Assalamualaikum w.b.t. semua. Hari ni sis dengan Bang Fiz cadangnya nak pergi jual minyak terpakai kat Putrajaya. Memandangkan sis Linda, Mama Zharfan dan Mummy Ayu semua dah mula jual minyak terpakai masing-masing, jadi sis pun nak join jugak la. Alang-alang dah banyak stok kat rumah ni.
Ada 6 tong semuanya. Hasil pengumpulan sejak 2023. Kitorang berdua je kat rumah, mana la nak memasak sangat. Kena pulak tahun lepas, sis banyak kerja outstation, lagi la dapur tak berasap. Hehe.
Kitorang singgah ke Pusat Kitar Semula Presint 9, Putrajaya. (Sumber gambar: Google) Ni first time kitorang datang sini.
Inilah hasil jualan kitorang. Minyak masak terpakai 27kg, harga jualan RM3.10 sekilo, jadi dapat la RM83.70. Tapi sayang pulak, ada 1 botol recycle terkorban jugak. ingatkan dia ambik minyak je. Huwaaa.
Lepas siap jual minyak, sis ajak la Bang Fiz pergi makan-makan. Jadi, Bang Fiz teringin nak makan Nak Nak. Selalu kalau singgah IOI City Mall, mesti Nak Nak penuh. Tapi, alhamdulillah. Kali ni dapat jugak Bang Fiz makan setelah sekian lama tak dapat singgah.
Menu yang kitorang order hari ni. Tak habis pun sekali duduk makan. Yang lebih tu kitorang tapau bawak balik. Takde la membazir.
Sebelum balik, Bang Fiz nak cari benda yang manis-manis. Kebetulan tadi dekat Nak Nak, dessert dia dah habis. Sudahnya, singgah la ke Big Apple.
Disebabkan ada perisa promo ni, Bang Fiz kata "kita try semua la" 😂Sumber gambar: Big Apple Donuts
Inilah box untuk promo Boboiboy. Bang Fiz siap belikan stiker dengan keychain untuk sis. Dia siap pesan, jangan lupa tampal nanti. 😁
On the way balik ke rumah, kebetulan jam belum pukul 6.00 lagi. So, sis ajak pergi kedai bunga favourite kitorang. Berriful Garden di Taman Bukit Mewah, Kajang. Kedai ni dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Bunga-bunga dia lebih murah daripada tempat lain. Kalau nak beli borong pun boleh. Kat sini, bunga dia semua simpan dalam freezer. ⛄⛄
Jadi, untuk sis hari ni, sis grab bunga lili 2 batang. Baru RM24 sahaja tau. Biasanya, Bang Fiz yang suka pilih-pilih, gubah-gubah bunga ni. Bang Fiz jenis lembut tangan, sis keras tangan. Hehehe. 😁
Sekian catatan sis untuk hari ni. Kita raikan dengan seketul donut. 🍩😂
With Love, Airene Erawan
14 Comments
Berbaloi la kumpul minyak terpakai dapat duit boleh pergi makan2.
ReplyDeletememang itu niat asalnya.. hehehe.. ^^
DeleteBanyak tu..dari tahun 2023 dpt 6botoi... Linda dari tahun 2022 kot..hahaha...jenis menggoreng hari minggu je..
ReplyDeletesama la kita.. kalau tak goreng nugget, karipap, ayam goreng, fries.. tu je la pusing-pusing pun.. hehehe..
Deleteada jugak hasil nya dari buang begitu sahaja
ReplyDeletealhamdulillah.. boleh la tambah duit belanja hujung-hujung bulan ni.. hehehe..
DeleteOo boleh jual pula ya minyak trerpakai...bagusnya, tq saharing benda ni..syukur rezeki juga tu dek..
ReplyDeletea ah boleh.. cuma kena cari tempat recycle mana yang terima minyak masak terpakai ni..
Deletehttps://madey09.blogspot.com/2025/07/buggy-kenderaan-elektrik.html
ReplyDeleteSINI di blog Etuza ya
Ya allah bunga-bunga dia macam2 ada. Macam pi CH pulak tenguk bunga segar banyak camtu
ReplyDeleterambang mata kak kalau masuk sini.. lagi-lagi kalau stok baru sampai.. kalau boleh nak bawak balik semua.. hehehe.. ^^
DeletePH pun selalu pergi jual recyclable items termasuk minyak terpakai.
ReplyDeleteBestnya ada kedai bunga best camtu...
Wahhh..Untung besar jgk ni..I lurve tgk bunga2 warna purple tu =D
ReplyDeletewahhh berbaloi simpan, banyak hasilnya. Rambang mata tgk fresh flower
ReplyDelete