dia mostly masih sama. Yang pasti semuanya touch screen. Bang Fiz pilih warna hitam untuk kali ni. Takde la hitam sangat warnanya, more to dark greyish gitu. Tapi memang cantik la design dia.
Bila bagitau Mak Ros pasal ni, dia tanya "Ada air keting-keting tak?". Atau maksud dia, ais ketul 😂
Abah sis tu jenis peminat air batu. Kalau nak minum air sejuk, mesti kena ada ais. Baru nikmat katanya. Sekarang rumah kat kampung (baca: Kampung Kurnia, JB 😂) pakai SK Magic jenis tankless kalau tak silap. Ada ice maker lagi. Si Amy la yang pandai mencarinya. Kira sis masih kalah la sebab takde ice maker. Takpe2, kita guna peti ais punya ice maker. Hahahaha.
Sekian catatan sis untuk kali ni. See ya!
With Love, Airene Erawan
24 Comments
cantik model baru 😻😻
ReplyDeletecantik2.. ^^
DeleteLinda pun tak igt dekat rumah tu dah berapa tahun...
ReplyDeleteRasa macam malas nak tambah komitmen lagi..servis sendiri je lah..hahaha
ok la kalau boleh servis sendiri.. tinggal nak beli filter baru je.. ^^
DeleteBerlawan² ye dgn Mak Ros hehe...
ReplyDeleteAkk pun guna penapis air cap ni. Time org nak mai service kemain kemas rumah, kalah mak mentua nak mai haha
betul sangat PH.. kadang-kadang nak bergaduh dengan Bang Fiz.. orang nak datang servis, pagi tu baru Bang Fiz bagitau ada orang nak datang.. bertuah la..
Deletecantikkkk...oo..ada ya penapis yg produce air batu...power betul penapis air alaf baru nih..
ReplyDeletea ah.. ada dah.. rumah mak abah dah pakai 2-3 tahun rasanya.. sis je yang tak pakai lagi.. hahaha..
DeleteSeronoknya ada penapis air baru. Kira up to date dengan teknologi terkinilah kan berbanding yang dulu. Hihi..comel je Mak Ros tanya ada keting-keting tak.
ReplyDeletehehehe.. abah sis la ni yang punya keje ni.. setiap hari mesti dia isi ais penuh2 dalam tumbler dia.. tu yang datang bunyi keting2 tu.. seronok la dia minum air sejuk ada ais kat dalam..
DeleteHaha baru dengor ada air keting-keting ek. Agaknya seronok bunyi air keting -keting. Semakin changgih penapis air sekarang
ReplyDeleteabah sis la puncerr.. seronok dapat air keting-keting katanya.. ^^
Deletemcm2 jenis skarang ye..
ReplyDeletea ah.. tp tak cukup canggih macam mak ros punya.. hahaha..
Deleteberapa tu bayaran bulanannya? MZ pakai cuckoo tp dh abih dh tempoh instalmentnya...cuma lom plan nak amik yg lain/sambung yg baru plak
ReplyDeleteyang ni 105 sebulan.. ambik pakej dengan tilam coway sekali..
Deletesay pun pakai coway jugak kat rumah. haritu baru habis bayar yg bulanan.. tpi time nak kena servis nnti kena bayar lain jugak
ReplyDeleteoo yang tu kalau tak silap, untuk caj alat ganti.. memang dia x cover sekali dalam bayar bulan2 tu kalau x silap..
DeletePenapis air mudahkan kerja.. tak perlu masak lagi..
ReplyDeletecantik model baru ni.. MA tukar tercepat sikit je.. rumah Ibu dpt model yg ni..
ReplyDeleteTekan-tekan, terus dapat air sejuk & panas. Coway ni macam PA rumah je sekarang
ReplyDeleteSering dengar tentang coway ini. Tapi saya belum pakai. Di rumah pakai dispenser dan air minum galon. Berarti coway ini langsung tersambung dengan air paip di rumah ya kak?
ReplyDeleteKalau kita nyer model lama bleh tukar model baru erk?eh nak tanya agent akak la..hahahha..
ReplyDeleteeh.. takkan tak boleh pulak.. ni tak sempat habis kontrak 5 tahun untuk yang versi kedua, agent dah helo2.. "cik, nak sambung coway lagi tak.. kita ada version baru.. " hehehe..
Delete