Assalamualaikum w.b.t. semua. Hari ni sis nak share pasal aktiviti FitDOSM di pejabat sis. FitDOSM ni adalah salah satu usaha Jabatan dalam menggalakkan para anggota beriadah dan mengekalkan tahap kesihatan yang baik. Kalau tak silap sis, program ni dah lama dah wujud, sebelum PKP lagi rasanya.
Bahagian sis telah diberi tugas untuk menjadi penganjur aktiviti ini pada 2 Julai yang lalu. Kiranya aktiviti ni kita rotate ikut bahagian la siapa yang jadi penganjurnya nanti. Biasanya aktiviti ni diadakan setiap Rabu petang selepas waktu pejabat.
Bersama Coach Aniq daripada Pejabat Kesihatan Daerah Presint 11, Putrajaya
Kita scan QR kehadiran dulu. Eh? 😂
Alhamdulillah. Ramai yang dapat meluangkan masa menyertai aktiviti ini.
Yang baju hitam di tengah tu boss (Tuan Pengarah BPPAS). Kita dah janji pakai baju Banci Pertanian (biru), dia pergi pakai baju hitam pulak. 😂
Terima kasih kepada semua yang join. 😁
Tak puas senamrobik, diorang pergi sambung briskwalk kat tasik belakang ofis pulak. Gigih. 😂
Ada la selingan sedikit video masa senamrobik ni. Sis tak bersenam masa ni, baru je nak baik dari demam. Jadi sis jadi pom pom girl je di belakang. Hehe.
Sekian catatan sis untuk kali ni. See ya!
With Love, Airene Erawan
8 Comments
Wah seronok tu dek..mesti berat berkurangan
ReplyDeleteerr.. penimbang tak memberikan kerjasama yang baik rasanya.. hahaha..
DeleteBagusnyaa...DOSM ni..
ReplyDeleteidea yang bagus ni..
Cantik baju semua sedondon la. Aktiviti menyihatkan ni.
ReplyDeleteAktivitas yang baik sekali Mbak terutama bagi kesehatan tubuh.
ReplyDeleteBaju seragamnya terlihat sangat cantik, Mbak.
Salam,
Best kan kalau ramai2 mcm ni.. aktiviti sihat yg boleh release stress
ReplyDeleteBagus sangat aktiviti gini... Bila ramai² ni semangatlah masing² kan
ReplyDeleteseronok if dpt buat senaman beramai2
ReplyDelete