Skip to main content

Kebaikan Kecil, Kesannya Besar

 

Pernah tak kita lalu sebelah seseorang, dan hati kita berkata, “Mungkin dia sedang melalui sesuatu yang berat?” Tapi kita diam. Kita teruskan hari seperti biasa. Hakikatnya, kita tidak tahu apa ujian yang sedang dipikul oleh insan-insan yang kita temui setiap hari.

Hari ini sis terjumpa satu coretan daripada aplikasi Qalby yang sangat menyentuh hati:

“Berbuat baiklah kepada setiap jiwa yang kamu temui - kerana kamu tidak pernah tahu ujian yang sedang mereka hadapi dalam diam…”

Betapa dalamnya makna ini. Dalam Islam, berbuat baik bukan sekadar untuk mendapat pahala atau dipandang mulia, tetapi ia adalah satu tanggungjawab. Ia adalah tanda kita memahami nilai kemanusiaan yang sejati.

Nabi Muhammad ๏ทบ tidak pernah meremehkan kebaikan kecil - malah Baginda mengajar bahawa sepatah kata yang lembut, senyuman yang ikhlas, dan perbuatan penuh belas kasihan boleh menjadi sebab seseorang terus kuat menghadapi hidup.

Kadang-kadang kita fikir, “Apa sangatlah dengan senyum?” Tapi mungkin senyuman itu yang menyelamatkan hati yang hampir rebah. Mungkin satu ucapan “semoga harimu baik” mampu menjadi cahaya dalam gelapnya hari seseorang.

Hari ini, sis ajak diri sendiri dan rakan-rakan yang sedang membaca ni:

  • Senyumlah walau hanya pada orang asing.

  • Ucapkan kata yang baik meskipun sepatah.

  • Jangan kedekut dengan empati.

Kerana kebaikan yang kita beri, walau sekecil mana pun, mungkin jadi jawapan kepapda doa seseorang.

Pernahkah satu kebaikan kecil orang lain memberi impak besar kepada hidup kamu?

With Love, Airene Erawan

Comments

  1. Mendoakan orang lain juga satu sikap terpuji walaupun kita tak mampu nak membantu. satu nukilan yang baik semoga kita menjadi orang yang lebih baik daripada sebelumnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.. semoga kita juga mendapat kebaikan daripada doa-doa tersebut.. ameen..

      Delete
  2. Link no 4 ..mahu ingat ..

    ReplyDelete
  3. insya-Allah, semoga yang baik2 je untuk kita semua...

    ReplyDelete
  4. Benar, kita tak tahu apa yang orang lain lalui. Kita hidup saling memerlukan, teruskan memberikan kebaikan walaupun sekecil-kecil kebaikan tapi besar maknanya pada yang memerlukan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Yang Selalu Dibaca

Personal July Challenge: Cabaran 30 Hari Menulis Blog - Niche Journaling

Hi semua! Hari ni sis nak mulakan satu cabaran baru untuk diri sis. Memandangkan sis masih baru lagi dalam dunia blogging, jadi sis harap dengan adanya challenge ni, sis dapat mengembangkan lagi blog sis ni. One small step at a time ๐Ÿ˜Š ✨ Kenapa Sis Memulakan Cabaran Ini Sis percaya, menulis bukan sekadar mencatat - ia adalah satu cara untuk mendengar semula suara hati sendiri. Dalam kesibukan harian, kita sering lupa untuk berhenti sejenak dan bertanya: "Apa khabar, hati?" Cabaran 30 Hari Menulis Blog ini sis mulakan kerana sis ingin  berkongsi  - satu catatan kecil setiap hari, yang mungkin boleh memberi makna kepada orang lain juga. Jika anda juga ingin menulis, walaupun perlahan, walaupun tidak pasti... mari kita mulakan bersama-sama. ๐Ÿ“– 1 hari, 1 catatan dari hati. Minggu 1: Kenali Diri & Mula Menulis Kenapa saya memilih journaling/ blogging sebagai amalan harian 5 sebab journaling/ blogging buat saya rasa lebih tenang Apa yang saya tulis dalam journal/ b...

Zus Buddy Datang Lagi!

