Assalamualaikum w.b.t. semua. Dah 3 hari tak bersiaran. Sis demam selsema. Alhamdulillah bukan Covid atau Influenza.
Tapi ada juga berita yang tak best. π
Kebetulan semalam ada follow up dengan doktor di KK Presint 9, Putrajaya. Untuk ujian makmal last 2 weeks (darah & urine test). Btw, bacaan gula n BP sis memang agak x cantik tahun ni, maybe stress kerja pun antara salah satu penyumbang jugak la.
So dengan ini doktor sahkan, sis dah ada 3 serangkai. darah tinggi, kencing manis dan kolesterol. huhuhu. (kolesterol sis dah makan setahun, tapi sekarang dah stabil)
Darah tinggi doc baru bagi 2mg. untuk langkah berjaga2.
Takpe la.. dah tau ada sakit ni, better makan ubat. daripada dah tau ada sakit tapi tak reti2 nak makan ubat. siapakah itu? π
Doakan la sis boleh stabilkan dua penyakit ni ye.. Ameen..
With Love, Airene Erawan.
Allahuakbar semuga cepat sembuh ya. Bab kencing manis dan darah tinggi dan kolestrol ni lah yang fobia bila kena. Darah tinggi lagi lah. Apa pun bertabah le. Akak pun tengah kurangkan minum manis supaya gula dalam darah turun. Tang kolestrol jahat tu ya ampun susah mahu kontrol.
ReplyDeletetu la kak.. memang tahap redha je la.. sebab memang ada sejarah keluarga pun untuk dua penyakit ni.. jaga makan je la.. alhamdulillah detect awal.. klau lambat detect tu yang lagi risau.. huhuhuhu..
Delete