Skip to main content

Bila Gula Ditinggalkan: Pengalaman Detoks Gula & Simptomnya

Semenjak sis disahkan menghidap kencing manis, sis cuba kurangkan pengambilan gula. Bukan sebab nak ikut trend diet semata, tapi lebih kepada mahu rasa lebih sihat dan bertenaga. Tapi siapa sangka, bila berhenti je minum air manis, badan sis terus "protes". Rasa letih, murung, dan craving jadi luar biasa. Sis pun mula baca, dan terjumpa satu artikel dari Healthline tentang simptom detoks gula  atau bahasa orang kita panggil "cut sugar". Rupanya, pengurangan gula secara drastik memang boleh beri kesan fizikal dan emosi yang agak ketara. Ini kerana tubuh sudah biasa "bergantung" pada lonjakan tenaga "energy spike" yang gula berikan. Bila tiada gula, sistem tubuh kita perlu sesuaikan diri semula. 🍭 Simptom Biasa Semasa Detoks Gula Berikut antara simptom yang mungkin muncul apabila kita kurangkan atau hentikan pengambilan gula tambahan: Mengidam manis yang kuat Otak akan “merayu” nakkan gula, terutamanya makanan kegemaran kita. Sakit kep...

Terima kasih Sis Notie @ Blog Saje Suka Suka (Hadiah Giveaway)

Assalamualaikum w.b.t. semua. Selamat hari Jumaat, penghulu segala hari. Hari ni sis ada bacaan yasin di ofis. Kebetulan juga ada sorang adik sambilan ni baru je kehilangan bapanya pada hari rabu lepas.  Lepas tu, sambung dengan meeting. So, lambat sikit la bersiaran pada hari ini. 


Cerita pasal semalam pula, parcel yang ditunggu-tunggu telah tiba. 😁

Sis ada join contest giveaway daripada sis Notie @ Blog Saje Suka Suka sempena birthday dia. Sis pun saje la mencuba nasib, kot-kot mana la tau dapat kan. Eh, lekat pula nama kita. Hehe. Nama senarai pemenang ada di sini. Ada 10 pemenang semuanya.

Thank you abam Poslaju.

Yeayy! Dapat kain pasang rupanya.

Lembut je kaler dia. I loike. 😍

Kain ni ialah kain cotton emboidery dari Wafiy Collection. Sumber sis Notie.
 

Sebetulnya sis dah lama tak beli kain pasang. Last sekali rasanya zaman bujang dulu-dulu. Sebab dulu duk kampung senang nak cari tailor. 😅Selalunya sis dan Bang Fiz akan beli yang dah siap je. 

Terima kasih ye akak Notie yang cantik. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki akak. Kalau ada contest lagi, bagitau la ye. hehehe.

P.s: Nak kena tanya akak ofis nak cari tailor kat mana yang okay.. hahaha.

With Love, Airene Erawan.

Comments

  1. Dah lama tak tengok live Wafiy collection tu...risau tersambar... Kedai dia dekat Rawang je,bila² bole walk in kot..hihihi..
    Tahniah dapat hadiah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tersambar tu takkan la sehelai dua je kan? hehehehe.
      terima kasih sis.. ^^

      Delete
  2. Alhamdulillah dah sampai. Terima kasih doanya. Insya Allah kalau ada rezeki lagi nanti akak buat lagi. Seronok tenguk orang lain gembira dengan hadiah akak.

    ReplyDelete
  3. wahhh congratsss. best hadiah tu ;) selamat menempah baju baru :)

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat hadiah kain pasang. Tahniah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Yang Selalu Dibaca

Personal July Challenge: Cabaran 30 Hari Menulis Blog - Niche Journaling

Hi semua! Hari ni sis nak mulakan satu cabaran baru untuk diri sis. Memandangkan sis masih baru lagi dalam dunia blogging, jadi sis harap dengan adanya challenge ni, sis dapat mengembangkan lagi blog sis ni. One small step at a time 😊 ✨ Kenapa Sis Memulakan Cabaran Ini Sis percaya, menulis bukan sekadar mencatat - ia adalah satu cara untuk mendengar semula suara hati sendiri. Dalam kesibukan harian, kita sering lupa untuk berhenti sejenak dan bertanya: "Apa khabar, hati?" Cabaran 30 Hari Menulis Blog ini sis mulakan kerana sis ingin  berkongsi  - satu catatan kecil setiap hari, yang mungkin boleh memberi makna kepada orang lain juga. Jika anda juga ingin menulis, walaupun perlahan, walaupun tidak pasti... mari kita mulakan bersama-sama. 📖 1 hari, 1 catatan dari hati. Minggu 1: Kenali Diri & Mula Menulis Kenapa saya memilih journaling/ blogging sebagai amalan harian 5 sebab journaling/ blogging buat saya rasa lebih tenang Apa yang saya tulis dalam journal/ b...

