Berbaloi Tak Beli? Pengalaman Guna Pressure Cooker Swiss Thomas

Assalamualaikum w.b.t. semua. Jumaat lepas sis teringin nak makan sup daging. Kebetulan daging korban yang jiran bagi pun masih ada banyak lagi, jadi sis pun on la. 

Balik je dari ofis, tukar uniform. Bermula la kerja sis di dapur. 

Sambil-sambil tu, nak merasmikan presure cooker sis yang baru jugak. Beberapa bulan lepas sis ada mengadu kat Bang Fiz yang pressure cooker sis yang lama dah mula meragam. Taknak merebus. Jadi, kalau nak masak sup daging tu, kena la merebus lama atas dapur. Sis pulak cuma ada dapur elektrik je masa tu (tong gas tak sempat tukar lagi. haha.). Naik jugak la bil letrik kalau kerap gitu.

Tup tup, Bang Fiz dah belikan presure cooker baru. Maceh abang sayang. 😁

Pressure Cooker jenama Swiss Thomas 6L. (Gambar Google) Sis jenis tak cerewet jenama, janji boleh berfungsi dengan baik. 

Cumanya, kalau Bang Fiz awak yang membeli, memang warna merah la yang dia berkenan. Takpe la abang sayang, janji abang sayang bahagia.😂

Primada Pressure Cooker Go Shop Limited Edition (Gambar Google). 

Ni pressure cooker yang sis pakai sebelum ni. Bang Fiz cakap, takde warna merah, warna pink pun boleh la. Dia yang kaki shopping, up to him la. Sis pulak, kecik tapak tangan, Stadium Bukit Jalil sis tadahkan. Hahahaha.

So, berbalik kepada operasi memasak tadi, sis pun cubalah gunakan periuk yang baru ni. Cuma bezanya, dia takde button direct untuk masak daging (meat) jika dibandingkan dengan periuk sis yang lama la. Jadi, sis guna la button ayam (poultry) untuk rebus daging kali pertama ni. Kiranya ni cuba jaya la. 

Bila daging tak empuk lagi, sis try masak untuk kali kedua pulak. Alhamdulillah, daging pun dah cukup empuk. Selepas tu, sis masak la sup macam biasa, dalam periuk tu jugak.

Memandangkan sis masa tu tak restock lagi barang dapur, jadi kita guna la apa yang ada dalam dapur ni dulu. Jadilah menu sup daging apa adanya. Hehehe. 😂


Bila Bang Fiz balik rumah malam tu, terkejut dia bila cakap sup daging dah siap. Dia terlupa yang kita dah periuk baru kat rumah. Takdela dia mengadu gigi sangkut makan daging yang tak berapa nak empuk lepas ni. 😅

Kita sudahi dengan buah belimbing besi. Yang ni sis ngap sorang, Bang Fiz tak minat sangat starfruit ni. 😁

So, sis rasa pressure cooker baru sis ni sangat la berbaloi bagi sis untuk digunakan. Harga dia pun takdela mahal sangat berbanding jenama lain yang sis tengok di Shopee. Cuma satu je kekurangan dia, periuk dalam tu dia bagi satu je. Hahaha.

Jumpa lagi ye.

With Love, Airene Erawan.

Post a Comment

24 Comments

  1. Senang kerja memasak bila ada pressure coocker ni. Cie pulak pakai noxxa tu time rebus daging, rebus tulang, rebus nasi impit je function. Jarang la buat benda lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah la.. lupa dulu rajin jugak rebus nasi impit dalam pressure cooker.. senang keje.. ^^

      Delete
  2. best masak2 guna pressure cooker esp kalau nak masak sup tulang laa....MZ guna PC brand philips

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? xdela nak menung lama nak merebus atas dapur.. ^^

      Delete
  3. Linda pun ada PC nie,dapat cabutan bertuah masa dinner team Admin..tp, tak pernah guna lagi..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ada x digunakan pulak akak ni.. cepat la buat sup tulang.. hantar sini sikit.. hehehe.. ^^

      Delete
  4. Ada barang baru di dapur, lagi semangatlah nak masak tu kan. Lagilah masa tu teringin, jadi auto rajin. Tak kisah dah warna apa, janji ada dan orang yang tersayang belikan. Senang kerja masak ada pressure cooker ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat tu.. mudah kerja kat dapur.. dah insyaAllah, confirm masak la.. ^^

      Delete
  5. senang cepat masak dan senang kerja 💕💕

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah ada tempat masak yang bagus..siap lembutkan daging..memang sesiapa suri hati di mana-mana pasti gembira dan suami pasti happy ada suri hati pandai masak...

    ReplyDelete
  7. Dulu masa ada go shop Kakak2 akak terjebak beli. Jadi bila buat korban keluarga masing-masing bawak balik kg. Jadi bila selesai korban daging dah potong apa lagi mengsup le daging baru potong. Cepat masak dan kami semua menikmati sup daging fresh korban beramai-ramai setelah selesai pemberian daging korban pada orang kampung. Beli kat go shop best sebab kadang dia offer murah dan free periuk dalam lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak.. dah lama jugak tak shopping kat go shop.. dulu time pkp, rajin jugak la belek2.. ^^

      Delete
    2. Go shop dah tutup kedai tinggal wow shop di bawah media prima

      Delete
  8. Saya pun ada sebijik...tapi version lama...sangat berbaloi beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? memudahkan kerja kita kat dapur.. sebab yang lama tu meragam je.. sebab tu cari yang baru.. hehehe..

      Delete
  9. ramai betul ada pressure cooker ni. senang nak rebus daging

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. jimat masa merebus kalau dibandingkan kalau guna periuk biasa..^^

      Delete
  10. x pernah guna so memang x pandai la

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe lepas2 ni MA nak try guna pulak kan? ^^

      Delete
  11. Kalau mak-mak dulu 2 jam rebus atas dapur, sekarang ada pressure cooker nii 30 minit je siap! Jimat masa, tak stress 😅

    ReplyDelete
  12. Langsung teringat pressure cooker saya dah tak ada 😄. Memang harus beli lagi. Dulu ada, dan masih sangat berfungsi. Brand Jerman, tapiii model lama kak. Yg berat sangaaat tuh. Tak berani saya pakai, apalagi buka tutupnya. Beda dengan yg model modern skr.

    Akhirnya saya bagi untuk asisten saya. Biar dia yg pakai. Niatnya, untuk saya nanti nak cari yg model modern, lebih mudah utk dipakai 😄. Nih lah belum jadi2 nak beli

    ReplyDelete
  13. Berbaloiii...Kak SA ada Noxxa dan Pressure Cooker jenama apa erk..lupa...sangat membantu cuma noxxa tu rosak penutupnya sebab PZ terjatuhkan...

    ReplyDelete