Bismillahirrahmanirrahim
Cabaran untuk Day 10 sis pada hari ini. Senarai personal challenge untuk Julai 2025 boleh tengok kat sini Cabaran 30 Hari Menulis Julai 2025
Sis Rasa Paling Hidup Apabila Berada di Tepi Sungai
Ada sesuatu tentang sungai dan hutan yang sentiasa memanggil sis untuk kembali. Walaupun hanya seketika, walaupun jauh dari keselesaan bilik tidur sendiri - sis rasa paling hidup apabila saya keluar dari kebisingan dunia dan masuk ke dalam ketenangan alam.
Sis sukakan suasana waktu camping di tepi sungai. Bunyi air yang mengalir perlahan, dedaun yang bergoyang ditiup angin, sambil berehat beralaskan tikar dan toto. Tiada bunyi enjin kenderaan, tiada bunyi telefon, tiada apa-apa yang mendesak. Hanya sis, langit terbuka, dan alam semula jadi.
Tidur dalam khemah mungkin tidak senyaman hotel. Tapi hakikatnya, sis lebih mudah lena bila dikelilingi bau tanah lembap, bunyi cengkerik dan katak memanggil hujan serta desiran air.
Camping bukan hanya tentang lari dari kesibukan. Bila sis celupkan kaki dalam sungai yang sejuk, dan lihat langit tanpa gangguan kabel atau bumbung - sis terasa kecil, tapi dalam masa yang sama.. terasa cukup. Cukup menjadi diri sis sendiri, tanpa perlu apa-apa lagi penambahbaikan.
Setiap kali balik dari camping, sis membawa pulang bukan hanya pakaian yang basah atau kasut yang berlumpur. Sis bawa pulang semula sebahagian daripada diri sis yang selama ini hilang dalam kesibukan kerja.
Dan sebab itu, sis tahu - sis akan kembali lagi.
11 Comments
seronok bercamping ni sebab dapat menikmati keindahan alam
ReplyDeleteKan? bukan selalu kita dapat ambil angin kat luar ni..
Deletelinda suka juga aktiviti camping nie, tapi tak suka nak mengemas barang2 nya.. hahaha...tapi, tulah, husband dah beli2 barg2 camping...achaner nie
ReplyDeleteerr.. sama la kita.. bab nak memunggah barang tu yang kena fikir banyak kali.. hahaha.. ^^
Deleteseronok nya..camping
ReplyDeletekan? bila la dapat pergi camping lagi.. huhuhu..
DeleteSudah lama saya tak pernah camping lagi.
ReplyDeleteMelihat foto diatas, ah jadi ingin camping kembali...
Salam,
dapat lupakan masalah seketika...sambil merenung alam... dah rasa relaks habis daaa
ReplyDeleteJumpa tenang bila bersama alam. Saya kurang gemar aktiviti camping tetapi ada ramai kenalan yang suka camping. Jadi, saya faham feelnya bila setiap kali pergi camping tu… healing, tinggal jap dunia hakiki dah rehatkan diri.
ReplyDeletelepas ni boleh try camping di Rock Lemon, Jelebu. Damaiiiiiiii tenang. Alahaiii bila nak repeat
ReplyDeleteSaya belum pernah merasakan camping, kecuali zaman Pramuka dulu, itupun sekaliii saja. Dah besar begin,tak coba lagi. Padahal dah banyak tempat camping yg bagus2 skr, dan kebanyakan memang tepi sungai. Teringin nak coba ...
ReplyDeleteBetul lah kak, suara air mengalir itu lebih membuat Lena daripada suara lainnya. Apalagi kalo sungainya jernih, bersih dan dingin. Langsung betah camping di tempat seperti itu