Bila first time sis dengar perkataan blogwalking tu, dalam hati sis fikir "Alamak, nak kena jalan-jalan ke?" 😂😂
Tidak ye kawan-kawan.
Berdasarkan sumber dari ChatGPT: Blogwalking ialah aktiviti melawat blog orang lain, biasanya untuk membaca entri, memberi komen, dan berinteraksi, sama ada sebagai pembaca biasa atau sesama blogger. Ia popular dalam komuniti blogger, terutamanya untuk:
Tujuan Blogwalking:
-
Meningkatkan trafik blog – bila anda tinggalkan komen (dengan link blog anda), ia boleh menarik orang lain untuk klik dan lawat blog anda.
-
Membina jaringan dengan blogger lain – saling kenal dan sokong antara satu sama lain.
-
Mencari idea dan inspirasi – lihat bagaimana orang lain menulis, topik yang dibincangkan, gaya persembahan, dll.
-
Meningkatkan ranking SEO – interaksi melalui komen yang berkualiti dan backlink boleh membantu ranking blog di enjin carian.
-
Meningkatkan jumlah komen di blog sendiri – apabila anda rajin komen di blog orang lain, biasanya mereka akan “membalas kunjungan”.
Tips Blogwalking untuk pemula:
-
Lawat blog yang berkaitan dengan minat/niche anda.
-
Baca entri blog dengan teliti.
-
Tinggalkan komen yang bermakna (bukan sekadar “nice post”).
-
Gunakan nama blog atau link anda jika dibenarkan.
-
Saling follow blog satu sama lain jika sesuai.
Contoh komen blogwalking yang baik:
“Saya suka cara awak kongsikan tip untuk konsisten menulis blog. Saya pun tengah cuba tulis jurnal harian. Terima kasih untuk idea! 😊
Blogwalking ni sebenarnya seronok tau. Lagi-lagi apabila rakan-rakan pembaca kita tinggalkan komen-komen yang positif sekaligus menceriakan hari kita. Baru la seronok nak buat hantaran (post) baru lagi. Betul kan?
Selamat Mencuba!
With Love, Airene Erawan.
tq dtg blogwaking blog mamatisya....bila kita blogwalking dpt info dr kwn2 blogger share di samping menambah kenalan di alam maya
ReplyDeletebetul sangat tu sis.. rasanya tak sama macam di platform social media yang lain.. saya rasa lebih tenang bercerita di blog sendiri.. ^^
DeleteBlogwalking atau BW. Hihi. Best BW ni banyak input baru kita boleh dapat sambil berkenalan dengan rakan2 alam maya.
ReplyDeletebetul.. banyak info yang bermanfaat yang kita boleh follow.. ^^
DeleteSeronok baca kisah kawan².. yang tak tahu jadi tahu..tapi nak ber BW nie takes time juga...
ReplyDeletebetul tu sis.. kadang2 lambat ckit nak ber BW ni.. tp lambat laun akan dibaca juga.. ^^
DeleteBW bila ada masa jer ;) utk tambah virtual frens gitu
ReplyDeletebetul tu sis.. tp bila tak nampak post kawan-kawan yang lain, rasa tertunggu-tunggu pulak..
Delete