Skip to main content

Apa Itu Blogwalking?

Bila first time sis dengar perkataan blogwalking tu, dalam hati sis fikir "Alamak, nak kena jalan-jalan ke?" 😂😂

Tidak ye kawan-kawan.

Berdasarkan sumber dari ChatGPT: Blogwalking ialah aktiviti melawat blog orang lain, biasanya untuk membaca entri, memberi komen, dan berinteraksi, sama ada sebagai pembaca biasa atau sesama blogger. Ia popular dalam komuniti blogger, terutamanya untuk:

Tujuan Blogwalking:

  1. Meningkatkan trafik blog – bila anda tinggalkan komen (dengan link blog anda), ia boleh menarik orang lain untuk klik dan lawat blog anda.

  2. Membina jaringan dengan blogger lain – saling kenal dan sokong antara satu sama lain.

  3. Mencari idea dan inspirasi – lihat bagaimana orang lain menulis, topik yang dibincangkan, gaya persembahan, dll.

  4. Meningkatkan ranking SEO – interaksi melalui komen yang berkualiti dan backlink boleh membantu ranking blog di enjin carian.

  5. Meningkatkan jumlah komen di blog sendiri – apabila anda rajin komen di blog orang lain, biasanya mereka akan “membalas kunjungan”.


Tips Blogwalking untuk pemula:

  • Lawat blog yang berkaitan dengan minat/niche anda.

  • Baca entri blog dengan teliti.

  • Tinggalkan komen yang bermakna (bukan sekadar “nice post”).

  • Gunakan nama blog atau link anda jika dibenarkan.

  • Saling follow blog satu sama lain jika sesuai.


Contoh komen blogwalking yang baik:

“Saya suka cara awak kongsikan tip untuk konsisten menulis blog. Saya pun tengah cuba tulis jurnal harian. Terima kasih untuk idea! 😊 

Blogwalking ni sebenarnya seronok tau. Lagi-lagi apabila rakan-rakan pembaca kita tinggalkan komen-komen yang positif sekaligus menceriakan hari kita. Baru la seronok nak buat hantaran (post) baru lagi. Betul kan?

Selamat Mencuba!

With Love, Airene Erawan.

Comments

  1. tq dtg blogwaking blog mamatisya....bila kita blogwalking dpt info dr kwn2 blogger share di samping menambah kenalan di alam maya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat tu sis.. rasanya tak sama macam di platform social media yang lain.. saya rasa lebih tenang bercerita di blog sendiri.. ^^

      Delete
  2. Blogwalking atau BW. Hihi. Best BW ni banyak input baru kita boleh dapat sambil berkenalan dengan rakan2 alam maya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. banyak info yang bermanfaat yang kita boleh follow.. ^^

      Delete
  3. Seronok baca kisah kawan².. yang tak tahu jadi tahu..tapi nak ber BW nie takes time juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis.. kadang2 lambat ckit nak ber BW ni.. tp lambat laun akan dibaca juga.. ^^

      Delete
  4. BW bila ada masa jer ;) utk tambah virtual frens gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis.. tp bila tak nampak post kawan-kawan yang lain, rasa tertunggu-tunggu pulak..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Personal July Challenge: Cabaran 30 Hari Menulis Blog - Niche Journaling

Hi semua! Hari ni sis nak mulakan satu cabaran baru untuk diri sis. Memandangkan sis masih baru lagi dalam dunia blogging, jadi sis harap dengan adanya challenge ni, sis dapat mengembangkan lagi blog sis ni. One small step at a time 😊 ✨ Kenapa Sis Memulakan Cabaran Ini Sis percaya, menulis bukan sekadar mencatat - ia adalah satu cara untuk mendengar semula suara hati sendiri. Dalam kesibukan harian, kita sering lupa untuk berhenti sejenak dan bertanya: "Apa khabar, hati?" Cabaran 30 Hari Menulis Blog ini sis mulakan kerana sis ingin  berkongsi  - satu catatan kecil setiap hari, yang mungkin boleh memberi makna kepada orang lain juga. Jika anda juga ingin menulis, walaupun perlahan, walaupun tidak pasti... mari kita mulakan bersama-sama. 📖 1 hari, 1 catatan dari hati. Minggu 1: Kenali Diri & Mula Menulis Kenapa saya memilih journaling/ blogging sebagai amalan harian 5 sebab journaling/ blogging buat saya rasa lebih tenang Apa yang saya tulis dalam journal/ b...

Zus Buddy Datang Lagi!

Bagi yang kenal sis personally, sis memang suka minum kopi. Sis memang prefer Zus Coffee sebab harganya yang berpatutan. Sekarang Zus ada keluarkan Zus Buddy, percuma dengan setiap pembelian minimum RM25 dalam satu resit. Semua comel sangat. Nak semua boleh tak? Hehehehehe. So, nak tau ape yang sis dapat grab? Choco Chipster! So cute! Tak sabar sis nak dapatkan kawan-kawan dia yang lain. Doakan sis dapat tau, sebab sekarang dah asyik sold out je ni. Hahahahaha. With Love, Airene Erawan

Surprise Gift!

  Semalam dapat kejutan daripada husband sis. Katanya dapat masa live Shopee Zus. Harga lebih murah kalau beli masa live. Btw, sis memang minat sangat benda-benda comel macam ni. 😁 Dapat banyak pulak free gift. Ada stiker, sampul duit raya. Instant coffee pun ada jugak. Berbaloi pergi ambik parcel sendiri kat guard. 😂😂 Jeng3.. Kita tengok apa yang kena. Yeayy!! Dapat full set I Feel Anxiety!! Thank you so much Abang Sayang sebab support minat isterimu ini. Lepas ni boleh la tukar-tukar keychain kat beg ni. Hehehehe. With Love, Airene Erawan