Buku Pinjaman Untuk Minggu Ini

Assalamualaikum w.b.t. semua. Hari ni sis nak share senarai buku pinjaman sis yang terkini. Semua buku ni sis pinjam dari Library DOSM. 


1. Seni Menghargai Diri - Yoon Hong Gyun

Sinopsis: 

Adakah penghargaan anda kepada diri sendiri mencapai tahap yang memuaskan?

Ataupun adakah anda sering keletihan dan mudah marah kerana hal remeh-temeh, sering memulakan pertengkaran dengan pasangan kemudian menyesal, terlalu takut menghadapi perpisahan walaupun sering bertemu dengan individu yang salah... dan banyak lagi.

 ----

Seni Menghargai Diri adalah sebuah karya bantu diri yang ditulis oleh seorang pakar psikologi dari Korea Selatan, Dr. Yoon Hong Gyun. Buku ini merangkumi pelbagai teknik dan kaedah meningkatkan estim diri dan impaknya dalam kehidupan.  Antaranya:

-Salah faham konsep menghargai diri

- Kaitan hubungan romantik dengan keyakinan diri remaja

-Panduan pengendalian tingkatan  emosi

-Langkah demi langkah meningkatkan keyakinan



2. Untuk Jiwa Yang Tenang - Dennis Lim

Sinopsis: 

Seringkali, kenyataan dan permasalahan yang kita hadapi membuat hidup kita terpuruk, menangis, dan hancur. Jangankan bahagia, dunia ini seolah-olah sedang melumat diri kita bulat-bulat. Untuk itu, kupersembahkan tulisan ini untuk kalian yang sedang menangisi kenyataan. Kalian semua berhak bahagia.

Wahai kau yang sedang menangis di luar sana…

Wahai kau yang sedang mempertanyakan, kenapa Penciptamu menetapkan kepahitan ini untukmu…

Yakinilah… bahawa tujuan hidupmu yang sebenarnya, bahawa yang engkau inginkan dalam hidup bukanlah kesempurnaan. Bukan juga termakbulnya semua keinginan.

Melainkan… syurga daripada Tuhanmu.

Sepahit apa pun ujian yang kau hadapi, tetap tenang dan berbahagialah wahai sahabatku.



3. Perempuan yang Baik-baik Dalam al-Quran - Syaari Ab Rahman

Sinopsis: 

Perempuan yang baik-baik itu bukanlah perempuan yang sempurna.

Tidak sempurna sabarnya, namun mampu menguatkan kesabaran demi zuriat yang disayanginya. Persis Maryam AS.

Tidak sempurna keyakinannya, namun mampu meneguhkan hatinya kerana percaya akan janji Allah SWT. Persis ibu Nabi Musa AS.

Tidak sempurna masa silamnya, namun demi mengejar peluang syurga, dia sanggup korbankan segalanya. Persis Zulaikha.

Melalui buku ini, Ustaz Syaari mengupas kisah-kisah perempuan yang diangkat kedudukannya di sisi Tuhan, di sebalik ketidaksempurnaan yang mereka ada. Buku ini sesuai dibaca oleh tidak kira lelaki mahupun perempuan, kerana al-Quran diturunkan sebagai penawar buat jiwa seluruh manusia.



4. Rehatkan Hati Dengan Solat - Pahrol Mohd Juoi

Sinopsis:

Rehatkan kami dengan solat, wahai Bilal.

Begitu kata-kata Rasulullah SAW kepada Bilal RA.

***

Saban hari, rutin harian yang kita lalui menemukan kita dengan masalah dan cabaran yang membuatkan hati kita berasa letih dan penat. Kita mencari kerehatan dengan hiburan, makan-makan, jalan-jalan, bahkan juga solat. Tetapi rehatnya hati ini cuma sementara. Selang beberapa ketika, ia kembali lesu dengan masalah dunia.

Solat yang seharusnya menjadi kerehatan, dirasakan seperti beban.

Takbir, rukuk, sujud dan salam, hanya tinggal gerakan dan ucapan kosong tanpa kesan dan impak pada hidup. Ketenangan yang dicari masih belum dirasai.

Melalui buku ini, Ustaz Pahrol membawa pembaca ke alam solat yang mampu merehatkan hati yang semakin gusar dengan dunia. Hakikatnya, jarak di antara hati dengan ketenangan yang diinginkannya ialah sebuah solat yang tulus penuh makna.


5. Amalan Harian Untuk Wanita: Engkau Kuat Kerana Doa - Nurhanisah Senin

Sinopsis:

Naskhah ini ialah kompas spiritual yang ditujukan khusus untuk wanita Muslimah. Menghimpunkan doa-doa yang menggugah hati, menguatkan jiwa, dan memberi keberanian dalam menghadapi kesulitan dan cabaran dalam kehidupan seharian.

Daripada doa-doa khusus untuk hajat tertentu kepada wirid harian yang boleh diamalkan dalam memperkuat hubungan diri dengan Tuhan, naskhah ini diharap menjadi 'teman setia' wanita dalam memberikan sumber inspirasi dan kekuatan dalam setiap langkah perjalanan kehidupannya.

Diharapkan Amalan Harian Untuk Wanita ini juga dapat menemukan tuannya dengan kekuatan sejati melalui doa-doa yang menyentuh hati, menjadi senjata bagi diri, dan memberi arah dalam setiap langkah.

Selamat membaca!

With Love, Airene Erawan

Post a Comment

4 Comments

  1. waaa bagusnya u suka baca buku! MZ ada baca buku (novel themed mistik)

    ReplyDelete
  2. wahhhh masih kuat membaca buku ye....kat kampung dulu selalu gak baca novel....tapi bila dah bekerja ni macam liat pulak nak mambaca buku

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.
    Membaca Jambatan Ilmu.

    ReplyDelete