Pernah tak kita lalu sebelah seseorang, dan hati kita berkata, “Mungkin dia sedang melalui sesuatu yang berat?” Tapi kita diam. Kita teruskan hari seperti biasa. Hakikatnya, kita tidak tahu apa ujian yang sedang dipikul oleh insan-insan yang kita temui setiap hari.
Hari ini sis terjumpa satu coretan daripada aplikasi Qalby yang sangat menyentuh hati:
“Berbuat baiklah kepada setiap jiwa yang kamu temui - kerana kamu tidak pernah tahu ujian yang sedang mereka hadapi dalam diam…”
Betapa dalamnya makna ini. Dalam Islam, berbuat baik bukan sekadar untuk mendapat pahala atau dipandang mulia, tetapi ia adalah satu tanggungjawab. Ia adalah tanda kita memahami nilai kemanusiaan yang sejati.
Nabi Muhammad ๏ทบ tidak pernah meremehkan kebaikan kecil - malah Baginda mengajar bahawa sepatah kata yang lembut, senyuman yang ikhlas, dan perbuatan penuh belas kasihan boleh menjadi sebab seseorang terus kuat menghadapi hidup.
Kadang-kadang kita fikir, “Apa sangatlah dengan senyum?” Tapi mungkin senyuman itu yang menyelamatkan hati yang hampir rebah. Mungkin satu ucapan “semoga harimu baik” mampu menjadi cahaya dalam gelapnya hari seseorang.
Hari ini, sis ajak diri sendiri dan rakan-rakan yang sedang membaca ni:
-
Senyumlah walau hanya pada orang asing.
-
Ucapkan kata yang baik meskipun sepatah.
-
Jangan kedekut dengan empati.
Kerana kebaikan yang kita beri, walau sekecil mana pun, mungkin jadi jawapan kepapda doa seseorang.
With Love, Airene Erawan
Mendoakan orang lain juga satu sikap terpuji walaupun kita tak mampu nak membantu. satu nukilan yang baik semoga kita menjadi orang yang lebih baik daripada sebelumnya.
ReplyDeleteinsyaAllah.. semoga kita juga mendapat kebaikan daripada doa-doa tersebut.. ameen..
DeleteLink no 4 ..mahu ingat ..
ReplyDeleteinsya-Allah, semoga yang baik2 je untuk kita semua...
ReplyDeleteinsyaAllah.. Ameen..
DeleteBenar, kita tak tahu apa yang orang lain lalui. Kita hidup saling memerlukan, teruskan memberikan kebaikan walaupun sekecil-kecil kebaikan tapi besar maknanya pada yang memerlukan.
ReplyDeletesemoga kita semua menjadi insan yang mendatangkan manfaat, tak kira besar atau kecil impaknya. ^^
DeleteSalam kenal. Semoga yang baik2 untuk kita semua. Done follow sis.
ReplyDeletesalam kenal juga ya sis.. terima kasih sudi singgah.. ^^
Delete