Jualan Rahmah Madani Kompleks C, Putrajaya

Jualan Rahmah Madani Kembali lagi ke Kompleks C, Putrajaya. Kalau tak silap, ni program kali ketiga untuk tahun ni. Cuma kali ni, penganjur tak buat time hari gaji. Dorang anjakkan seminggu selepas gaji.


Pasaraya yang join ialah Mydin. Kebanyakannya adalah barang keperluan asas la yang dijual.

Bezanya kali ni, penganjur ada sediakan bag shopping secara percuma. Just isi google form feedback Jualan Rahmah Madani. Siap!

So, ini adalah antara hasil tangkapan sis. Biasanya sis akan beli minyak botol Saji. Tapi, kali sis beli minyak paket je sebab ada 1 botol setengah lagi. Tu pun hasil beli kat Jualan Rahmah Madani jugak. 😅

Koko Krunch tu beli sebab teringin je.. 😂

Bagi sis, yang paling berbaloi beli kat sini adalah Sardin Ayam Brand tin besar. Tinggal RM7 lebih je harga dia. Tapi limit sorang 2 unit je untuk setiap pelanggan. Kalau nak beli lebih, sila beratur lagi sekali ye. hehehe. 

Memang tak pernah tak ramai la kalau ada jualan ni. 5 kaunter bukak pun masih beratur juga. Sis faham, barang-barang ni kalau kita biasa beli kat luar pun memang tak dapat la harga ni. Geng yang biasa beli barang dapur akan terasa murahnya shopping kat sini. Mostly, 2 beg tak kurang.


Selesai shopping, kita masuk la ofis balik. Maybe next time, sis kena bawak troli camping tu. Senang sikit nak angkut barang. Hehe.

Ada sesiapa kat sini pernah pergi jualan Madani jugak ke? Cer komen. 😁

With Love, Airene Erawan

Post a Comment

12 Comments

  1. Bestnya kalau ada kat Seremban....atau maybe ada tapi SA ketinggalan la macam biasa...sebab SA kerja kat KL...so apa berlaku kat Seremban selalunya memang ketinggalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jugak tu.. boleh follow page Jualan Rahmah Madani.. biasanya geng-geng ofis yang rajin bagi info awal juga.. ^^

      Delete
  2. wah parcel C tu memang selalu buat jualan. Dulu kat parcel E pernah juga pi tapi masa tu bukan jualan rahmah madani lah. Jualan murah sebelum raya kalau tak salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang parcel c hari-hari dah ada jualan.. Isnin n Rabu - antara C6-C7, Selasa n Jumaat - C2, hari Khamis geng pasar tani pulak yang masuk.. ^^

      Delete
  3. mesti murah tu..meriah. dpt la jimat sikit2 kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang murah.. cuma tu je la.. klau nak borong, kena bawak troli siap-siap.. hehehehe..

      Delete
  4. Cie tak pernah pi. Dulu2 beratur terlalu ramai orang. Sekarang kat tempat Cie ada hari yang ditetapkan setiap bulan ada pasaraya yang buat jualan rahmah harga diskaun la tapi tak semua item. Item terpilih saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perasan juga di aeon big alamanda dan billion kajang (tempat yang sis biasa beli barang dapur).. cuma betul jugak.. tak perasan hari ape sebenarnya dia buat jualan rahmah tu.. nampak murah grab je terus.. hehehe..

      Delete
  5. Berbaloi sangat ni. Banyak barang murah dan jimat membeli. Sebab tu sentiasa ramai orang datang kan. Tak pernah pergi lagi jualan rahmah Madani ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan dalam kawasan ofis je sis.. dah dekat tu, kita beli la ape2 yang patut.. ^^

      Delete
  6. Airene nanti datang rumah akak ye nak bagi hadiah

    ReplyDelete