Bagi yang kenal sis personally, sis memang suka minum kopi. Sis memang prefer Zus Coffee sebab harganya yang berpatutan. Sekarang Zus ada keluarkan Zus Buddy, percuma dengan setiap pembelian minimum RM25 dalam satu resit. Semua comel sangat. Nak semua boleh tak? Hehehehehe. So, nak tau ape yang sis dapat grab? Choco Chipster! So cute! Tak sabar sis nak dapatkan kawan-kawan dia yang lain. Doakan sis dapat tau, sebab sekarang dah asyik sold out je ni. Hahahahaha. With Love, Airene Erawan

Surprise Gift!

  Semalam dapat kejutan daripada husband sis. Katanya dapat masa live Shopee Zus. Harga lebih murah kalau beli masa live. Btw, sis memang minat sangat benda-benda comel macam ni. ๐Ÿ˜ Dapat banyak pulak free gift. Ada stiker, sampul duit raya. Instant coffee pun ada jugak. Berbaloi pergi ambik parcel sendiri kat guard. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Jeng3.. Kita tengok apa yang kena. Yeayy!! Dapat full set I Feel Anxiety!! Thank you so much Abang Sayang sebab support minat isterimu ini. Lepas ni boleh la tukar-tukar keychain kat beg ni. Hehehehe. With Love, Airene Erawan

“Kau Kena Kuat” – Kenapa Ayat Ini Boleh Menyakitkan Hati Orang yang Sedang Struggle

Sebagai salah seorang pesakit anxiety dan depression, kadang-kadang sis juga rasa tertekan apabila diberi kata-kata semangat begini. Kenapa ya? Menurut sumber Public Health Malaysia (PHM), bila seseorang yang kita sayang sedang melalui kemurungan atau anxiety, secara spontan kita mungkin akan cakap, “Kau kena kuat.” Niatnya baik, kita cuma nak beri semangat. Tapi tahukah kita, ayat tu sebenarnya boleh bagi kesan yang kurang sesuai? 1. Tambah Tekanan Emosi Orang yang sedang struggle biasanya dah pun rasa lemah, keliru, dan penat secara mental. Bila kita cakap “kena kuat,” ia boleh kedengaran macam satu beban tambahan - seolah-olah dia tak cukup kuat, atau tak berusaha cukup untuk pulih. 2. Nampak Macam Kita Remehkan Apa yang Dia Rasa Kita mungkin fikir kita bagi motivasi, tapi bagi mereka, ayat tu boleh rasa macam kita tak faham langsung apa yang mereka lalui. Sakit mental bukan sekadar tentang kekuatan diri - ia boleh berpunca daripada ketidakseimbangan kimia otak, trauma yang belum se...

Kisah Nikah Terkejut - Terkejut

Mesti pelik kan bila baca tajuk kat atas ni? ๐Ÿ˜‚ Ni kisah sis masa nak nikah 7 tahun lepas. Nak kata macam Ali Baba pun ada jugak. Ni semua Tok Imam la punca. Kisahnya begini.. Sis dah bertunang dengan encik tunang a.k.a Bang Fiz dari tahun 2016 lagi. Masa tu, sis baru je masuk keje gomen. Jadi, takde lagi rasa nak rush masa tu. Tup tap tup tap. Dah nak masuk puasa 2018. Tarikh nikah tak letak lagi masa ni. Masa ni pulak, adik sis pun dah mula buat persediaan nikah jugak. Btw, kitorang perempuan 2 orang ni je adik beradik. Pada Ahad 13 Mei 2018, kami sama-sama jumpa wali kami (uncle M) kat Wangsa Maju. Ayah kitorang dah meninggal pada 2009, so dia la wali terdekat kami.  Selesai urusan sign wali semua, malam tu jugak kami jumpa dengan Tok Imam Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, PJ. Sis dengan Bang Fiz memang bermastautin kat sini dulu. Cumanya sis di rumah sewa, Bang Fiz dengan parent dia la. Dipendekkan cerita, selesai je dengan Tok Imam, Tok Imam pun bagi idea yang bernas sangat. ๐Ÿ˜‚...