Semenjak sis disahkan menghidap kencing manis, sis cuba kurangkan pengambilan gula. Bukan sebab nak ikut trend diet semata, tapi lebih kepada mahu rasa lebih sihat dan bertenaga. Tapi siapa sangka, bila berhenti je minum air manis, badan sis terus "protes". Rasa letih, murung, dan craving jadi luar biasa. Sis pun mula baca, dan terjumpa satu artikel dari Healthline tentang simptom detoks gula atau bahasa orang kita panggil "cut sugar".
Rupanya, pengurangan gula secara drastik memang boleh beri kesan fizikal dan emosi yang agak ketara. Ini kerana tubuh sudah biasa "bergantung" pada lonjakan tenaga "energy spike" yang gula berikan. Bila tiada gula, sistem tubuh kita perlu sesuaikan diri semula.
🍭 Simptom Biasa Semasa Detoks Gula
Berikut antara simptom yang mungkin muncul apabila kita kurangkan atau hentikan pengambilan gula tambahan:
-
Mengidam manis yang kuat
-
Otak akan “merayu” nakkan gula, terutamanya makanan kegemaran kita.
-
-
Sakit kepala
-
Salah satu simptom awal. Badan sedang sesuaikan tahap gula darah.
-
-
Keletihan atau kelesuan
-
Bila tak ada ‘boost’ dari gula, badan rasa kurang bertenaga.
-
-
Mood swing / kemurungan ringan
-
Gula boleh beri kesan sementara pada hormon ‘gembira’ – bila hilang, mood turut jatuh.
-
-
Kebimbangan / rasa gelisah
-
Perubahan hormon dan gula darah boleh buat rasa tak stabil secara emosi.
-
-
Masalah tidur
-
Sesetengah orang alami insomnia atau gangguan tidur.
-
-
Tumpuan terganggu (‘brain fog’)
-
Sukar fokus, rasa macam otak kabur.
-
-
Masalah penghadaman
-
Seperti kembung atau sembelit, terutamanya jika sebelum ini ambil banyak makanan proses.
-
Minum air secukupnya – Hidrasi penting untuk bantu buang toksin.
-
Tidur cukup – Badan perlukan rehat untuk sembuh.
-
Ambil makanan penuh nutrisi – Fokus pada sayur, protein, lemak sihat.
-
Ambil makanan tinggi serat – Untuk rasa kenyang lebih lama dan elak craving.
-
Alih perhatian – Buat aktiviti yang menggembirakan seperti berjalan, bersenam, atau membaca.
-
Kurangkan secara berperingkat, bukan secara drastik.
kakmieja pula tak suka minum air manis. biasanya minum air manis sekali jerk, waktu breakfast. dekat pejat memang jenis tak mengunyah manis, minum air masak jerk.ada masa minum air bunga telang rendam suam, byk khasiatnya. tapi bahaya jugak kan tak minum air manis...
ReplyDeleteMZ plak on off ala2 cut sugar, so belum berjaya lagi ni...
ReplyDeleteLinda pun nak cut sugar..tak berjaya lagi...hihihi...
ReplyDeleteTapi, skang kolestrol yg tinggi...rase sebab suka minum teh ais kot..susu pekat kan
Selalunya weekdays buat IF auto takde minum gula. Tapi tak menentu jugak. Kekadang beli jugak air kelapa, teh ais. Dulu pernah buat berbulan jugak cut off sugar memang kena kuat mental la.
ReplyDeleteRupanya demikian bila dijalankan program ditinggalkannya gula, Mbak.
ReplyDeleteKalau saya hanya mengganti gula dengan gula rendah kalori saja.
Salam,