Day 6: Alat tulis/ Item wajib ada untuk sesi journaling/ blogging

Bismillahirrahmanirrahim

Cabaran untuk Day 6 sis pada hari ini. Senarai personal challenge untuk Julai 2025 boleh tengok kat sini Cabaran 30 Hari Menulis Julai 2025

Hari ni sis nak share item apa yang selalu sis guna untuk buat journaling and blogging sis.


1. Buku nota - Biasanya sis tak cerewet sangat pasal buku nota ni. Tapi, kalau sis nak kena pilih, sis prefer yang dalam bentuk ring, supaya senang nak kepak buku sampai belakang. 😂


2. Writech Dual Color Multi Pens - Yang ni special sikit untuk sis. Sebab sis kebetulan terjumpa masa tengah cuci-cuci mata di KKV Alamanda, Putrajaya. Masa testing tu, eh, sedap pulak pen ni. Sebab dulu sis guna pen hitam je untuk menulis. Warna dia pun menarik di mata sis. Kat Shopee tak jumpa pulak yang jual pen ni. Huhuhu.


3. Stickers - Haaaa. Yang ni sis cari kat Shopee je murah-murah. Ni stok stickers di ofis. Yang di rumah pun ada dalam toolbox. Ni sekadar nak mencantikkan my note book. Kalau nak buat macam scrap journaling tu, maaf la dik, akak ni keras tangan. 😂

4. Laptop - Yang ni kalau tak ada, tak jadi la blog ni. Hahaha.

5. Phone - Gajet untuk ambil gambar. 😅

Last but not least, this iPad


iPad ni Bang Fiz dah lama simpan. Dulu rajin guna masa buat business Tupperware sebelum PKP dulu. Lepas PKP, business Tupperware pun dah tak on. Masih boleh digunakan lagi, cuma update dia punya software. Smart keyboard dia je yang dah rosak. Yela, dah 6-7 tahun pun umur dia. Nanti kita cari keyboard and cover baru ye. 😁

Nanti sis share lagi ye. See ya!

With Love, Airene Erawan

Post a Comment

12 Comments

  1. bagi MZ, yg penting wajib ada laptop dan hp (camera)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu MZ.. kalau takde, tak jadi blog nanti.. hehe..

      Delete
  2. Salam..Paling penting memory dlm kepala..semua input and idea from there...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.. betul tu sis.. tapi kadang-kadang sis ni jenis pelupa, bila dah ada banyak benda dalam kepala.. kena cari notebook jugak untuk ditulis.. ^^

      Delete
  3. Semangat ya mbak. Konsisten nge-blog di era Ai dan konten visual ini adalah hal yang sulit. Jadi sangat istimewa sekali bila ada yang sanggup melakukannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya.. semoga kita sama-sama kekal semangat ya.. ^^

      Delete
  4. siap ada pen warna warni.....kakmieja ni mudah tergoda dgn warna-warna yang manis heeehhehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time jugak guna yang warna-warni ni.. kalau tak, selalu pen hitam je.. kalau tak stabillo, faber castell.. monotone betul hidup sebelum ni.. hehehehe..

      Delete
  5. Replies
    1. sambil-sambil cuci mata time menulis.. takde la asyik pen hitam je.. hehehehe.. ^^

      Delete
  6. Saya pun suka guna jenis ring tu. Senang nak kepak dan menulis pun. Banyak koleksi pen dan sticker tu. Saya guna satu pen hitam je. hihi..sticker rasa sayang nak guna. iPad saya gen lama dah tak boleh nak update iOS dia jadi slow sikit dan ada certain apps tak boleh nak adapt.

    ReplyDelete
  7. Alatnya sudah lengkap, Mbak.
    Semoga semangat terus untuk ngeblog...

    Salam,

    ReplyDelete