Zus Buddy Datang Lagi!

Bagi yang kenal sis personally, sis memang suka minum kopi. Sis memang prefer Zus Coffee sebab harganya yang berpatutan. Sekarang Zus ada keluarkan Zus Buddy, percuma dengan setiap pembelian minimum RM25 dalam satu resit. Semua comel sangat. Nak semua boleh tak? Hehehehehe. So, nak tau ape yang sis dapat grab? Choco Chipster! So cute! Tak sabar sis nak dapatkan kawan-kawan dia yang lain. Doakan sis dapat tau, sebab sekarang dah asyik sold out je ni. Hahahahaha. With Love, Airene Erawan

Surprise Gift!

  Semalam dapat kejutan daripada husband sis. Katanya dapat masa live Shopee Zus. Harga lebih murah kalau beli masa live. Btw, sis memang minat sangat benda-benda comel macam ni. 😁 Dapat banyak pulak free gift. Ada stiker, sampul duit raya. Instant coffee pun ada jugak. Berbaloi pergi ambik parcel sendiri kat guard. 😂😂 Jeng3.. Kita tengok apa yang kena. Yeayy!! Dapat full set I Feel Anxiety!! Thank you so much Abang Sayang sebab support minat isterimu ini. Lepas ni boleh la tukar-tukar keychain kat beg ni. Hehehehe. With Love, Airene Erawan

Kisah Nikah Terkejut - Terkejut

Mesti pelik kan bila baca tajuk kat atas ni? 😂 Ni kisah sis masa nak nikah 7 tahun lepas. Nak kata macam Ali Baba pun ada jugak. Ni semua Tok Imam la punca. Kisahnya begini.. Sis dah bertunang dengan encik tunang a.k.a Bang Fiz dari tahun 2016 lagi. Masa tu, sis baru je masuk keje gomen. Jadi, takde lagi rasa nak rush masa tu. Tup tap tup tap. Dah nak masuk puasa 2018. Tarikh nikah tak letak lagi masa ni. Masa ni pulak, adik sis pun dah mula buat persediaan nikah jugak. Btw, kitorang perempuan 2 orang ni je adik beradik. Pada Ahad 13 Mei 2018, kami sama-sama jumpa wali kami (uncle M) kat Wangsa Maju. Ayah kitorang dah meninggal pada 2009, so dia la wali terdekat kami.  Selesai urusan sign wali semua, malam tu jugak kami jumpa dengan Tok Imam Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, PJ. Sis dengan Bang Fiz memang bermastautin kat sini dulu. Cumanya sis di rumah sewa, Bang Fiz dengan parent dia la. Dipendekkan cerita, selesai je dengan Tok Imam, Tok Imam pun bagi idea yang bernas sangat. 😂...

“Kau Kena Kuat” – Kenapa Ayat Ini Boleh Menyakitkan Hati Orang yang Sedang Struggle

Sebagai salah seorang pesakit anxiety dan depression, kadang-kadang sis juga rasa tertekan apabila diberi kata-kata semangat begini. Kenapa ya? Menurut sumber Public Health Malaysia (PHM), bila seseorang yang kita sayang sedang melalui kemurungan atau anxiety, secara spontan kita mungkin akan cakap, “Kau kena kuat.” Niatnya baik, kita cuma nak beri semangat. Tapi tahukah kita, ayat tu sebenarnya boleh bagi kesan yang kurang sesuai? 1. Tambah Tekanan Emosi Orang yang sedang struggle biasanya dah pun rasa lemah, keliru, dan penat secara mental. Bila kita cakap “kena kuat,” ia boleh kedengaran macam satu beban tambahan - seolah-olah dia tak cukup kuat, atau tak berusaha cukup untuk pulih. 2. Nampak Macam Kita Remehkan Apa yang Dia Rasa Kita mungkin fikir kita bagi motivasi, tapi bagi mereka, ayat tu boleh rasa macam kita tak faham langsung apa yang mereka lalui. Sakit mental bukan sekadar tentang kekuatan diri - ia boleh berpunca daripada ketidakseimbangan kimia otak, trauma yang belum se...