Seharian di klinik

Assalamualaikum w.b.t. semua. Sis dah 3 hari tumbang sebab batuk selesema. Nak tengok blog memang tak sompek la. Melepek je kat atas katil. Badan pulak duk dedor gitu.

Kebetulan semalam (Isnin) sis ada appointment ambik darah kat KK Presint 9, jadi alang-alang dah pergi klinik ni, ambik la ubat batuk selsema sekali.

Semalam ambil darah je. Tak perlu puasa.


Sis masuk ofis dulu sebelum ambik time off ke klinik. Awal jugak sis ambik nombor semalam. Tunggu queue dalam setengah jam, baru la nombor sis dipanggil. Biasala Isnin, ramai orang. 

Urusan ambil darah sekejap je. Sebab tak bertembung dengan geng ambik darah yang kena puasa hari sebelum. Lepas siap kat lab, sis ke klinik infeksi (demam, batuk, selesema) pula.


Entrance klinik ni terletak di sebelah luar bangunan. Dulu klinik infeksi di dalam, sekali dengan klinik-klinik yang lain. Tapi bilangan pesakit dah makin ramai, dorang pindahkan keluar. Takdela terlalu crowded bercampur dengan orang lain di dalam bangunan. 

Nak dibuatkan cerita, sis terjumpa balik dengan doc yang rawat sis 3 minggu lepas. Dah la nama sis tu rare, memang mudah la dia nak cam. Hahaha.

Untuk blood pressure tu normal la untuk orang tengah sakit. Kalau tengah tak sihat, memang blood pressure kita akan tinggi. Cuma yang tak cantik, nadi sis tinggi sangat, sampai 120. Dah rehat sepuluh minit untuk bacaan kedua pun masih sama. 

Tak pasal-pasal sis kena buat ECG. Alhamdullilah, bacaan ECG cantik je doc cakap. Lega la sikit. Nadi pun dah turun ke 109 masa tengah buat ECG. 

Dah cakap awal-awal kat doc nak ubat yang kuat, sebab malam sebelum tu sis dapat tidur 1 jam je. Batuk-batuk punya pasal. Lepas doc bagi MC, doc sempat tanya bila next appointment untuk bacaan result darah. Bukan apa, kot-kot terkena dia jugak nanti. Hahaha. 

Otw balik rumah, sis singgah dulu kat Bangi Square 2. Tapau bubur nasi je. Ni je la yang sis selera time sakit ni. Ingat nak dine in je pada mulanya, tapi badan dah mula rasa sakit-sakit (batuk kuat sangat kan), jadi sis batalkan je la niat tu dulu.

Macam biasa, dekat Mad Bubur Berlauk jugak ni.

Siap makan, sis makan ubat dan tidur. Yang peliknya, bagi la sis ubat tidur kuat mana pun, maksimum sis akan tidur lena dalam 2-3 jam. Lepas tu jadi segar bugar balik. Ceit!

Hari ni sis dah masuk ofis balik. Masih ada kesan mamai ubat semalam. Batuk dan selesema masih ada, tapi takde la sekuat semalam. Harap-harapnya cepat la sis baik ye. Tak larat demam, selesema, batuk bersambung-sambung.

With Love, Airene Erawan

Post a Comment

11 Comments

  1. Moga cepat sembuh ya...selalu nya memang la akan bg tidur 2,3 jam je...kalau lama beno, lain pula jadinya kang...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru berangan nak tdo lama sikit.. ingat dah lama dah tdonya, tengok jam, lah.. awal lagi.. hehehehe..

      Delete
  2. semoga cepat sembuh, makan ubat juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you kak mieja.. udah ghoper zombie kampung pisang melayan ngantuk kat ofis ni.. hehehe..

      Delete
  3. sebelum ammi buat procedur jantung dulu...nadi ammi yg normal adalah melebihi 140bpm. Paling tinggi penah cecah 188 kot. tu yg masa pergi jumpa doctor dia siap tanya "did u run down from 20th floor girl?"

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sebab tu la doc risau kot.. kita pulak rasa mcm biasa je.. sabo aje la..

      Delete
  4. Jaga kesihatan ya, elak dulu minum sejuk ais ni..minum yang suam dulu ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik.. err, bab yang minum ais tu la macam susah sikit nak tinggalkan.. hehehe..

      Delete
  5. Rehat la sis...nanti dah sihat bw kat blog kawan2 ya.

    ReplyDelete